CANTIKNYA NABI !

on 05 Julai 2010

Meskipun kejadian Nabi Muhammad SAW sama dengan manusia lain di muka bumi ini,namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia biasa.Nabi Muhammad SAW yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak,namun tidak dapat digambarkan oleh mana -mana pelukis di dunia ini.Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa pun.Sungguhpun begitu ,sifat-sifat kecantikkan baginda masih boleh diilusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangan mereka secara terperinci.Diantara kata-kata mereka yang pernah melihat Baginda SAW :
  • Aku belum pernah melihat lelaki sekacak Rasulullah SAW.Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya
  • Seandainya kamu melihat Rasulullah,kamu akan merasa seolah -olah sedang melihat matahari terbit
  • Aku pernah melihat Rasulullah SAW di bawah sinaran bulan.Aku bandingkan wajahnya dengan bulan,akhirnya aku sedari Rasulullah SAW lebih cantik dari sinaran bulan
  • Rasulullah umpama matahari bersinar.Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah SAW
  • Apabila Rasulullah rasa gembira.wajah bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui bahawa baginda sedang gembira
  • Kali pertama kamu memandangnya,sudah tentu kamu terpesona
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
  • Dahi Baginda luas,raut keningnya  tebal dan terpisah ditengahnya.Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,biru asli di bahagian sudut
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali ketika pertama kali melihatnya
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik
  • Giginya kecil dan bercahaya,indah,renggang di bahagian hadapan
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
Banyak lagi kecantikan Nabi Muhammad yang di gambarkan oleh para sahabat.Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,sehingga seorang ulama Yahudi yang oertama kali bersua dengan Baginda terus melafazkan keIslamannya dan mengaku akan kebenaran yang di sampaikan oleh Baginda.Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan paras rupa dan akhlak Baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik -baik contoh sepanjang zaman.

Doa Intipati Ibadah

Nabi Muhammad SAW  menjelaskan doa intipati ibadah.Ertinya  orang yang hanya mementingkan 'ibadah' tanpa di hiasi dengan doa,maka akan hilang kenikmatan ibadahnya itu,Ibadahnya menjadi tidak indah dan tidak sempurna.
Oleh kerana itu Nabi Muhammad SAW  telah mengajarkan kita satu waktu yang benar-benar mustajab dalam menyampaikan doa dan permohonan kita kepada  Allah.
"Posisi seorang hamba yang sangat dekat dengan Allah adalah ketika dia bersujud.Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa."Demikianlah sabda baginda SAW seperti yang di riwayatkan oleh Iman Muslim.
Sesungguhnya manusia yang tidak pernah berdoa kepada Allah akan mendapat pelbagai kerugian.Antaranya mereka akan dianggap sombong oleh Allah SWT.Sedangkan sifat sombong adalah sifat yang paling di benci oleh Allah SWT.

CAHAYA WAJAH NABI SAW

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah r.a bahawa ia telah berkata
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur(sebelum subuh) maka 
jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu padam,
lalu masuklah Rasulullah saw.Ketika itu juga aku dapat mengutip
jarum itu kerana cahaya wajahnya,lalu aku berkata,"Hai Rasulullah
alangkah bercahayanya wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya,"Siapakah yang tidak akan melihatmu
pada kiamat?"
Jawab Rasulullah,"Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi,"Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab Baginda,"Orang yang ketika disebut namaku didepannya,dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Dibelasah 3 perempuan


Gara-gara berselisih faham,seorang pelajar tingkatan tiga cedera teruk akibat dibelasah sekumpulan remaja perempuan.Khairin Zulaikha Zulkeflee 15 tahun dipukul dan ditendang pada bahagian kepala serta perut sehingga terperosok di dalam semak sebaik berlaku pertengkaran bersama tiga rakan perempuannya.
Ibu mangsa terkejut dengan kejadian itu telah pergi bersama abang mangsa menemui rumah salah seorang suspek yang memukul mangsa untuk mengetahui keadaan sebenar tetapi mereka di maki hamun oleh ibubapa suspek.Kejadian itu juga telah dirakamkan oleh seorang pelajar sekolah berkenaan.-harian metro

Mihun Jijik (kilang sebelah kandang babi)


Hanya pemidang plastik yang memisahkan tempat memproses mihun dengan kandang babi.Kilang jijik itu terbongkar selaepas penguatkuasa JAKIM melakukan pemeriksaan mengejut mengenai penggunaan halal keatas operasi kilang.Pekrja kilang yang kebanyakkan Melayu ditemui enggan membuka mulut bagaikan merahsiakan sesuatu.Pegawai agama yang terhidu bau busuk menyelak plastik penghadang di tepi premis dan mendapati beratus babi di ternak di ruang bersebelahan kilang makanan terbabit.Pihak kilang telah diminta untuk memindahkan  lokasi kilang dan menggunakan sijil halal sah daripada JAKIM-harian metro

Akibat keluar dengan kekasih rakan

Cemburu rakan keluar bersama teman wanitanya ,seorang lelaki bertindak samseng apabial dia bersama hampir 10 lelaki merompak dan memukul rakannya itu dirumahnya di Pandan Jaya.Akibatnya mangsa mengalami cedera di leher,tangan dan kepala selepas dipukul dengan topi keledar dan kayu oleh gene terbabit-harian metro

Tindakan ala 'Spiderman' bawa padah

Tindakan seorang lelaki yang beraksi ala 'spiderman' dengan melompat dari beranda tingkat empat sebuat pusat membeli belah ke tempat letak kereta bersebelahan membawa padah apabila terjatuh dan maut di tempat kejadian.Kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan selepas terdengar bunyi aneh sebelum melihat mangsa berlumuran darah di tempat letak kenderaan bagunan berkenaan.-harian metro

Meninggal Dunia Semasa Menderma Darah

Setiap kali kempen derma darah Ho Chuan Poh  55 tahun antara orang yang pertama tampil menderma.Tapi hasratnya untuk menderma kali ke -45 semalam tidak kesampaian  apabila meninggal dunia akibat berlaku komplikasi secara tiba-tiba semasa proses derma darah sedang dilakukan terhadapnya.Dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital-kosmo

MADU DURJANA

Malang bagi seorang suami apabila isteri keduanya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap kali berada di rumah isteri pertama.Malahan si isteri sanggup menyewa hotel untuk bersama dengan kekasih gelapnya di sebelah siang.Kecurangan itu terbongkar apabila madu durjana itu ditangkap bersama kekasih gelap nya di sebuah rumah tumpangan oleh  Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP)-harian metro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved