Al-Laits Yang Pemurah

on 03 Julai 2010

Diceritakan ada seorang wanita datang kepada Al-Laits bin Sa'ad dan meminta daripadanya sedikit madu lebah.Lalu Al-Laits meminta pembantunya memberikan setin madu kepada wanita itu.
Wanita itu terkejut dan berkata,"Madu itu teramat cukup untukku,malahan berlebihan."Mala Al-Laits menjawab,"Kamu meminta sekadar keperluan kamu dan kami memberi kamu sekadar nikmat yang menjadi tanggungan kami."
Sudah menjadi kebiasaan Al-Latis bin Sa'ad tiada mengeluarkan kata-kata setiap hari melainkan selepas dia memberikan sedekah kepada tiga ratus enam puluh enam orang miskin.Sungguh mulia hatinya

Nabi Ibrahim Dengan Orang Majusi


Diceritakan pada suatu hari Nabi Ibrahim a.s menolak seorang tetamu yang berkunjung kerumahnya.Nabi Ibrahim a.s berkata "Aku tidak menerima tetamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalakan agamamu dan ajaran orang -orang Majusi."
Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahin a.s dengan perasaan dukacita.Sikap Nabi Ibrahim a.s tidak di senangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud,"Apa kerugianmu jika engkau menerima tetamu itu,walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku.Aku akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."
Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim a.s sungguh menyesal dan keesokan harinya Nabi Ibrahim a.s pergi mencari orang Majusi itu.'Pelik sungguh,semalam engkau mengusirku,tetapi hari ini engkau mengajak aku kerumahmu.'Nabi Ibrahim a.s menceritakan mengenai wahyu yang diterimanya.
Orang Majusi itu berkata ,"Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku begini,walaupun aku orang kafir."Orang Majusi itu berkata lagi,"Hulurkan tanganmu,aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engkau pesuruh Allah.''Semenjak itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim.

Layakkah AKU mencabar BEN ASHAARI?

Adakah aku layak mencabar BEN ASHAARI ? Adakah aku boleh jadi MR KLANG PARADE? Ben kau rasa aku layak tak ? Kalau tak layak kau tolong bagi tips-tips yang ampuh....

Topeng muka atau penutup mulut?

Mana satu yang betul topeng muka atau penutup mulut? Guru atau murid?Bahasa yang salah atau perkataan yang tak betul?Jangan salahkan orang lain jika kita tak tahu ,tak pasti punca atau sebab sesuatu masalah itu berlaku.

Kurang Ajar!!!

Dalam satu perbicaraan di Makhamah...Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.
"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji,"kata hakim.
Dari belakang terdengar  seseorang  berteriak ...."Kurang ajar!!!
Bawa bertenang.Ini Mahkamah!"bentak hakim
Hakim membaca lagi pertuduhan....."Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual suratkhabar dengan menggunakan pisau...!"
"Celaka!!!"teriak orang tadi
"Tenang bawa bertenang!"teriak hakim dengan keras.
Hakim meneruskan lagi..."Dan saudara juga dituduh membunuh seorang posmen dengan menggunakan parang...!"
"Keparat!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh di tahan lagi.
Dengan geram Hakim berkata."Jika anda tidak boleh berika alasan kenapa anda berperangai begini..saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina makhamah!"
"Maaf yang Arif..."orang tadi berkata..."Saya adalah jiran pesalah..sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji,pisau dan parang dia selalu cakap tak ada!''

HUTANG

Seorang anak disuruh ibunya untuk berhutang beras :

Anak : "Pak cik.... mak suruh saya hutng bersa boleh?"
 
Penjual : "Boleh...mahu berapa kilo?"

Anak : "2 kilo pakcik"

Penjual : "Nah ambik ni..balik tu jalan elok-elok..."

Anak : "Eh..pakcik..wang bakinya mana? buat-buat lupa pulak dia ...."

Ikan Kap 40,000 paun Menyerupai Muka Manusia


Brendan O'Sullivan 44 tahun yang mambeli ikan kap lima bulan lalu ,tidak menyangka ikan itu mempunyai mulut ,hidung dan mata seperti manusia.Dia hanya menyedari ikan itu mirip wajah manusia apabila ikan itu berenang berhampirannya dan kejadian ini jarang berlaku.
Kini dengan kejadian peliknya dia menilaikan ikan itu berharga 40000 paun.-mail online

Remaja Di Tikam Mati Di Pangkuan Guru


Zac Olumegbon 15 tahun mati di pangkuan guru apabila ditikam di luar kawasan sekolahnya.Dia di tikam di dada oleh empat orang remaja yang bermotifkan balas dendam.
Dia yang di pangku oleh gurunya dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan tetapi meninggal ketika didalam perjalanan.Kejadian ini berpunca daripada perselisihan kumpulan gangster-mail online

Bunuh Diri Kerana Ditegur Bapa Tonton Piala Dunia

Seorang petani Thailand 28 tahun membunuh diri dengan meminum racun rumpai setelah ditegur kerana banyak membazir masa dengan menonton Piala Dunia 2010 sehingga lewat malam.Dia ditegur kerana gagal membantu bapanya bekerja di sawah kerana asyik menonton perlawanan bola.Dia yang kesal dengan teguran bapanya sanggup meminum racun-kosmo

Anak Jiran Ajar Aksi Berahi

Umur baru 4 dan 5 tahun tetapi dua budak perempuan ini di cekup ibu mereka kerana melakukan aksi 'suami isteri' dalam bilik tidur.Lebih mengejutkan,mereka mendakwa mempelajarinya dari seorang  budak lelaki berusia 8 tahun yang juga anak jirannya.Ibunya yang terdengar bunyi ghairah dari bilik tidur dan menyaksikan anaknya sedang berpelukan dan bercium.-harian metro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved