PERLU KITA TAHU 11

on 01 Julai 2010


YANG PERLU KITA TAHU...

  • Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir,Libya,Chad,Republik Afrika Tengah,Zaire,Uganda,Kenya  dan Ethopia

  • Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari manusia

  • Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi

  • Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan

Antara Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan


Antara kesilapannya ialah :
  • Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang boleh diterima Islam).Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :'Sesungguhnya sesiapa yang telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu." (riwayat Bukhari)
  • Makan sahur diwaktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.'SAHUR' itu sendiri dari sudut bahasanya 'Aslah'(waktu terakhir di hujung malam)
  • Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain.Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini.Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu untuk istigfar dan menunaikan solat malam.Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah di angkat oleh Allah SWT
  • Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.Ini adalah satu kesilapan yang amat besar.Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa tetapi ia adalah satu rukun Islam yang menjadi tunggak ke Islaman seseorang,Solat adalah soalan pertama ditanya Allah kepada kita di akhirat kelak
  • Malas dan tidak produktif dalam kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.Sedangkan kerja kita lakukan dipejabat atau di mana-mana,bila di niatkan ibadah pasti akan menambahkanlagi pahala
  • Memperbanyakkan tidur di  siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah.Sedangkan Imam As Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur itu ibadah adalah lemah(Al Jami' as Soghir ; Faridhul Qadir Al- Munawi, 6/291)
  • Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah  sebagimana terawih.Ramai lupa atau tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat,terutama sekali solat subuh berjemaah seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Bagi orang yang mendirikan solat subuh berjemaah,maka beroleh pahala menghidukan seluruh malam."
  • Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat sekadar inginkan meriah.Malangnya mereka kerana  setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat,jika niat utama seseorang itu hadir ke masjid adalah untuk meriah,dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah SWT sebagimana yang ditetapkan oleh Nabi SAWdi dalam hadisnya yang bermaksud ,"Sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat ," (Riwayat Bukhari)

BODY IMAGE POSITIF


Body Image merupakan konsep yang di miliki seseorang mengenai penampilan fizikalnya.Seseorang yang berasa puas dengan penampilan fizikalnya boleh dikatakan mempunyai body image yang positif.Orang yang memiliki body image positif bererti dapat menghargai dirinya seadanya.
Berikut merupakan beberapa tips untuk orang tua mengajar body image positif kepada anaknya :
  • Jangan mengkritik tubuh sendiri.Ini akan memberi contoh kepada anak untuk tidak puas hati pada diri sendiri
  • Jangan melakukan diet tidak sihat.Ini kerana anak anda mungkin akan menirunya
  • Sering melakukan perbincangan dengan anak anda.Contohnya tentang kebimbangan anak anda tentang tubuhnya.Dengar dengan penuh perhatian dan jangan ketawakannya
  • Jangan mengkritik pakaian yang dikenakannya,walaupun anda tidak menyukainya.Ini kerana hal itu akan meruntuhkan kepercayaan pada dirinya
  • Jangan bandingkan dia dengan orang lain.Hal itu dapat membawa ketidakpuasan anak anda akan tubuhnya

Kepala Berbentuk Ganjil

Sekumpulan doktor di Britain terpaksa membuang separuh tengkorak seorang lelaki,Steve Gator selepas dia diserang oleh dua remaja lelaki.Dia yang bekerja sebagai pemandu kren telah diserang ketika pulang dari tempat kerjanya.Kejadian ini berlaku kerana remaja tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada terhadap sepupunya.Gator cuba berhadapan dengan remaja tersebut malangnya dia telah di tumbuk dengan kuat menyebabkan kepalanya terhantuk pada  simen di bahu jalan.

Doktor terpaksa membuang bahagian hadapan tengkorak selepas otaknya membengkak.Pihak hospital mengatakan kepada ibunya yang peluang hidup tipis tetapi dia selamat selepas dua minggu koma.Kini cuma kulit kepala yang melindungi otaknya dan sedang menunggu plak tengkorak baru.
Pendakwaan terhadap dua remaja itu telah digugurkan kerana kekurangan bukti dan ini membuatkan ibunya berasa kecewa-mail online

PERLU KITA TAHU 10


YANG PERLU KITA TAHU...

  • Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi.Jika negara India dan China di cantumkan,keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu.Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer,manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi.Jika semua ais di Antartika cair,paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi

  • Siri drama televisyen yang paling panjang adalah "Guiding Light" yang telah (dan masih) di tayangkan selama lebih 66 tahun.Ia mula ke udara dalam bulan Januari 1937 dan memasuki rangkaian televisyen pada 30 Jun 1952

  • Tahukan anda bagaimana seekor unta mampu melindungi matanya dari habuk di padang pasir?Sebenarnya unta mempunyai tiga lapisan kelopak mata

Jangan Salah Guna Facebook


Laman sosial termasuk Facebook di katakan antara punca sebilangan kakitangan awam hilang tumpuan kerja.Dakwaan itu kini sedang di siasat oleh CUEPACS  dan jika benar surat pekeliling larangan akan di keluarkan.Penjawat awam perlu berpada-pada menggunakan laman sosial ini jika mahu terus menggunakan kemudahn ini di pejabat.Bagimanapun belum ada laporan diterima mengenai penjawat awam yang menyalah gunakan laman sosial ini sehingga menjejaskan mutu kerja-kosmo

Jom Tengok Bola di Muzium Negara


Tengok perlawanan Piala Dunia 2010 di Muzium Negara.Ini satu tarikan baru yang dilakukan oleh pihak Muzium Negara untuk menarik pengunjung melalui program 'Jom Tengok Bola @ Muzium Negara' di Dataran Muzium.Prigram yang bermula pada 27 Jun hingga 12 Julai .Untuk keterangan lanjut boleh layari http://www.jmm.gov.my/

p/s bagus daripada dok kedai mamak  tengok bola baik gi muzium dapat tengok barangan bersejarah sebelum perlawanan bola

Derita Anak Yatim


Tangannya diikat,mukanya ditampar,ditendang serta di cucuh dengan putung rokok yang masih menyala dan juga disebat menggunakan penyakut baju.Inilah penderaan yang dilakukan keatas anak yatim oleh seorang ibu angkat yang berusia 44tahun.Anak yatim ini dijadikan tempat untuk melepaskan kemarahan.
Anak yatim ini dipelihara oleh ibu angkatnya sejak tahun lepas setelah kematian ibu bapanya.-harian metro


p/s ingat firman Allah SWT dalam surah al-Dhuha ayat 1-11

"Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , (bahawa) tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkan mu, dan ia tidak benci (kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh orang kaum musyrik) dan sesungguhnya! tuhan mu akan memberi kepada mu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha dan berpuas hati. bukankah ia mendapati engkau yatim piatu, lalu memberikan perlindungan ? Dan didapatinya engkau tercari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan pertunjuk (dengan wahyu al-Quran), dan di dapati engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan ? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik, adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran."

Tiga Gadis Sunti Mangsa Bapa Sendiri

Haruan makan anak.Bukan satu tapi sekali tiga.Perbuatan yang amat menjijikkan.Seorang duda sanggup memperkosa anak daranya yang berumur 11,13 dan 14tahun seorang demi seorang dalam satu malam.Kejadian yang berlaku sejak enam bulan lalu dilakukan demi untuk memuaskan hawa nafsunya.
Rahsia ini terbongkar apabial salah seorang daripada anaknya secara tidak sengaja menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya.Selama ini mereka takut untuk menceriakan kejadian ini kepada sesiapa dan ini menyebabkan bapanya berani melakukan perkara terkutuk itu.-harian mertro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved