Apakah hukum dapat duit dari Nuffnang dan Google adsense?

on 27 Jun 2010


Sewaktu aku membelek majalah Solusi(isu no 19) aku ada membaca satu soal jawab agama mengenai konsep advertisement blog.Ruangan soal jawabini dikendalikan oleh Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman yang memang pakar daln soal muamalat.
Soalan yang di tanya pembaca ialah :
  • Saya nak bertanya mengenai satu advertisement blog yang benama Nuffnang.Kalau kita letak subscribe Nuffnang dan Google Adsense di blog,kita akan dapat duit upah kerana sudah mengiklankan sesuatu produk.Soalan saya ialah,bolehke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut?
Jawapan Ustaz
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nuffnang dan Google Adsense,jesteru sukar saya memberikan jawapan yang tepat dan spesifik kepada soalan tersebut.
Oleh itu saya hanya ajan memberikan jawapan umum dan juga panduan ringkas untuk meyemk status hukum hal sebegitu
Isu utama dalam hal ini adalah upah yang di beri kerana membenarkan ruang web atau blog yang di gunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak Nuffnang dan Google Adsense,hasil daripada kemudahan yang diberikan itu,kedua-dua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut akad atau kontrak,substance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam ketegori akad" menjadi wakil dengan upah tertentu" atau wakalah bil ujr.Dalam konteks ini,kita selaku pemilik web dan blog menyebarluaskan iklan mereka.Sebagai timbal balas,ganjaran akan diberikan berdasarkan formula tertentu sama ada jumlah klik dan sebagainnya.

Secara ringkasnya,bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu di ambil kira

AUTORITI 
  • Autoriti pihak yang menyediakan tawaran dalam konteks ini ialah Nuffnang dan Google Adsense.Jika telah disemak dan di pastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya,satu semakan hukum telah lulus.Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penaaran mereka.
UPAH DAN CARA KIRAAN
  • Jumlah upah dan cara pengiraannya mestilah diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita).Jika perkara ini berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya,tatkala itu lulus peringkat kedua semakan syariah.
KANDUNGAN IKLAN
  • Kandungan iklan yang dipaparkan,jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan Google dan Nuffnang itu memaparkan iklan yang tidak halal,seperti gambar wanita tidak menutup aurat,permainan berunsur judi,iklan forex trading,bank riba,,pinjaman riba atau apa saja iklan yang tidak halal, tatkala upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram.Prinsip Islam jelas dalam soal ini,setiap promosi haram hukumnya adalah haram.Dalilinya terlalu banyak,antaranya ialah laknat Allah  terhadap setiap orang yang terlibat dengan arak dan riba serta Allah juga melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
CARA PEMBAYARAN
  • Hal ini perlu disemak dengan teliti memastikan tiada unsur penipuan /gharar.
Jika keempat-empat peringkat itu semuanya lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam,tatkala upah yang kita perolehi juga halal,demikian juga sebaliknya.

Tawa Bawa Duka

Senyum tertawa semuanya merupakan hiasan hidup manusia.Namun semuanya harus berpada -pada.Menurut pandangan Islam,bergelak ketawa tidak baik dan hukumnya adalah makruh.
Ibn Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah,bahawa Rasulullah SAW biasanya tidak tertawa,melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek,iaitu tidak,kecuali dengan semua wajahnya.Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan ketawa terbahak-bahak adalah makruh.
Oleh itu,seseorang yang sihat akal nya dilarang bergelak ketawa kerana mereka yang banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat.Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak ketawa di syurga.

Jangan Bakhil Memanjatkan Doa

Di dalam solat ada doa,dalam puasa,zakat,haji,semuanya mengandungi doa.Jadi doa terkandung dalam semua aspek kehidupan manusia.Janganlah kita termasuk orang bakhil dalam memanjatkan doa.Doa memang harus di budayakan,baik untuk diri sendiri,keluarga,saudara-saudara kita,mahupun doa untuk generasi penerus kita.Harapan akan selalu ada apabila kita mahu berdoa dan berusaha.

Syarat Doa Di Terima Oleh Allah SWT

Ada beberapa syarat supaya doa diterima Allah SWT iaitu antara lain :
  • Ikhlas.Dalam berdoa kita harus benr-benar ikhlas dan berserah diri hanya kepada Allah SWT
  • Taat kepada Allah.Kita taat  dan patuh terhadap perintah Allah
  • Menghindari yang haram.Kita harus menghindarkan diri dari larangan Allah dan membersihkan diri dari hal-hal yang kotor.Jadi dalam berdoa,kita harus benar-benar dalam keadaan bersih kerana kebersihan itu sendiri merupakan sebahagian daripada iman
  • Orang yang mendahulukan beramal soleh.Sebelum berdoa,kita terlebih dahulu beramal soleh,misalnya kita menolong orang sakit kemudian kita berdoa.InsyaAllah doa kita akan diterima oleh AllahSWT
  • Mensucikan diri terlebih dahulu.Ketika berdoa semestinya kita dalam keadaan suci kerana Allah sangat menyukai kesucian

Mengeratkan ikatan cinta suami isteri

Perkara yang perlu di lakukan pada lima tahun perkahwinan :

Kenal Hobi Pasangan
  • Sertai minatnya itu.Jangan sesekali menyekat pergaulan suami dengan rakan-rakannya.Luangkan masa menyertai acara atau aktiviti yang di minati pasangan.Pada masa yang sama ,anada berpeluang menarik pasangan menyertai aktiviti yang anda minati
Sikap Berterus Terang
  • Sekiranya anda merasakan sesuatu berlaku atau tidak kena pada pasangan, jangan sesekali memendam perasaan itu.Berani berterus terang dan jangan mudah putus asa,sebaiknya cari jalan penyelesaian dengan baik
Sentisa Berdoa :
  • Memohn keberkatan daripadaNya sediki sebanyak dapat meredakan perasaan seseorang,di samping dapat memelihara keutuhan sesebuah rumahtangga.Jadi anda dinasihati agar sentiasa memohon rahmat dan perlindungan dari Allah SWT

Manfaat DOA


Manfaat doa bagi umat manusia amat banyak,antaranya :
  • Mendatangkan keredhaan Allah SWT
  • Menghilangkan kesediahan dan kemuraman hati
  • Menguatakan hati dan badan
  • Membuat hati dan wajah berseri-seri
  • Menimbulkan perasaan bahawa diriny diawasi sehingga mendorongnya untuk selalu berbuat kebajikan
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Selalu ingat kepada Allah SWT
  • Membersihkan hati dari karatnya
  • Menghapus kesalahan dan menghilangkannya
Selain itu masih banyak lagi manfaat doa,dimana ianya membuat kita selalu dekat dengan Allah SWT.Manfaatkanlah doa  kerana  itulah cara kita berhubung dengan Allah SWT.

Doa penting yang hendaklah dimohon kepada Allah

Doa Pictures, Images and Photos




Beberapa doa penting yang hendaklah di mohon oleh seseorang hamba kepada Allah antara lain adalah :
  • Memohon hidayah atau petunjuk kepada Allah SWT agar di tunjukkan jalan yang benar
  • Memohon agar di ampunkan segala dosa yang dilakukan
  • Memohon agar  dimasukkan ke dalam syurga dan di jauhkan dari api neraka
  •  Memohon keselamatan di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari pelbagai macam bencana dan malapetaka
  • Memohon agar hatinya di tetapkan di atas agama dan tetap istiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT
  • Memohon agar ditetapkan nikmat Islam,sunnah dan diselamatkandari segala kemurkaanNya

Beli telur guna kilo??

Bagaimana kalau di negara kita nanti  beli telur atau oren di  jual dengan menggunakan kilo atau timbang? Di Eropah parlimennya telah meluluskan agar telur,oren dijual mengikut berat  atau timbangan.Penjual tidak boleh lagi menjual telur mengikut dozen atau biji.-klik sini untuk mengetahui lebih  lanjut

p/s pening kepala peniaga

Gagal Mengucap

Seorang penyembelih ayam warga asing yang mendakwa dirinya beragama Islam tiba-tiba gagap dan terketar-ketar apabila disuruh mengucap dua kalimah syahadah dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dan agensi di sebuah pusat penyembelihan.Lelaki warga Bangladesh itu menggunakan nama bukan Islam dalam dokumen pengenalan dirinya.Tindak tanduknya yang mencurigakan menimbulkan persoalan sama ada ayam yang disembelihnya halal dimakan oleh umat Islam-metro ahad

P/S  bagaimana tauke ayam ini boleh terlepas pandang.Tidak ke dia mengetahui majoriti pembeli ayam adalah umat Islam.Jangan kerana nak mengaji pekerja murah sanggup menggadaikan agama.Kalau taukenya bukan Islam tolong lah belajar apa yang perlu dipelajari tentang cara penyembelihan ayam dalam Islam.Boleh panggil orang jabatan agama untuk mempelajari hukum -hakam dalam penyembelihan binatang dalam Islam.Tak rugi pun malah mengutungkan dapat menambahkan ilmu.

Neraka Isteri Muda


Seorang wanita yang mengahwini suami orang tidak menyangka madunya sanggup menggunakan ilmu hitam yang dipanggil sihir najis hingga menyebabkan dirinya berbau busuk ketika hendak mengadakan hubungan dengan suami.Keadaan ini tidak terjadi jika mereka berjauhan.-metro Ahad

Rasa Nak Muntah


Di Dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek . Si nenek memicit-micit kepalanya .
     "Kenapa nie nek . Pening ya ," tanya pemuda tersebut .  
     "Ya nak , rasanya kepala pening , perut mual ,rasa macam nak muntah ," jawab nenek .
     "Oh , ya nak ,bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar ."
     Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum ," Boleh nek , tapi kenapa ?"
     Si nenek menjawab ,"Biar muntahnya lebih cepat ."

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved