TIP CERDASKAN MINDA SI KECIL

on 23 Jun 2010

TIPNYA IALAH :
  • Jangan paksa sikecil melakukan sesuatu jika ia tidak mahu.Berikan masa untuk dia melakukn aktiviti itu bersabarlah dengan karenahnya
  • Beri pujian.Sudah pasti kanak-kanak suka di puji.Jangan culas memberi kata -kata azimat
  • Sediakn ruang.Kanak -kanak juga inginkan ruang privasinya.Biar dia menunjukkan kreativitinya degan baik denagn adanya ruang yang selesa
  • Pelukan .Sentuhan adalah tingkah laku magis buat si kecil.Melalui cara ini,dia akan merasa ibubapanya amat menyayanginya
  • Adik pandai!.Kata-kata yang memberikan motivasi kepadanya mampu membuatkan si kecil bangga dengan dirinya sekaligus memberi keyakinan kepada dirinya

Makan 1500 mentol selama 42 tahun

Bersarapan dengan pecahan kaca mentol lampu?Pasti ramai yang tak percaya.
Namun ia sesuatau yang biasa bagi seorang lelaki yang berusia  54 tahun bernama Wang Xianjun dari China Barat. Malah Wang dikatakan telah memakan lebih dari 1500 mentol lampu selama 42tahun.Dia mengamalkan memakannya sejak berumur 12 tahun.
Malah ketika berumur  12 tahun juga dia pernah menelan duri ikan yang keras dan tajam.Wang merasakan pecahan kaca mentol lampu yang dimakan itu agak sedap dan menyelerakan.Sebelum dimakan pecahan kaca mentol itu akan dipecahkan menjadi saiz yang kecil

kejap12

Daripada Aisyah r.a katanya :
Saya berkata :"Ya Rasulullah,saya
mempunyai dua tetangga.Kepada
yang manakah saya membarikan hadiah?"
Baginda menjawab : "Kepada tetangga
yang pintunya lebih dekat kepada engkau."
(Shahih Bukhari)

Kecantikan atau fitnah

Macam-macam pendapat tersendiri mengenai bagaiamana untuk mentafsirkan pemakaian fesyen muslimah samada untuk kecantikkan atau fitnah.Perkataan untuk kecantikan itu sudah boleh mengundang fitnah.Apatah lagi kaum Hawa boleh menjadi fitnah kepada kaum Adam.
Apabila kita memakai pakaian Muslimah untuk berasakan diri cantik,secara automatik ,ia sebenarnya boleh mengundang fitnah buat diri kta kepada orang sekeliling.Jadi, Muslimah yang arif agama akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian fesyen Muslimah.

Akhirnya Raja Dadah Jamaica 'Dudus' serah Diri


Cristopher 'Dudus' Coke raja Dadah Jamaica telah menyerah diri kepada pihak berkuasa semalam.Dia ialah penjenayah yang paling dikehendaki dan Kerajaaan Jamaica sendiri telah menawarakan $60000 kepada sesiapa yang dapat menangkap 'Dudus'.Seramai 73 nyawa telah terkorban dalam usaha untuk menangkapnya bulan lepas.
p/s sependai-pandai tupai melompat akhirnya 'gedebuk' luga

Isteri lari telanjang bulat takut dipukul,ditendang suami


Seorang  isteri berusia  28 tahun yang mempunyai anak satu terpaksa lari dalam keadaan bogel kerumah jirannya kerana dikejar dan di pukul oleh suaminya.Kejadian berpunca daripada pertengkaran masalah peribadi antara mereka berdua.Suami wanita ini dikatakan pernah mendapat rawatan di pusat pemulihan dadah dan dia tidak bekerja.
Penduduk kampung memberitahu mereka sering bertengkar dan mangsa telah dikejar sehingga kerumah jirannya.Suaminya telah melafazkan cerai talak satu semasa mereka berada di rumah jiran.

Oprah beri US$10K dan Ipad untuk pekerja


Oprah Winfrey memang seorang dermawan.Dia akan memberikan apa saja kepada pekerja -pekerja dan terbaru dia memberikan semua pekerja Ipad dan memberikan bonus US$10K kepada pekerja yang cemerlang di syarikat majalahnya 'The Oprah Magazine' atau 'O'-laporan The Marquee Blog

Syok betul dia orang seorang satu dapat Ipad dengan special leather case lagi.Kadang-kadang kita dengan 'tuan' nak dapat satu batang kilometrico pun payah tapi yang baik hati pun ramai jugak kat negara kita ini.Bertuahlah kalau bekerja dapat 'tuan' yang baik dan tahu hati budi pekerja.
p/s teringin jugak nak pakai Ipad

' Jangan panggil saya gila jika saya kata England boleh jadi juara..."kata Capello


"Jangan panggil saya gila ,jika saya kata England boleh jadi juara untuk Piala Dunia ini,Ini pasukan yang bagus dan permain akan bersama-sama melakukanya," Kata Fabio Capello di sidang akhbar perlawanan antara England dengan Slovenia malam nanti.
Boleh ke ? Kalau macam tu punya cara bermain mampu ke England nak jadi juara WORLD CUP 2010  ni.Dari segi kualiti pemain memang pasukan England gah TAPI dari segi semangat tak bolaeh lawan Pasukan Korea Selatan.
Wayne Rooney kena belajar dengan Park Ji Sung macam mana nak dapatkan semangat tu.
Taniah Pasukan Korea Selatan kerana berjaya melangkah ke peringkat seterusnya.

Latih anak jadi pencuri


Seorang ibu sanggup mengajar @ melatih anaknya  yang berusia 12 dan 2 tahun untuk mecuri daripada mangsa yang leka.Kegiatan ini menyebabkan mereka hidup mewah.Taktik yang di gunakan ialah dengan ibunya akan membuat mangsa leka dan si anak pula akan meyeluk poket seluar atau pun beg mangsa.
Selepas memperolehi hasilnya mereka akan berbelanja mewah.

p/s sanggup ibu ini merosakkan masa depan anaknya..
sumber:mymetro

Penunjuk perasaan mahu Ariel 'Peterporn' di rejam

Sejumlah penunujk perasaan di Jakarta mahu Ariel 'Peterporn' direjam sampai mati berhubung dengan klip video lucahnya bersama dua orang selebriti."Tubuh penzina sepatutnya di tanam separuh badan dan bibalimg batu hingga mati," kata seorang penyelaras protes Fadilah Karimah.

sumber-kosmo online

Jamu Jemaah Masjid Guna Wang Urut Ghairah

Dua beranak yang ditahan di sebuah kondominium  kerana menawarkan khidmat  urut badan ke badan dan mengaku menggunakan wang hasil kerja haram itu bagi menjamu jemaah masjid di Petaling Jaya.Kononnya untuk menghapuskan dosa yang mereka buat.Pengakuan ini dibuat oleh ibu 45tahun dan anak 25tahun semasa di tahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
p/s cetek betul pengetahuan agama mereka.

Sehidup Semati

Pasangan romantik ini menghadap Ilahi selang 15 minit di hospital Melaka.Mereka dikenali pasangan romantik ketika hayat.Bagaimana rapat mereka semasa hidup begitu juga mereka sama -sama menghadap Ilahi.
Isterinya meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi setelah tidak sedar diri setelah diberitahu  penyakit kanser suaminya semakin kritikal. 15 minit kemudian suaminya pun meninggal dunia..Jenaahmereka dikebumikan dalm satu liang lahad.

Akibat neninggalkan solat

Dah Solat Ke... Pictures, Images and Photos

Di zaman Khalifah Abu Bakar r.a, ada seseorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba -tiba kain kafan itu bergerak.Apabila di buka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat serta memakan daging serta menghisap darah mayat. Mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba membunuh ular itu,maka berkata ular itu,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah,mengapa kamu semua hendak membunuh ku? Aku tidak berdosa dan tidak bersalah.Allah SWT memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular itu,"Dia telah melakukan tiga kesalahan di antaranya :

  1. Apabila dia mendengar azan,dia tidak mahu datang untuk sembahyang jemaah
  2. Dia tidak mahu keluar zakat hartanya
  3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama 
Maka inilah balasannya."

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved