Apakah tanda-tanda amaran tentang keganasan remaja?

on 22 Jun 2010

TANDA-TANDANYA IALAH : 
  • Perasaan marah yang di luar kawalan
  • Kelakuan ganas dan agresif
  • Cubaan atau ancaman untuk membunuh diri
  • Membuli kanak -kanak
  • Menjadi mangsa penderaan dan diabaikan
  • Menghadapi masalah disiplin di sekolah dan komuniti
  • Suka menyendiri
  • Hubungan sosial yang kurang memuaskan
  • Kurang/tiada pengawasan dari ibubapa mahupun penjaga
  • Pernah merosakkan atau vandalisme
  • Terpengaruh dengan keganasan yang dipaparkan di televisyen dan media lain
  • Penglibatan dalam kumpulan-kumpulan gangster

Bodoh Sombong

Rasulullah SAW  berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul, Baginda bertanya,"Mengapakah kamu berkumpul disini?"Sahabt menjawab :"Ya Rasulullah disini ada orang gila yang sedang mengamuk,sebab itu kami berkumpul disini,"Kemudian Baginda bersabda : "Orang itu bukan gila,ia sedang mendapat musibah.Tahukah kamu siapa orng gila yang sebenar?" Para sahabat pun menjawab."Tidak ya Rasulullah," Baginda pun menjelaskan; "Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur atau sombong,yang memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan,yang memusungkan dada,berharap syurgaTuhan sambil berbuat maksiat,kejahatannya membuat orang terganggu.Adapun orang ini dia hanya mendapat musibah."
Begitu hina orang yang sombong tapi bodoh disisi Rasulullah SAW sehingga Baginda menganggapnya sebagai orang gila.Rasulullah bersabda : "Tidak akn masuk syurga orang ada di dalam hatinya seberat sebiji sawi dari takbur (sombong).Dan tidak akan masuk neraka orang yang ada didalam hatinya seberat sebiji sawi iman." (Riwayat Muslim)

Budak TERKECIL DI DUNIA...22in

Charlotte Garside suka bermain dengan anak patung seperti juga kanak-kanak yang berusia 2 tahun yang lain tetapi dengan hanya tinggi sepanjang 22in anak patung permainannya kelihatan lebih tinggi daripadanya.
Dia cuma boleh merangkak dan tidak boleh berjalan kerana masalah lutut.

'Cannibal Killer' bunuh dan kemudian makan

Nicolas Cocaign 38thn telah membunuh rakan sepenjaranya Thierry Baudry 41thn kerana bertengkar pasal toilet.Dia yang sedang di bicarakan memberitahu makahmah bahawa rakannya itu membuat dia marah.Dia telah menumbuk rakannya itu bertubi-tubi sebelum menikamnya dengan menggunakan gunting.Dia kemudiannya menyimpan mayat itu didalam plastik sampah sebelum memakan hati kawannya itu.
Dia dipenjarakan kerana kes rompakkan senjata mula tidakberpuashati dengan rakannya yang selalu menutup lubang tandas dengan surat khabar.

Gurau tak kena tempat

Seorang lelaki Taiwan telah ditangkap  setelah dia memberitahu petugas pesawat dia ada membawa bom di dalam begnya dalam penerbangan ke Shanghai .Dia yang menaiki pesawat China Airlines di bandaraya Taoyuan dekat Taipeh.Namun setelah di periksa oleh pihak keselamatan, dia memberitahu dia hanya bergurau dan akibat gurauannya itu penerbangan itu tergendala selama 40 minit.

p/s.Gurau benda lain tak boleh ke ??

Maut Keguguran

Seorang pelajar yang dipercayai keguguran meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Baru .Dia yang di temani oleh teman lelakinya berusia 17 tahun tiba-tiba pengsan dan mengalami pendarahan yang teruk sebelum meninggal dunia.Mangsa di percayai ponteng sekolah selepas di hantar oleh ibu bersama adiknya.Teman lelkinya yang panik telah memberitahu petugas hotel dan di dapati mangsa telah meningal dudnia di tempat kejadian.

Ehwan.....100 ekor ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."

Terpaksa TERJUN sendiri.....

Seorang bapa Gary Jowett terpaksa terjun sendiri untuk menyelamat anaknya yang hampir lemas di sebuah pusat renang awam.Ini disebabkan 'life guards' gagal berbuat apa -apa.Jurulatih renang anakya juga tidak berbuat apa-apa sebaliknya hanya menekan loceng kecemasan.
Dia yang melihat kejadian itu dengan pakain lengkap terus terjun untuk menyelamatkan anaknya.

Pengantin baru DAN gangguan kesihatan

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

Sampai Ipoh.....

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh.. cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved