2 hantu

on 21 Jun 2010

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

NAUNGAN ALLAH

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia yang di beri perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu : Imam (pemimpin) yang adil , pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah , lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid , orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana kedua berkumpul dan berpisah kerana Allah , seorang lelaki yang di ajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina lalu ia menjawab "Aku takut kepada Allah," seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya  itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya , seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya." (Riwayat at -Tirmidzi)

kejap11

Dari Ubadah bin As-Samit r.a berkata,"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Allah telah mewajibkan solat lima waktu kepada hamba-hambaNya.
Barangsiapa yang menunaikannya dengan baik,tidak mensia-siaknnya sedikit pun
kerana meremehkan haknya,maka baginya ada perjanjian dengan Allah
untuk dimasukan kedalam syurga.Barang siapa yang tidak menunaikannya,
maka tiadalah janji baginya dengan Allah,jika Allah menghendaki
dia akan disiksa dan jika Allah menghendaki,dia akan masuk ke neraka."
(HR Abu Daud,Nasa'i,Ibnu Hibban dan Imam Malik)

Budak 3 TAHUN DISERANG MUSANG

Seorang budak berusia 3 tahun diserang oleh seekor musang ketika menghadiri satu keraian di  taman permainan .Dia mengalami kecederaan di  kaki dan tangan akibat gigitan musang itu .Inilah kejadian kedua selepas dua minngu kejadian budak kembar diserang musang di rumahnya.Budak itu telah dibawa ke hospital dan menerima rawatan serta dibenarkan pulang kerumah.

Saya cuma jalankan tugas....

Saya cuma jalankan tugas...itulah kata seorang doktor yang di tuduh membunuh 20 orang pesakit termasuk anaknya sendiri yang menghidapi kanser. Dia melakukan perkara tersebut kerana untuk mengurangi derita pesakit.Dia juga pernah didapati tidak bersalah menyuntik 3 orang pesakitnya dengan ubat penahan sakit yang berlebihan.Pengakuannya yang terbaru menyebabkan pihak polis membuka kesnya kembali.-kosmo

Pemain Peranchis Boikot Latihan?

Pemain Peranchis seperti hilang semangat juang.Partrick Evra bertengkar dengan jurulatih kecergasan di tengah padang kemudian dia dan pemain-peamin lain meninggalkan padang latihan.Ini gara-gara protest akibat menghantar balik Nicolas Anelka.

Walaupun mereka mempunyai ramai pemain yang berbakat di sekitar Eropah tetapi tidak menunjukkan satu pasukan yang boleh memenangi Piala Dunia ini.Mungkin inilah pasukan Peranchis yang paling teruk beraksi di Piala Dunia.Jurulatih pula gagal untuk menaikan semangat pemain-pemain atau memupuk semangat harmoni didalam pasukan.Tiada semangat AYAM JANTAN

Pelajar Universiti merusuh gara-gara Piala Dunia

Sebuah Universiti terkemuka Bangaldesh tertutup Ahad lalu selaepas lima orang cedera dalam rusuhan mahasiswa yang menuntut masa bagi perlawanan bola sepak piala dunia.Pelajar yang mambawa kayu mengamuk di Universiti Kejuruteraan dan Teknologi ibu kota Dhaka kerana mahu penggal penggajian di pendekkan agar mereka boleh menonton siaran perlawanan Piala Dunia-lanjut

p/s Begitu dahsyat penangan piala dunia ini-pelajar yang bijak pun boleh tewas dengan penanganannya...

Padah Kasih Isteri orang

Seorang pemuda yang berumur 18 tahun di belasah oleh sekumpulan lelaki di Alor Setar akibat menjalinkan hubungan dengan isteri orang.Dia yang sering datang kerumah wanita yang barusia 26tahun itu ketika ketiadaan suami wanita itu dirumah.Mangsa mendakwa dipukul dengan kayu menyebabkan mukanya parah dan  kakinya patah.Suaminya seorang peniaga dan semua anaknya sering mengikutinya keluar berniaga menyebabkan wanita itu mengambil kesempatan membawa kekasihnya datang kerumah.-hmetro

p/s gunakan akal jangan gunakan nafsu untuk membuat sesuatu tindakan

Di usir kerana gemuk

Hasratnya nak menziarahi ibu saudaranya yang nazak kerana kanser tapi kerana badan yang gemuk di telah diusir.Dia cuma akan dibenarkan menaiki kapalterbang lain kalau dia membayar tiket penuh untuk dua kerusi.Dia tidak mampu untuk membayar tambangnya akibat peristiwa ini dia tidak dapat berjumpa mak saudaranya kerana meninggal dua hari selepas tarikh sepatutnya dia terbang.-kosmo online

p/s kenapa masih timbul diskriminasi macamni lagi????

Suami tangkap isteri khalwat pada hari bapa

Hari Bapa sepatutnya di sambut dengan gembira semalam tetapi tidak bagi seorang lelaki yang berusia 26 tahun apabila isterinya sendiri di tangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di bilik sebuah hotel Port Dickson.Kegiatan ini terbongkar apabila suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan melaporkan kepada Jabatan Hak Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)-kosmo

Kekasih Bapa Kena Belasah

Seorang remaja bertindak nekad menghentak kepala seorang wanita  dengan topi keledar.Dia melakukan ini kerana berasa berang kerana bapanya menjalinkan hubungan dengan wanita yang bekerja di sebuah stesen minyak.Remaja itu mengetahui bapanya mempunyai hubungan setelah diberitahu ibunya.Perbuatan itu terbongkar apabila bapanya tertinggal telefon bimbit di rumah dan kebetulan janda itu pula membuat panggilan yang di jawab oeh isteri lelaki itu.

Jagung Ayam

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Terbesalin dalam lif

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam nak gila dan tak mahu keluar daripada lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dia keluar. Psychologist tu pun bercakap,

"Cik... keluar lah... apa nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab,

"Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ada 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

KISAH MAT PUNK

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Bapa Rela Anak Murtad

Seorang bapa sanggup membiarkan anaknya menukar agamanya semata-mata membolehkan anak perempuannya berkahwin dengan seorang pelakon dan pengacara televisyen.Haji Anshori berkata dia tidak kesal dengan perbuatan anaknya meninggalkan Islam untuk berkahwin dengan pengacara itu.Malahan dia dan keluarganya sanggup mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang murtad itu di Jakarta Barat demi kebahagiaan si anak.

p/s : Inikah cara seorang bapa mengasihi anaknya sehingga sanggup meminggirkan agamanya sendiri???

Bunyi Dari Kubur


Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Lima Perkara Perlu Dilaksanakan Segera


Sekirannya kita mahu melakukan sesuatu perkara,kita harus memikirkan baik buruknya terlebih dahulu supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.Namun dalam ajaran Islam, ada beberapa perkara yang perlu di laksanakan segera, iaitu :

1. Memberi  makan tetamu apabila tetamu itu mengidap di rumah kita
  • Kita harus memuliakan tetamu.Dalam adat Melayu kita digalakkan menyambut tetamu dengan gembira,mempersilakan tetamu duduk serta diajak berbual dengan hati yang tulus.
2.Mengurus jenazah atau mayat orang yang meninggal dunia
  • Apabila ada orang yang meninggal dunia,kita harus segera memandikannya,kemudian meng kafankan dan mrmyembahyangkan jenazah tersebut.Kemudian perlu segera mengebumikannya,jangan sampai berada di rumah berhari-hari.Adalah lebih utama jika mengebumikan ini didaerah dimana orang tersebut meninggal
3.Menikahkan anak perempuan apabila sudah tiba waktunya
  • Sekiranya kita mempunyai anak perempuan,dan apabila sudah tiba waktunya bernikah,kita di anjurkan untuk segera menikahinya.Hal ini untuk menjaga agar tidak terjadi pergaulan bebas seperti yang berlaku kebelakangan ini
4.Membayar hutang bila sampai waktunya
  • Kita diwajibkan untuk segera membayar hutang kita kepada orang lain apabila kita sudah mampu membayarnya.
5.Bertaubat dari dosa-dosa yang kita telah lakukan
  • Hidup di dunia ini hanya sekadar satu persinggahan,jadi janganlah kita menunda-nunda untuk bertauabat kerana kita tidak ketahui bila kita akan mati.Bertaubat tidak perlu menunggu sampai kita tua kerana malikat maut akan datang menjemput kta  apabila tiba waktunya
Jadi sebagai umat Islam,kita amt dianjurkan untuk segera melaksanakan perkara diatas kerana apabila perkara itu tidak segera dilaksanakan ia akan menimbulkan masalah yang baru pula.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved