wing maxi pad

on 20 Jun 2010


"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

CACING DAN ARAK

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK..."

HAZELNUT DAN NENEK

 Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Abu kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut yang ada diatas meja sampai habis semangkuk tanpa dipelawa. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, habis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."
 Nenek Siti berkata,"Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek hisapje la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."kata neneknya dengan selamba
.

Sedekah Kuatkan Perpaduan Ummah

Maksud sedekah dapat menguatkan perpaduan ummah ialah :
  • Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan miskin terhadap golongan berharta dan kaya
  • Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin.Sifat dengki akan hilang
  • Bersedekah akan mendatangkan keberkatan.Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan
  • Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang di alami oleh orang-orang yang kesempitan.Ini menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.
Dengan ini akan mewujudkan kekutanperpaduan antara sesama masyarakat Islam.Apabila wujud perpaduan di peringkat masyarakat,ia akan membawa perpaduan negara dan ummah.

Zorro ,Robin Hood Dan Orang Asli

Sebuah kampung orang Asli mengadakan satu pertandingan mencari jodoh.Sesiapa yang dapat menjatuhkan epal yang berada diatas kepala anak ketua kampung dengan jarak yang paling jauh akan berkahwin dengannya.Maka muncul dua orang Hero Rakyat  untuk mencuba nasib iaitu Zorro dan Robin Hood.

Mereka pun bersepakat dan Zorro memulai pertandingan.Dia pun bergerak sejauh 50meter dan membaling pedangnya kearah buah epal yang berada di atas kepala perempuan itu.Zuuuuuppp terbelah dua epal itu.Dengan bangganya si Zorro jerit...."I'AM ZORRO"

Kemudian giliran Robin Hood pula.Dia pun melangkah kedepan sejauh 100meter dan menggunakan anak panahnya untuk menjatuh kan buah epal itu.Zuuuuppp terbelah dua epal yang baru di letakan diatas kepala perempuan itu.Peergh dengan bangganya dia menjerit "I AM ROBIN HOOD"

Ada seorang penduduk orang asli yang tidak puas hati melihat kejadian itu.Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang sahaja anak ketua kampung itu berkahwin dengan orang luar.Dia pun tampil kedepan dan mengambil jarak yang paling jauh iaitu 150meter untuk menjatuhkan epal itu dengan menggunakan sumpit.Zupp.......!!!pprrapp,kena kepala perempuan itu dan mati.Dengan selamba orang asli itu berkata" I AM SORRY"

Alnelka Di hantar pulang

Nicolas Anelka telah diarah pulang oleh Persekutuan Bolasepak Peranchis (FFF) kerana di katakan bertengkar dengan jurulatih Raymond Domenech sewaktu masa rehat separuh masa pertama perlawanan Mexico-Peranchis.Dalam perlawanan itu Peranchis tewas 0-2 kepada Mexico.Anelka bagaimanapun menafikan dia telah bertengkar dengan jurulatih Raymaond Domenech.

p/s Apa dah jadi dengan team PERANCHIS dalam WORLD CUP 2010 NI??

Cincin Eksklusif World Cup 2010


Pakar dari Columbia telah mencipta cincin khas untuk WORLD CUP 2010 dan koleksi khas ini telah di persetujui oleh FIFA yang di buat sebagai kenang-kenangan dan dijual pada harga sekitar AS$ 2,500 (RM 8,000) hingga AS$250,000 (RM8000,000).
Cincin ini diperbuat daripada platinum dan di lengkapi batu zamrud dan berlian terkenal Afrika Selatan.

Parah Di langgar Bekas Suami

Baru selesai kes penceraiannya 7 Jun lalu tetapi kerana ada perasaan dendam seorang  bekas suami  sanggup melanggar motosikal yang di naiki bekas isterinya.Anak dan rakannya turut tercedera.Dia yang cedera di kepala menerima 20 jahitan manakala rakannya pula patah kaki dan cedera dimuka.Bekas suaminya menggunakan sebuah kereta Isawara untuk melanggar bekas isterinya dan dia juga pernah menggugut bunuh bekas isterinya serta beberapa kali cuba melsnggarnya dengan motosikal.

Anak Setan

Dia  di pukul oleh anak tunggalnya,gara-gara mempertahankan rantai arwah isternya daripada dirampas.Dia juga ditoreh dengan pisau sebelum anaknya itu dapat merampas rantai itu.Namun kerana tidak meahu maruah keluarga tercalar dia tidak mahu membuat laporan polis.
Itulah kisah duka Pak Mud mengenai anak yang di tatang dan dimanja serta di sayangi dengan penuh kasih sayang sanggup memperlakukannya seperti ini ."Dia bukan anak pak cik,Dia ANAK SETAN,"kata Pak Mud menceritan detik cemas ketika dia di perlakukan seperti itu.

Bayi kenan katak

Seorang bayi lelaki yang di lahirkan berwajah 'katak' menggemparkan seluruh Nepal.Bayi ini di lahirkan di Gaurishnkar 10km dari pekan kecil Dolakh, Nepal.Bayi yang di lahirkan seberat 2kg meninggal dunia selepas 18 jam dilahirkan.Beberapa orang doktor cuba menyelamatkan bayi yang menghadapi masalah kesihatan ini.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved