Menjaga Kemuliaan Keturunan

on 19 Jun 2010

Menjaga kemuliaan keturunan  adalah satu perkara yang di tuntut oleh agama. Islam juga menyarankan penganutnya supaya memilih pasangan dari kalangan orang yang baik keturunannya.Ringkasnya,kemuliaan keturunan merupakan suatu perkara yang  begitu penting dan dititik beratkan oleh agama.
Melalui perkahwinan kita dapat menjaga daripada terjebak dengan maksiat seperti zina yang akan meruntuhkan kehormatan diri dan keluarga serta menghasilkan keturunan yang kotor jijik  dan akan dipandang rendah oleh masyarakat.

Salah e-mel

E mail Pictures, Images and Photos
Seorang wanita yang baru pulang dari kubur kerana pengebumian suaminya telah membuka e-mel sesampainya dirumah.Tanpa melihat siapa pengirimnya wanita itu pengsan setelah membaca e-mel nya.Anak lelakinya terkejut kerana maknya pengsan lalu dia membaca e-mel tersebut
To : Isteri kesayanganku
Date :     12 April 2006
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran
mesej ini.Abang telah selamat sampai dan telah menginap
dengan aman di sini.Abang lihat semuanya telah disediakan
untuk kedatangan mu pada hari esok.Semoga berjumpa
denganmu nanti,Sayang.Abang berharap perjalanmu kesini
nanti lebih bermakna seperti apa yang Abang telah lalui ketika ini

Rupa e-mel ini dihantar oleh lelaki yang tersalah menaip alamat e-mel isterinya dan dia tidak mengetahui kesilapannya menaip alamat.E-mel itu telah diterima oleh wanita yang baru kematian suaminya.

p/s. hati-hati bila menaip alamat e-mel,silap rahsia boleh bocor....teliti dulu siapa pengirim e-mel

Kuda Makan Rumput

Cikgu : "Ali ! Lukisan apa yang kamu lukis ini? Kosong aje.."

Ali      : "Kuda makan rumput ,cikgu."

Cikgu : "Mana rumputnya? Ali"

Ali      : "Kuda dah abis makan , cikgu,"

Cikgu : "Mana kudanya?

Ali      : "Kuda dah kenyang.Dia dah balik kandang....."

Cara Mengelakkan Diri Daripada Menurut Hawa Nafsu

Ada beberapa cara yang boleh kita ambil untuk menggelakkan kita daripada menurut hawa nafsu : 
  • Mengelak daripada segala perkara yang boleh menaikkan nafsu sendiri seperti menonton filem lucah dan tinggal bersendirian
  • Banyakkan membaca Al Quran serta mendalami ilmu agama.Dengan harapan kita bebas daripada nafsu kejahatan syaitan yang sentiasa menggoda
  • Berpuasa untuk mengelakkan diri daripada kejahatan  nafsu
  •  Elakkan bertemu dengan teman lelaki secara sendirian tanpa mahram kerana ini memudahkan syaitan menggoda nafsu manusia kearah kejahatan

Jangan Jadi Pencela

Zaid bin Salam berkata : Pada suatu malam Abdul Malik bin Marwan memanggil pelayannya (orang gaji) namun pelayan itu lambat datang.Ketika pelayan itu datang dia pun melaknatnya.Berita ini didengari oleh Ummu Darda' lantas dia berkata : Malam tadi aku mendengar engkau melaknat pelayanmu ketika engkau memanggilnya,ketahuilah aku telah mendengar bahawasanya

Rasulullah SAW bersabda :"Orang yang suka melaknat tidak akan menjadi pemberi syafaat dan saksi pada hari kiamat."(HR Muslim)

Akal dan Agama

Akal yang di kurniakan Allah kepada manusia bertujuan mengawal nafsu supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan akhlak dan norma masyarakat.Selain itu,Allah juga memberikan nafsu untuk memastikan kelansungan umat manusia.
Islam adakah agama yang memberikan panduan kepada akal dan nafsu supaya manusia tidak terjerumus dengan pekara yang boleh menjatuhkan martabat manusia itu sendiri.
Dengan itu kita kembali kepada fitrah kesucian dan penjagaan maruah diri.Dengan akal dan agama,sepatutnya kita dapat mengawal nafsu.

Lihatlah di sekeliling kita.....

Lihatlah di sekeliling kita......baik langit,baik lautan,baik haiwan,baik gunug -ganang..semuanya sempurna...semuanya teratur.Membuatkan kita terpaku dan kagum dengan segala keindahannya.
Siapakah penciptanya? Manusia? Mustahil manusia sendiri adalah makluk yang di cipta,bagaimana mungkin manusia dapat mencipta alam semesta yang begitu sempurna perjalanannya?MUSTAHIL!!!

ALLAH SWT. Itulah Dia.Dia zat Yang Maha Kuasa.Tuhan yang telah mencipta segala makhluk yang ada di alam semesta ini.Semua kejadian ada rahsia yang tersirat di sebaliknya.Kita sebagai manusia hendaklah mengakuinya.
Tapi kenapa masih ramai yang melupakan penciptanya.Masih ramai yang ragu dengan penciptanya?Meninggalkan segala suruhannya.Mana perginya tanda syukur kita pada ALLAH SWT YANG MENCIPTA KITA.
Lihatlah di sekeliling kita....adakah kita seperti mereka???

3 tahun jadi hamba seks abang

Seorang gadis 17 tahun di Taman Medan Petaling Jaya telah 3 tahun menjadi hamba seks abang kandungnya sendiri yang berusia 24 tahun ketika tiada orang di rumah.Dia nekad untuk membuat laporan polis walaupun di larang oleh ibubapanya.Ibubapanya yang mengetahui kejadian ini melarang membuat laporan polis kerana malu.Abang telah melarikan diri sebaik sahaja mengetahui adiknya telah membuat laporan polis.

Isteri Bunuh Suami Kerana Piala Dunia

David Makoeya 61 tahun mati dibelasah oleh isteri dan dua orang anaknya.Ini semua gara-gara berebut untuk menonton tv.David yang mahu menonton  satu perlawanan bolasepak Piala Dunia,manakala isteri dan dua anaknya ingin menonton satu program keagamaan.Dalam pertengkaran itu kepala David telah di hantuk kedinding.Pihak yang datang telah mengesahkan David telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua Wanita Hamil Nyaris Maut

Dua orang wanita hamil yang dalam kesakitan untuk bersalin nyaris menghadapi maut apabila ambulans yng membawa mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta dipersimpangan lampu isyarat.Kejadian ini berlaku di Kota Kinabalu Sabah.
Kereta Perodua Kancil itu tidak menyedari bunyi siren ambulans lalu merempuh ambulans terbabit sebelum terbakar.Pertolongan orang awam dapat menyelamatkan kesemua yang terbabit dalam kemalangan itu.Kedua wanita hamil yang hendak bersalin itut elah dibawa oleh orang awam ke hospital.

'Three Lions'kosong. Tak Garang Macam Yang Disangka

Dengan jurulatih yang dibayar 6juta paun setahun dan mempunyai ramai pemain yang berstatus bintang tapi 'Three Lions' atau England 'kosong' dan hanya indah khabar saja.Seri dalam 2 perlawanan awal peringkat kumpulan membuat ramai peminat pasukan England ini kecewa.Seri dengan Amerika Syarikat ,seri pula DENGAN pasukan Algeria mana 'keganasan' mereka ?
Mempunyai ramai pemain ternama masih tidak mampu memberi kemenangan kepada England walupun lawan mereka sekadar mempunyai beberapa pemain bintang saja.Liputan media yang diberikan seolah -olah 'Three lions' boleh meratah sesiapa saja lawannya .

Bola sepak bukan pemainan individu tetapi pemainan berpasukan.Inilah nasib pasukan bintang seperti England,Sepanyol dan yang paling teruk pasukan Peranchis....KITA TENGOK APAKAH NASIB PASUKAN MEREKA DALAM WORLD CUP 2010 INI?

Ulat Samseng

Lebih 100 orang ulat tiket bertindak ala samseng dengan menyerang,memaki hamun Pegawai JPJ di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil.Kejadian ini berlaku apabial salah seorang rakn mereka di tahan kerana meenjual tiket secara haram.

Persetubuhan Melalui Dubur


Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya.Sekiranya perkara itu terjadi,isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia di ancam oleh suami dengan pelbagai siksaan.Ini kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah.
Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan.Mereka ini termasuk dalam golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya
"Terkutuk,terlaknatklah siapa yng mendatangi isterinya dari lubang duburnya."
(HR Ibnu Hadi,Abu Daud dan Ahmad)

Vuvuzela temui mangsa pertamanya

Seorang ajen insurance Yvonne Mayer 29tahun telah dinasihatkan oleh doktor agar tidak banyak bercakap dan tidak memakan makanan keras kerana kecederaan kerongkongnya.Ini merupakan kejadian  yang pertama berlaku sejak vuvuzela mendominasi setiap stadium yang mengadakan perlawanan.Dia yang terlampau ghairah meniup vuvuzela dan mengalami kecederaan kerongkong.
Vuvuzela sejak pembukaan WORLD CUP ini menjadi kontroversi kerana bunyinya sangat bising.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved