Etika Berkaitan Jenazah dan Takziah

on 13 Jun 2010

Segera menguruskan jenazah dan mengembumikannya
  • Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Segeralah di dalam menguruskan jenazah,sebab jika amalnya soleh,maka kebaikanlah yang kamu berikan kepadanya.Dan jika sebaliknya,maka keburukanlah yang kamu lepaskan dari bahu kamu."(Muttafaq 'alaih)
Tidak menangis dengan suara kuat dan tidak meratapinya
  • Rasulullh SAW bersabda yang bermaksud : 'Bukan golongan kami mereka memukul-mukul pipinya dan merobek-robek bajunya dan menyeru kepada seruan jahilliyah,"(Riwayat Al Bukhari)
Disunatkan menghantar jenazah hingga ke kubur
  • Rasulullah SAW bersabda,mafhumnya : Sesiapa yang menghadiri jenazah hingga menyembayangkannya ,maka baginya pahala sebesar qirath.Dan sesiapa yang menghadirinya hingga dikuburkan,maka baginya dua qirath."Nabi ditanya "Apakah qirath itu?"Baginda menjawab :"Seperti dua gunung yang sangat besar."(Muttafaq 'alaih)
Memuji si mati
  • Memuji simati dengan mengingati dan menyebut -nyebut kebaikannya.Rasulullah SAW bersabda maksudnya ;"Jangalah kamu mencaci orang yang telah mati kerana mereka telah sampai  kepada yang mereka perbuat."(Riwayat Al Bukhari)
Memohon ampun untuk si mati
  • Pohonlah keampunan untuknya selepas pengebumian.Ibn Umar pernah berkata : "Adalah Rasulullah apabila selesai mengebumikan jenazah ,maka Baginda berdiri diatasnya dan bersabda :"Mohonlah ampun untuk saudara mu ini dan mintalah ampundaripada Allah agar ia diberikan keteguhan kerana ia sekarang di tanya."(Riwayat Abu Daud)
Sunat menghiburkan keluarga yang berduka dan memberikan makanan kepada mereka
  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Buatlah makanan kepada keluarga Ja'farkerana mereka ditimpa sesuatu yang membuatkan merekasibuk."(Riwayat Abu Daud).Disunatkan mengucap Takziah kepada keluarga si mati dan menyarankan mereks supaya bersabar

Punca-punca Histeria

Terdapat banyak sebab dan punca -punca HISTERIA. Antaranya : 
  • Akibat kurang kasih sayang menyebabkan banyak masalah yang di pendam
  • Akibat gangguan mental,lalu emosi tidak mampu dikawal dengan baik
  • Akibat sihir
  • Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri
  • Akibat dendam atau simpati / cinta makhluk jin.Antara sebabnya kerana manusia itu suka mendedahkan aurat dan suka bertelanjang ketika bersendirian
  • Akibat saka iaitu warisan jin pendamping daripada keluarga
  • Sering lupa kepada Allah SWT ,kurang beramal ibadat dan sering lalai sehingga syaitan berpeluang mencelah masuk ketubuh badan kita
  • Kurang membaca doa -doa tertentu seperti "Bismillah" atau "Taawuz" ketika melakukan aktiviti seharian
  • Menyukai malah melakukan perangai yang di sukai oleh syaitan (menurut hawa nafsu,mengabaikan hal-hal halal dan haram,memandang remeh perkara -perkara mungkar dan maksiat)
  • Melakukan perbuatan yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti permainan-permainan pemujaan roh atau menghadirkan roh sehinggakan jin atau syaitan yang datang menjelma sebagai roh tersebut

Petua Rumah Tangga Bahagia


Keceriaan rumah tangga banyak bergantung kepada kebijaksanaan isteri mengurus dengan penuh kasih sayang serta tahu menjaga keharmonian keluarga dan antara cara-cara agar kita boleh mencapai kebahagian ialah :
  • Selalu berdoa agar suami selalu menyayangi kita
  • Bila suami balik dari kerja ,tegur dan sentuh suami sebelum kita melakukan kerja lain
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari
  • Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat
  • Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami.Apa yang penting ialah memberi perhatian dan simpati
  • Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami
  • Tanya ibu mertua apa yang suami sukai seperti hadiah ,makanan dan masakan untuk suami makanan kegemarannya
  • Beri pujian terhadap penampilan suami
  • Cepat-cepat pujuk suami bila marah atau berkecil hati
  • Minta bantuan suami hanya jiuka sesuai
  • Elakkan daripada suami menunggu lama terutama bila bersiap
  • Dan yang paling penting hormatilah suami sebagai ketua keluaraga walaupun kita mempunyai gaji ,pangkat atau pendidikan yang tinggi daripada suami

Aku lagi sokong...

Kira-kira 100 orang ahli Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia)Bhd berkumpul membantah tindakan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Barat.
Kalau boleh semua yang ada berkaitan dengan Israel kita tidak benarkan memasuki negara kita Malaysia ni kerana dengan membenarkan mereka berada disini seolah -olah kita mengiktiraf kewujudan negara laknat Israel ni.
 Tengok apa yang telah mereka lakukan kepada rakyat yang tak berdosa.
Budak kecil dibunuh tanpa ada perasaan belas kasian.Masih lagi nak dibenarkan sebarang hubungan dengan negara laknat ini.Kalau nak ikutkan hati nak aje aku ikut pergi belasah negara laknat ni tapi apakan daya kita hanya ada kekuatan tangan mereka ada kekuatan senjata.Kita sepatutnya tabik kepada keberanian rakyat Palestin,walaupun hanya dengan batu mereka tetap melawan.

Apa yang boleh kita buat dengan menghulurkan derma dan cara yang paling mudah hanya dengan sms dan untuk keterangan lanjut sila klik AMAN

10 kali lari dari rumah

10 Kali lari rumah 10 kali  jugak laporan polis dibuat.Bila kebalai, polis bertugas pun tahu apa masalahnya .Mesti kes anaknya lari dari rumah.Laporan terbaru dibuatnya 18 Mei lalu di Balai Polis Tampoi.Maknya khuatir kerana anaknya ada hubungan dengan seorang penagih yang berusia 22 tahun.Risaukan keselamatan anaknya dia sanggup berulang alik membuat lapoaran polis.

Setiap mak pasti akan risau jika anaknya tidak balik kerumah tapi jarang anak yang risau kan ibunya.Dah 3 minggu tak balik rumah..fikirkan betapa runsingnya fikiran ibu ini.Bolehkah dia melelapkan matanya.,lalukah dia makan?Fikiran budak ini mungkin bercelaru atau mungkin pengaruh teman lelakinya membuat dia mengambil satu keputusan yang amat merugikan.
Selagi anak tidak di depan mata selagi itulah hidupnya tak tenteram.Kesian sungguh nasib ibu ini.Kepada anaknya baliklah tiada siapa yang lebih menyanyangi selain daripada ibu.

Nak Lagi Gemuk Sebab Nak Jadi Perempuan Tergemuk

Setiap perempuan ingin tubuh yang langsing tetapi tidak pada Donna Simpson 42 tahun.Malah dia ingin menambah lagi berat badannya yang sekarang 227 kg kepada 445 kg dan ingin menjadi perempuan tergemuk di dunia.
Ibu kepada anak yang berusia  3 dan 14 tahun mengatakan makin besar pinggang makin seksi.Dia telah bertunang dan tunanya mengatakan yang Donna sangat seksi.

Mak suruh anak beli nombor ekor

Mak suruh anak beli nombor ekor patut ke?Mak sepatutnya mengajar anak membuat sesuatu yang baik bukan ajar anak perkara yang bukan-bukan.Anak ialah amanah tuhan dan sebagai ibu atau bapa kita patut menjaga amanahnya bukan merosakkan.
Agaknya dah berapa lama dia suruh anaknya buat kerja macamni.Cubalah didik anak dengan ilmu agama bukan didik dengan ilmu judi.Bila anak rosak disalahkan orang sekeliling,kawan-kawan tapi tak pernah nak salahkan diri sendiri.
Yang kita nak carikan anak yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan kita bila sudah tiada lagi bukannya kita caru cari anak yang akhirnya jadi tahi judi.Takkan tak boleh berfikir langsung akibat atau keburukkan yang kita berikan kepada anak kita.Malang sungguh nasib anak ini mempunyai ibu yang seteruk ini.

" Ibu Mertuaku " versi baru

Suaminya ialah orang yang merogolnya dulu.Selalu kena sepak dan terajang serta gajinya sami yang pegang.Dan lebih malang selepas kematian suami, anak-anaknya "dirampas" pula oleh ibu mertua.
Suaminya meninggal bersama perempuanlain kerana meragut.Inilah nasib malang seorang wanita diperlakukan seperti hamba oleh keluarga mertuanya.
Sepatutnya ibu mertua yang patut menjaga wanita terbabit kerana yang merogol wanita itu  adalah anaknya sendiri.Kalau wanita itu membuat laporan kepada polis dah tentu anaknya akan di penjara.Mana letaknya perasaan kasih sayang ibu mertua ini?Dia juga kan perempuan tak kan tak tahu perasaan perempuan jika diperlakukan sebegitu rupa.

50 sen MANA CUKUP NAK SELAMATKAN ORANG?

Kalau di fikitkan 50 sen mana cukup nak selamatkan orang tapi dengan bantuan orang ramai 50 sen kalau dikumpulkan boleh membantu ramai orang yang kesusahan.Mari kita sama-sama memberikan sumbangan.
AF BOLEH SMS TAKKAN YANG UNTUK GAZA SERTA KEAMANAN TAK BOLEH ....
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KLIK-AMAN

Green Hampeh

Kerana kehampehaannya membuat penyokong England merasa kecewa.Robert Green yang menjadi penjaga gol dalam perlawanan menentang USA melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukannya seri 1-1.
Penyokong England begitu amat kecewa kerana harapan yang tinggi diletakkan kepada pasukan pada  world cup ini.
Baru je jadi penjaga gol utama dah buat sila...Green Hampeh SUNGGUH  KAU!!!

Lady Gaga beromen Dengan kaum sejenis depan Khalayak ramai

Lady Gaga penyanyi yang pelik syok beromen dengan kaum sejenisnya di hadapan khalayak ramai.  
Bagi mereka ini perkara biasa,Tapi bagi kita yang ada agama ini perbuatan terkutuk.Tengok pakaian nya daring habis.
Budaya ini kalau tak di bendung akan merosakkan budak -budak kita yang tengah sibuk dengan Lady Gaga.Sampaikan budak umur 2 tahun tahu siapa Lady Gaga.Inilah pengaruhnya kepada anak-anak kita.



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved