Kesian Nelson Mandela

on 11 Jun 2010

Nelson Mandela mantan presiden Afrika kehilangan cucunya yang berumur  13 tahun akibat kemalangan jalanraya.Kereta yang di pandu oleh pemandu itu mengalami kemalangan selepas cucunya menyaksikam konsert bolasepak piala dunia Pemandunya di percayai dalam keadaam mabuk.Zenani Mandela merupakan cucu kesayangan Nelson Mandela dan mantan presiden ini memutuskan tidak akan hadir pada majlis perasmian bolasepak piala dunia ini.

"Sorry saya dah tak sabar nak tengok England bermain,"(WORRLD CUP 2010)

World cup 2010 punya pasal sampai sanggup memasang seluruh rumahnya dengan bendera England.Ini lah yang dikatakan betul -betul fanatik .Bersemangat untuk menyokong pasukan negaranya.
Bila di tanya kenapa sanggup buat begini ."Sorry saya dah tak sabar nak tengok England bermain.Saya ni seorang yang patriotik dan inilah tanda sokongan saya."
Inilah yang dinamakan penyokong yang asli bukan penyokong yang suka menimbulkan keganasan.

World Cup nak strart judi bola jadi ke tak ??

Sekarang ini kita menjadi bertambah keliru kerana lesen bola dah dikeluarkan atau belum.Kejap dah keluar ,lepas takjadi nak keluar kerana tunggu reaksi orang ramai.Paling bagus kalau pihak kerajaan buat pengumuman lesen judi dah di batalkan.Orang ramai tak perlu lagi tertanya-tanya.Buat penjelasan adaskah dah di bagi lesdn atau belum. "World cup nak strart judi bola jadi ke tak," pertanyaan seorang pak cik kepada aku.Aku jadi pelik kalau yang tanya itu bukan Islam tak palah ini orang Melayu beragama Islam yang tentu-tentu tahu hukum berjudi.
Orang kita yang paling sibuk.Pihak kerajaan beritahu atau buat pengumuman samada lesen dah di luluskan atau belum.Jangan cakap sahaja tak lulus tapi sebaliknya??  Kalau belum batalkan sahaja supaya rakyat gembira dan hapuskan sekali judi-judi haram.Kalau boleh kedai nombor-nombor ekor sekali.Pasti boleh sebab Malaysia boleh.

Bangunan paling condong bukan Menara Pisa lagi

The Capital Gate Tower yang terletak bi bandar Abu Dhabi telah menjadi bangunan paling condong di dunia.Ketiggiannya ialah 525 kaki dan kecondongannya ialah 18 darjah iaitu lebih 5 kali kecondongan Menara Pisa di bahagian barat iaitu 4 darjah.
Bangunan 35 tingkat ini dibina oleh Abu Dhabi National Exbihition Company untuk ruang pejabat dan hotel dijangka akan di buka pada tahun ini.Tidak seperti Menara Pisa yang condong semula jadi ,bangunan ini sengaja di reka agar kelihatan condong.

"Obama" kena campak di Australia

Siapa yang berani nak campak Presiden Obama?Di Australia ada orang yang berani ,bukan campak orangnya tetapi gelas yang tersalah eja namanya.Ejaan yang sepatutunya ialah Barack tetapi ditulis Barrack.Kesemua gelas atau mug yang memaparkan gambar Obama di buang.Gelas yang di buat di China atau Vietnam dan dilabelkan di Queensland menyebabkan sekreteriat parlimen Australia Allan Thompson merasa malu dan bertanggung jawab atas kesilapan itu.

Telur ayam terbesar

Seekor ayam telah bertelur dan telurnya merupakan telur yang terbesar di dunia.Bukan telurnya yang kita nak perhatikan tetapi bertapa sakitnya dia nak bertelur.
Kalau kita perhatikan ayam ini taklah begitu besar tapi boleh mengeluarkan telur yang sebesar itu.
Kalau kita banding kan dengan kita manusia ,bertapa sakitnya ibu kita apabila dia melahirkan anak.Keperitan,kesakitan orang kata macam nak tercabut nyawa di buatnya.Aku sendiri dah tengok depan mata bagaimana isteri aku melahirkan anak.Hanya dia yang dapat merasakan kita lelaki cuma dapat memberikan semangat sahaja.
Kepada anak-anak hargailah kedua ibubapa tanpa mereka tidak ada kita di dunia ini.

Mini robot untuk ganti manusia berperang

Satu mini robot sedang di uji untuk mengantikan manusia berperang.Robot ini  sedang dikaji agar boleh terbang tanpa bantuan manusia.Robot ini juga boleh bercantum sesama sendiri dan mampu memusnahkan musuh dengan lebih berkesan.



Kasut Kulit Berusia 5500 tahun

Kasut kulit berusia 5500 tahun di temui di dalam sebuah gua di wilayah Vayotz Dzor yang terletak di sempadan Armenia ,Iran dan Turki .
Kasut ini dijumpai oleh sekumpulan arkeologi antarabangsa dan kasut ini dibuat daripada kulit lembu.
Saiz kasut itu ialah 37 sepadan dengan saiz moden penduduk Eropah.Tidak diketahui samada kasut ini dipakai oleh wanita atau lelaki.

Episod duka bagi umat Islam

Satu lagi episod duka umat Islam bebola babi di campur dengan mi.Syaikat itu mengedar makanan yang ada logo halal daripada Jakim,pekerjanya memakai baju  logo halal tapi turut juga menjual bebola babi.Lebih menjijikam produk babi ini diletakkan bersama mi .kuetiau serta bebola ikan yang turut diedarkan kepada umat Islam.Bebola babi itu diperolehi daripada syarikat lain tetapi yang jadi masalahnya dia dicampurkan dengan produk lain.
Jakim sepatutunya bukan setakat bagi logo halal tapi mesti mewajibkan tauke kilang menjalankan kursus tentang halal dan haram sesuatu makanan kepada umat Islam.Mereka mungkin jahil tetapi kita sebagai umat Islam mesti memberitahu dan tingkatkan penguatkuasaan.Ini persolan yang mesti di ambil perhatian kerana ia menjadi darah daging.
 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved