patutke kita SEBARKAN Aksi Ariel Peterporn

on 10 Jun 2010

Macam-macam cerita yang kita dengar lihat mengenai kisah betul atau pun tidak aksi suspen si Ariel Peterporn.Persoalannya sekarang patut ke sebarkan aksi Ariel Peterporn ini?Tidakkah kita dinamakan bersubahat..Bersubahat dalam mengedarkan sesuatu yang sah-sah benda tak betulkan berdosa.
Dalam facebook ,twitter,mererka ini berebut-rebut untuk menceritakan kisah sensasi malah ada yang download dan edarkan cerita ini.Tidakkah kita sama seperti orang melakonkan adegan itu.Fikirlah sendiri.Kita marah orang edar video lucah tapi kita sanggup pula untuk edarkan secara percuma kisah sensasi si penyanyi Ariel Peterporn(gelaran yang di berikan oleh peminat di twitter)

Steve Gerrard suruh Rooney jaga mulut

Steve Gerrard suruh Rooney jaga mulut agar dia tidak akan di ambil tindakan buang padang lagi seperti yang berlaku didalam perlawanan persahabatan antara England dengan pasukan tempatan.Rooney yang memang terkenal dengan sikap suka mencarutnya telah diberi amaran oleh pengadil perlawanan pertama England dan kini giliran kapten Engand pula.
"Rooney merupakan tenaga yang penting untuk England dan pasukan tak nak kehilangan khidmatnya akibat mulutnya yang celupar itu," kata Gerrard semasa di wawancara oleh wartawan.

kejap8


Daripada Miqdad Bin Ma'dikariba r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda,"Tidak memakan seorang daripada kamu akan sesuatu makanan yang lebih baik daripada makanan yang di usahakan sendiri.Dan sesungguhnya Nabi Daud makan daripada usahanya sendiri,"
 

GURUN SAHARA

Gurun Sahara adalah gurun yang terbesar di dunia.Luas kawasannya adalah sebesar negara Amerika Syarikat yang terbentang lebih kurang 5000 kilometer merentasi Afrika dan Lautan Atlantik di barat ke Laut Merah di timur.Gurun Saharaadalah gurun yang sangat luas dan terdapat 11 negeri yang berada sebahagian atau sepenuhnya di dalam kawasannya.Hanya terdapat sedikit sahaja hidupan yang boleh di jumpai di sini.Gurun Sahara gersang kerana hanya menerima hujan yang sedikit sahaja setiap tahun.Oleh itu tidak ada tumbuhan atau haiwan yang mampu untuk bertahan hidup di gurun ini.

kejap7

zikir Pictures, Images and PhotosDaripada Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT ,maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah SWT itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras.Dan sesungguhnya sejauh -jauh manusia daripada Allah SWT ialah mereka yang berhati keras."(riwayah Tirmizi)


Kanak-kanak Soleh Takut Neraka

Seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai dan melihat seorang kanak -kanak mengambil wuduk sambil menangis.Selepas selesai budak itu mengambil wuduk orang tua itu pun bertanya,"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis,?"Kanak-kanak itu pun menjawab ,"Saya telah membaca ayat Al Quran sehingga sampai kesatu ayat yang bermaksud" Wahai orang -orang yang beriman! peliharalah diri kamu" (Surah At- Tahrim ayat 6).Saya menangis sebab saya takut masuk ke neraka,".Lalu lelaki tua itu pun berkata,"Wahai anakku janganlah kamu takut.Sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak di masukkan kedalam api neraka,"Budak kecil itupun berkata,"Wahai pakcik ....pakcik orang yang berakal,tidakkah pak cik melihat ketika orang menyalakan api,maka yang pertama sekali mereka meletakkan ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru letak yang besar.Jadi tentulah saya yang kecil akan dibakar dahulu sebelum orang dewasa."Mendengar kata budak tadi orang tua itupun menangis" Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut neraka daripada orang dewasa.Maka bagaimana keadaan kami nanti?"

Isteri dan Ibu Muslim Mithali

Memahami dengan sepenuh jiwanya mengenai peranan yang besar dan kesan yang kuat di dalam kehidupan berkeluarga.Tindak -tanduk,kebijaksanaanya dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah itu sebagai syurga yang  diidamkan oleh suami dan anak-anak.Antara yang perlu dilakukan ialah :
  • Melaksnakan tanggungjawab dan peranannya yang asasi untuk mendidik serta memelihara anak-anak kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan mereka
  • Membuat perbandingan di antara keluarga Islam yang beramal dengan Islam dan sebaliknya supaya jelas dan terang serta memberikan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga
  • Mengetahui dengan teliti kewajipannya terhadap suami,hak suami terhadap dirinya yang mesti dilaksanakan sebagai tuntutan ibadah kepada Allah dan mengharapkan pahalanya
  • Memberikan semangat kepada suaminy supaya ia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal,berhijad dan berkorban
  • Bijak memilih kenalan dan kawannya dari kalangan wanita yang solehah.Berperanan mengajar dan mengingatkan adab-adab Islam
  • Menjaga perkara yang halal dalam urusan rumah tangga seperti makanan ,minuman ,pakaian, alat-alat kelengkapan rumah,adat-adat dan lain-lain
  • Menitik beratkan masalah kesihatan
  • Menghidupkan hari-hari kebesaran Islam dan menanamkan rasa kasih terhadap hari-hari itu seperti bulan Ramadhan
  • Menjadi contoh kepada orang lain dalam soal berpakaian Islam dan takut menghiaskan diri dengan hiasan di tegah
sumber dari Syukbah Dakwah dan Pendidikan
Masjid Negeri Sabah




Sejarah Air Zam Zam

Air zam zam hanya ada di kota suci Mekah.Imam Ibnu Qayyum al-Jawziyah merumuskan bahawa air zam zam adalah yang terbaik ,suci dan tidak kering sehingga hari kiamat.Di riwayatkan,ia di korek oleh Malaikat Jibril untuk menghilangkan rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit iaitu Safa dan Marwah demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.
Asal usul nama prnghulu segala air ini ialah Zome Zome yang bermaksud berhentilah mengalir.Ketika menemui mata air dalam cuaca yang panas terik di padang ini,Siti Hajar telah menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut akan kering.Tetapi Allah SWT telah berjanji betapa air zam zam tidak akan kering sehingga hari kiamat.

VIENNA KE LONDON guna ruang roda

Seorang lelaki Romania sanggup menggadai nyawanya kerana tidak mahu membeli tiket untuk, ke London.Dia yang bersembunyi di ruang roda menghadapi risiko mati kerana suhu yang dingin,krkurangan oksigen dan tersepit di ruangan roda.
Dia dapat ditangkap setelah jatuh di landasan sewaktu kapalterbang itu hendak mendarat.Dia juga selamat kerana kebetulan kapalterbang itu terbang rendah kerana ada taufan.
Dia ke london untuk mencari pekerjaan dan kapalterbang yang dia 'tumpang' merupakan kapal terbang persendirian Kerabat Diraja Dubai.

Selepas disoal siasat dia di bebaskan kerana dia warganegara Eropah.
Betul-betul gila mamat ini  sanggup mengadai nyawa semata-mata untuk mencuba sesuatu yang mencabar.

ROONEY--MIND YOUR LANGUAGE

Rooney- mind your language itulah amaran yang di berikan oleh pengadil perlawanan pertama England menetang United States.Pengadil yang berasal dari Brazil telah mempelajari kata -kata sumpah seranah yang selalu di sebut oleh Rooney dan rakan sepasukannya.Dia juga berkata akan mendisplin pemain itu dan rakan-rakanya.
Rooney yang terkenal kerana suka mencarut itu telah menerima kad merah oleh pengadil Jeff Selogilwe sewaktu perlawanan persahabatan England menentang Platinum Stars Isnin lalu kerana memaki pengadil.Dia ni pemain yang bagus tapi barannya kadang-kadang merugikan diri.

Bangla Dah Pandai dah

Bangla dah pandai dah...dulu hanya tahu angkat, masuk ,picit.Sekarang dia orang dah advanced  angkat,masuk,picit kemudian bawak lari.Inilah yang terjadi kepada seorang suami yang di tinggalkan isterinya kerana mengikut kekasih seorang warga Bangladesh.Si isteri sanggup meninggalkan anak-anaknya sekali untuk lari ke kampung kekasih gelapnnya.
Bini orang pun dia sanggup kebas tak ke suatu hari nanti anak dara orang pulak macam kejadian sekarang di mana warga Lombok melarikan anak dara orang.Ini mungkin terlebih tengok cerita hindustan sampai terlupa mana yang buruk mana yang baik.

Orang Islam mesti join!

Satu group di dalam facebook yang mendesak facebook menutup kumpulan yang menghina Islam. Mari kita ramai-ramai desak mereka menutup ruangan kumpulan yang menghina Islam ini.Sila klik untuk join group ini

Bakar Masjid

Kecewa dengan bekas isterinya nak kahwin lain,lelaki ni sanggup bakar masjid di Sepang.Kerugian lebih RM 300000.Al Quran ,permaidani serta ruang utama solat musnah terbakar.Lelaki ini dipercayai mabuk dan tidur selepas membakar tanpa menghiraukan diri.Dia kemudiannya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran penduduk kampung.
Mabuk satu hal,yang dia pergi bakar masjid apa ke bendanya.Ini jenis manusia yang tak tahu lagi berfikiran waras.Masjid macam tak ada benda lain nak di bakar.Kan bagus gi bakar sampah ada faedahnya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved