Kutil manusia akar tumbuh kembali

on 07 Jun 2010

Dede yang di gelar "manusia akar" yang telah menjalankan pembedahan membuang kutilnya .Tapi kutilnya telah tumbuh kembali dan keluarganya telah menggunakan minyak tanah dan sejenis tepung yang di sapukan ke badannya.Doktor yang menjalankan pembedahannya dulu berkata tudak akan bertanggung jawab jika ada berlaku sesuatu kepada Dede.

Kejap dah lulus kejap belum ...??

Kerajaan kata belum lulus  lesen judi dalam jawapannya  bertulis yang diberikan di parlimen hari ini.Dulu kata dah dapat .
 Orang sampai dah marah kerana seorang timbalan menteri mengeluarkan kenyataan akan memberikan lesen judi.Jangan cuma untuk meredakan kemarahan orang ramai.Kalau boleh jangan bagi lansung.Sendiri pun dah faham apa hukumnya.Tak payah nak tunggu reaksi orang ramai.Yang penting kerajaan kena beritahu rakyat lesen tu dah di batalkan ,barulah rakyat percaya.Kalau tak lulus takkan sampai tauke berjaya  sanggup nak derma duit hasil judi.

 

gaya-gaya si cilik hisap rokok

Bahagia Dunia Bahagia Akhirat

Untuk menikmati kebahagian  di dunia dan di akhirat,suami isteri bersama-sama bersyukur dan bertawakal kepada Allah SWT .Ada beberapa faktor yng boleh di jadikan panduan pasagan suami isteri hidup dalam kebahagiaan : 

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat
  • Sabar apabila mendapat kesulitan
  • Tawakal apabila mempunyai program
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  • Jangan usul kekayaan orang
  • Jangan hasad dan irihati atas kejayaan orang
  • Jangan sombong kalau memperolehi kesenangan
  • Jangan tamak pada harta
  • Jangan terlalu bercita-cita pada sesuatu kedudukan




Undangan dan Terima hadiah





Rasulullah SAW bersabda  yang bermaksud : "Sekiranya aku di jemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut sdan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga,"(Hadis Riwayat Al- Bukhari)
  • Dalam keidupan bermasyarakat,kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan
  • Rasulullah SAW contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa jua bentuk jemputan tanpa membezakan sama ada kecil,besar,kaya ,miskin atau sebagainya
  • Orang yang memilh-milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah dilarang di dalam Islam


Jangan terlalu berkoban demi cinta

"Demi cinta ku padamu,ku korbankan jiwa dan raga,biar pun harusku...,".lirik lagu Fantasia Bulan Madu.Cinta yang berlebihan membuat seseorang itu terikat dan ada yang sanggup mengorban kan perasaan dan yang lebih teruk bila sanggup pula mengadaikan maruah diri.Demi cinta sanggup berkorban apa sahaja.
Cinta yang ideal ialah cinta yang memberikan peranan yang sama antara lelaki dan perempuan.Hubungan yang sihat adalah hubungan yang dapat dengan bebas berkembang menjadi diri sendiri serta mendapat kepuasan dari komitmen yang di jalani.Hubungan tidak sihat jika seseorang itu merasa terkonkong dan terlalu banyak berkorban untuk pasangannya.
Selalu menyalahkan diri sendiri atau atau terlampau mengalah boleh menyebabkan kita menjadi tidak normal dalam perhubungan percintaan.Sikap merasa seolah-olah tak boleh hidup tanpa sidia atau dunia terlampau kosong tanpa si dia membuat pasangan sanggup menerima apa sahaja yang diperlakukan keatas diri.Walaupun kadang -kadang menyakiti diri sendiri.
Janganlah biarkan diri anda terlalu berkorban demi cinta.

Larangan berkhalwat


 Rasulullah SAW telah bersabada yang bermaksud : "Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duan (berkhalwat) dengan perempuan melainkan pasti syitan akan menjadi yang ketiga," (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
  • Wanita adalah di larang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat bukan berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat -tempat sunyi tanpa di hadiri atau di lihat oleh orang ramai seperti di taman ,tasik,pejabatdan sebagainya
  • Khalwat diharuskan oleh Islam adalah Khalwat dalam erti kata 'mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allla SWT ' seperti mana yang berlaku pada Rasulullah SAW yang berkhalwat di Gua Hira'.Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahilliyah untuk beribadah kepada Allah SWT
  • Syaitan merupakan makhluk yang bijak.Selagi ada kesempatan yang  terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada.Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya


ALASAN AJE...mereka ingat kita bodoh

Tentera Israel masih lagi menegakkan benang basahnya dengan menberi bukti kononnya askarnya telah di serang.Demi untuk mempertahankan diri mereka terpaksa membalas balik.Setelah memberi bukti video yang masyarakat dunia langsung tak percaya kini mereka memberi pulak bukti bergambar.
Mereka ingat semua orang dalam dunia ini bodoh.Rupanya mereka lagi bodoh daripada kita.Kalau ini tindakkan sukarelawan boleh buat bukan setakat. seorang malah lebih lagi mungkin ada tentera laknat yang mati.
 Mereka terlupa ramai saksi yang boleh memberitahu cerita yang sebenar.Kalau tindakan mereka betul kenapa takut untuk disiasat?Berani kerana benar takut kerana salah.

WORLD CUP belum mula keselamatan di persoalkan

 Kerana berebutkan tiket percuma satu perlawanan persahabatan antara Nigeria dan Korea dicemari oleh penonton yang berasak-asak. 
Seorang penonton cedera akibat rempuhan itu.
Ramai mula mempersoalkan tahap keselamatan yang akan atau telah di ambil oleh pihak tuan rumah.
 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved