manusia dan cctv 2

on 01 Jun 2010

Macam-macam rupa bentuk CCTV yang keluar dipasaran hari ini.Banyak kediaman dan pusat perniagaan yang telah memasang CCTV....dasyat kemajuan dan teknokogi hari ini.PERSOALANNYA SEKARANG MANUSIA LEBIH TAKUT CCTV ATAU TUHAN???KENAPA......RAMAI ORANG AKAN LEBIH BERHATI-HATI DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN ATAUPAUN MAKSIAT JIKA SESUATU TEMPAT ITU DI LENGKAPI CCTV.MEREKA SANGGUP MENCARI TEMPAT YANG TIADA KEMUDAHAN CCTV UNTUK MELAKUKAN KESALAHAN ATAU MAKSIAT...TAKUT WAJAH MEREKA DIRAKAMKAN...KALAU MEROMPAK ATAU MENYAMUN PASTIKAN CCTV DIHANCURKAN TERLEBIH DAHULU.......

 Hapuskan bahan bukti konon.....TAPI MEREKA LUPA ADA YANG LEBIH MENGETAHUI DAN TAK AKAN LUPA SEGALA KESALAHAN YANG KITA BUAT....SEGALA TINGKAH LAKU SAMA ADA YANG BAIK ATAUPUN YANG JAHAT...IAITU TUHAN YANG SATU ALLAH....KENAPA MANUSIA TIDAK TAKUT TUHAN .... ....KENAPA LEBIH TAKUTKAN CCTV....ADAKAH MEREKA LUPA AKAN ADANYA HARI AKHIRAT....TANAM DIDALAM DIRI KITA ALLAH MELIHAT SEGALA PERBUATAN YANG KITA LAKUKAN......




Bapa cuba jual anak

Di China seorang bapa cuba untuk menjual anaknya kerana kesempitan hidup.Dia merantai anaknya disebuah tiang dan menunggu ada sesiapa yang mahukan anaknya.
Orang ramai yang melihat kelakuan bapa budak itu merasa marah dan cuba untuk melepaskannya.Bapa budak itu berbuat demikian apabila membaca seorang kanak yang juga di rantai ditepi jalan tetapi dapat pembelaan daripada pusat kebajikkan.
Dia merasa dengan berbuat cara yang sama dia berharap ada orang yang menjaga anaknya dengan lebih baik kerana dia hidup dalam kesusahan.

Gambar Detik Kemalangan Pemandu Britain

Pemandu Britain Mike Conway nyaris maut apabila keretanya berlanggar dengan kenderaan lain dalam perlumbaan Indy 500,namun beliau hanya mengalami patah kaki sahaja.

Hikmah Memuliakan Rejab

Di Baitul Maqdis ada seorang perempuan menjadi ahli ibadat.Ketika bulan Rejab dia selalu membaca "Qul huwallahhu ahad" sebanyak sebelas kali setiap hari dan menukar pakaiannya yang mewah kepada pakaian yang buruk semata-mata ingin memuliakan bulan tersebut.
Pada suatu hari perempuan itu jatuh sakit dan berwasiat pada anak lelakinya,sekiranya dia meninggal kelak,kafanjkannya dengan baju buruk itu.Tapi sebalik berlaku anaknya telah mengkafankannya dengan pakaian mewah kerana perasaan riak dalam hatinya.
Setelah itu dia bermimpi dalam tidurnya ibunya berkata"Wahai anakku ,mengapa engkau tidak melaksanakan wasiat yang telah aku tinggalkan.Engkau mengecewakan aku."Maka tersedar anak itu dari tidur dan merasa takut.Dia pun pergi menggali kubur ibunya tapi jasadnya sudah tiada.Dia menjadi binggung lantas menangis teresak-esak.Kemudian dia terdengar satu suara berkata,"Apakah engkau tidak mengetahui bahawa orang yang memuliakan bulan Rejab,tidak akan di biarkan bersendirian dalam kubur."

sumber : ILUV ISLAM

Budak Makan TANAH

Empat orang adik -beradik mempunyai tabiat yang pelik apabila suka makan tanah.Mereka telah melakukan perkara ini setahun lalu tanpa pengetahuan ibubapa mereka.Mereka yang berasal dari Sungai Petani ini telah di masukkan ke hospital kerana kegemaran pelik ini."Saya suka makan tanah walaupun keras tapi sedap."kata salah seorang daripada adik -beradik itu.

"Gadis Rimba Kemboja" kembali ke hutan

Seorang gadis Kemboja yang di  gelar Gadis Rimba yang sudah 18 tahun hidup di hutan telah melarikan diri ke hutan.Rochom P'ngieng 29 tahun telah hilang di hutan pada tahun 1989 semasa kecil dan di jumpai semula pada tahun 2007.
Dia telah cuba di  pulihkan tetapi gagal walaupun untuk menyebut satu patah perkataan dalam bahasa  Khmer atau Phang.Dia lebih suka merangkak daripada berjalan dan suka berbogel serta suka membunyikan suara binatang daripada berkata-kata.Bapanya seorang polis memberitahu bahawa anaknya itu menanggalkan pakaiannya dan terus melarikan tanpa meniggalkan pesan.
Dia hilang bersamanya adikya ketika menggembala kerbau tetapi adiknya tidak di ketemui.Ketika Rochom di ketemui dia kelihatan seperti monyet pada Feb 2007.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved