Watak Manusia Dibenci Islam

on 31 Mei 2010

  • Manusia yang bermulut manis di bibir tapi hati penuh racun berbisa.Manusia jenis ini sangat pandai berkata -kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati orang ramai.Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik ,jujur,sentiasa berbuat kebaikkan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya lain di bibir ,lain di hati
    • Manusia perosak masyarakat.Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan masyarakat.Kerosakkan yang di lakukan adalah semata -mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila orang lain mendapat kebaikkan
    • Manusia yang tidak boleh di tegur atau tidak boleh menerima kritikan,tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat.Mereka jika di ajak membetulkan kesilapan diri,diseru mengikut jalan yang betul,diajak secara jujur,maka menjadi sombong,angkuh dan bongkak
      sumber JAKIM


      Tanda-tanda Orang Yang Sodiq (benar)


      Tanda-tanda orang sodiq atau benar itu ialah :
      • Apabila melihat dia akan ambil iktibar
      • Apabila diam dia akan berfikir
      • Apabila bercakap dia akan berzikir
      • Apabila terhalang dia akan sabar
      • Apabila di berikan dia akan bersyukur
      • Apabila di uji dia akan mengucap tarji'
      • Apabila dilakukan tindakan bodoh keatasnya ia berlemah lembut
      • Apabila ada ilmu ia merendah diri
      • Penyayang apabila mengajarkan ilmu
      • Dan apabila ditanyakan dia akan berusaha untuk menjawab


      Tentera laknat Israel dah rampas kapal bantuan keamanan

      Di beritakan kapal bantuan keamanan (jam 12.30tgh)telah di rampas oleh tentera Israel laknattullah dan kapal itu telah di tarik ke Haifa Israel.Kapal itu di serang ketika berada  65 km daripada pantai Gaza.Seramai 8 orang sukarelawan Malaysia masih tidak di ketahui nasibnya dan diberitakan kematian mungkin seramai 16 orang.Berdoa lah agar mereka selamat. Untuk laporan terus sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

      RAINBOW ROSEs

      Ros merah tandanya cinta, ros kuning tanda persahabatan dan ros merah jambu tanda kemaafan bagaimana pula jika bunga ros itu bewarna pelangi.
      Ros pelangi adalah ros yang mengalami proses selama 12 hingga 24 untuk di jadikan berwarna pelangi dan asalnya bunga ros ini berwarna krim.Ros ini pertama kali akn di jual di Britain dan harga pula sebatang 24.49 paun dan sedozen 64.87 paun sterling iaitu 2x ganda daripada ros merah.

      Konvoi Bantuan Ke GAZA Di serang

      Kapal bantuan kemanusian di serang oleh tentera laknat Israel ,Dua orang terbunuh 30 orang lagi cedera.Kapal Mavi Marmara membawa sukerelawan yang di antaranya dari Indonesia dan Malaysia termasuk krew dari ASTRO. UNTUK Laporan secara terus sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

      kejap5

      Daripada Al-Bara Bin Azib r.a berkata :  Rasulullah SAW bersabda, " Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu keduannya berjabat tangan, melainkan diampuni mereka sebelum mereka berpisah."

      Tip Eratkan Hubungan Dengan Mertua

      • Hidupkan suasana mesra dan hormoni dengan mertua.Elakkan daripada membantah dan bertegang leher dengan mereka
      • Hormat dan layanilah mereka seperti ibubapa sendiri
      • Sesekali minta tip atau nasihat daripada mertua.Dengan ini mereka rasa lebih di hargai dan di perlukan
      • Terimalah mertua seadanya agar anda juga di  terima seadanya
      • Selalulah menghubungi dan bertanya khabar
      • Apabila berkesempatan, pulanglah ke kampung menjenguknya .Pastikan sepanjang waktu tersebut di luangkan bersama mereka
        • Cubalah pelajari sesuatu daripada mereka.Jika menantu perempuan,dia boleh meminta  ibu mertuanya mengajarnya memasak resepi kegemaran suami
        • Sentiasalah berdoa agar hubungan dengan mertua sentiasa berada dalam keadaan baik dan di rahmati Alllah SWT
          Tetapi yang lebih penting hormati serta sayang mereka seperti kita menghormati dan menyanyangi ibu bapa kita.


          kejap4

          Daripada Abu Hurairah r.a berkata.Telah bersabda Rasulullah SAW ,"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagamanya,maka memanggil dia oleh malaikat ; baik engkau, baik perjalana engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan diri di dalam syurga iaitu suatu tempat yang baik."

          Pemuda Peranchis Cipta Rekod

          Seorang pemuda Peranchis  Taig Khris yang berusia 34 tahun telah mencipta satu rekod dunia kerana terjun bebas daripada Eiffle Tower  di Paris.Dia telah memadam rekod 28 ft yang di buat oleh pemuda Amerika Danny Way.Rekod baru ialah setinggi 39 ft.
          Dia memulakan terjun bebas ini dari ketinggian 131 ft dan berjaya mendarat dengan selamat.
          Kejayaannya ini telah disaksikan oleh beribu penonton.

          Syabas Penduduk Kampung Baru

          SYABAS....kerana sanggup untuk menolak cadangan supaya 4 0% pemilikkan tanah diberikan kepada bukan melayu.."Jangankan 40% seinci pun kami akan tentang cadangan itu,"kata seorang penduduk Kampung Baru.Apasalah kawasan warisan orang Melayu ini di kekalkan miliknya kepada orang Melayu?Buat cadangan yang menggembirakan penduduk ,bukan cadangan yang menguntungkan pihak lain.
          Jangan anggap orang Melayu ini mudah di perkotak katikkan.Jangan ada udang di sebalik batu.Ini lah satu -satunya harta yang bernilai bagi orang Melayu di bandar.Bukan perkauman tetapi bagi peluang orang Melayu maju. Mereka bukan menolak pembangunan tetapi menolak pembangunan yang merugikan mereka.

          Arkib Blog

           
          © borak kosong All Rights Reserved