Jenis manusia yang dibangkitkan pada hari perhitungan

on 30 Mei 2010

Suatu hari Muaz bin Jabal r.a telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai maksud Firman Allah SWT : "Pada sangkakala di tiup, maka kamu sekelian datang berbaris -baris." (Surah an-Naba ayat 18).Mendengarkan pertanyaan tadi Rasulullh SAW terus menangis dan baginda berkata"Wahai Muaz engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar,nanti umat ku akan di iring dan di kumpulkan berbaris menjadi 12 barisan dengan pembawaan mereka sendiri.
12 jenis BARISAN yang di maksudkan Rasulullah SAW itu ialah :

BARISAN YANG PERTAMA
  • mereka diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya,maka ini balasannya dan tempat mereka kembali ke neraka
BARISAN KEDUA
  • di iringi dari kubur berbentuk babi hutan.Mereka iniadalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat,maka inilah balasannya dan tempat kembalinya ke neraka
BARISAN KETIGA
  • di iringi dari kubur berbentuk seperti keldai,perut penuh dengan  ular dan kala jengking.Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat,maka inilah balasannya dan tempat kembalinya ke neraka
BARISAN KEEMPAT
  • di iringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan yang keluar dari mulutnya.Mereka iniini adalah orang yang berdusta didalam jual beli,maka inilah balasannya dan neraka tempat mereka
BARISAN KELIMA
  • di iringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu Allah SWT meniupkan angin sehingga bau busuk itu menganggu  ketemtaram di Padang  Masyar.Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut di ketahui manusia tetapi tidak takut kepada Allah SWT,maka inilah balasannya dan neraka tempat bagi mereka
BARISAN KEENAM
  • di iringi dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan ,Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu,maka inilah balasanny dan neraka tempat mereka
BARISAN KETUJUH
  • di iringi keluar tanpa mempunyai lidah dan mulut mereka mengalir keluar nanah serta darah.Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasanny dan neraka tempat mereka
BARISAN KELAPAN
  • di iringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala kebawah dan kaki keatas.Mereka adalah orang yang berbuat zina,maka inilah balasannya dan neraka tempat mereka
BARISAN KESEMBILAN
  • di iringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biri sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara haram,maka inilah balasannya dan nerakalah tempat mereka
BARISAN KESEPULUH
  • di iringi dari kubur dengan keadan badan mereka penuh sopak dan kusta.Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,maka inlah balasannya dan neraka tampat mereka
BARISAN KESEBELAS
  • di iringi dari kubur dengan berkeadaan buta ,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar berbagai kotoran.Merka adalah orang yang minum arak,maka inilah balasannya dan nerakalah tempat mereka
BARISAN KEDUA BELAS
  • di iringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar,Mereka melalui titian seperti kilat.Mereka adalah golongan yang beramal soleh dan banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka ,memelihara solat lima waktu, ketika meniggal dunia mereka bertaubat,maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah syurga serta mendapat keampunan,kasih sayng dan keredhaan Allah yang Maha pengasih
dipetik dari majalah IQRAK

Labah-Labah Jenis Vegeterian Pertama Di jumpai

Umum mengetahui labah-labah adalah predator yang mamakan haiwan lain dari serangga hingga ke burung.Sejenis labah -labah yang baru di temui merupakan labah -labah yang hanya makan tumbuhan (vegeterian) dan mungkin jenus yang pertama di ketahui memakan tumbuhan.
Labah -labah yang di beri nama Bagheera kiplingi ini banyak di temui di hidup di Amerika Tengah khususnya di Mexico dan Costa Rica..Labah -labah yang sebesar kuku orang dewasa suka memakan pucuk daun akasia.Ini merupakan penemuan terbaru kerana belum pernah dalam kajian yang menyatakan atau menjumpai labah -labah memakan tumbuhan.

Komputer dan email

Seorang wanita telah memohon kerja menjadi tukang sapu di sebuah syarikat.Dia telah di temuduga oleh seorang pegawai dan dia suruh menunjukkan cara menyapu sampah.Wanita itu pun menunjukkan cara dia menyapu sampah di hadapan pegawai itu dan dia telah berjaya dalam temu duga itu.
Pegawai itu pun berkata,"Bagus awak memang ada bakat dan awak di terima bekerja tapi awak kena berikan saya email awak untuk pihak kami menghantar maklumat.". Wanita itu terdiam dan kemudian berkata"Saya tak ada email komputer pun saya tak ada."Pegawai itu memberitahu tanpa email dia tidak boleh bekerja.
Wanita itu menerima keputusan dengan penuh rasa kecewa.Dia pun bertekad untuk mencari rezeki dengan jaln lain,dengan modal sebanyak RM20 dia membeli sayur dan cuba menjualnya dari pintu kepintu di kawasan pejabat.Rupa -rupanya ramai orang yang bekerja tidak sempat  kepasar.
Perniagaan bertambah maju dari sayur dia menjual ikan ,daging dan bermacam -macam keperluan rumah.Dia meneruskan peniagaan pintu ke pintu ini tetapi pelanggan hanya menelefon kemudian pekerjanya menghantar barangan yang di pesan pelanggan.
Perniagaannya yang bertambah maju membuat wanita ini ingin membeli insurans untuk perlindugan diri dan keluarganya.Kebetulan agen insurans itu adalah bekas pegawai yang menolak permohonan wanita itu menjadi tukang sapu tetapi bekas pegawai itu tidak mengenalinya.Lalu dia meminta wanita emailnya."Maaf saya tak ada email,"Jawab wanita itu.Agen insurans itu pun terperanjat lalu berkata"Puan mempunyai perniagaan yang besar ini tidak mempunyai  email dan komputer....bayangkan apa yang puan boleh lakukan jika puanmempunyai email dan komputer,"Wanita itupun menjawab"Masalahnnya orang yang ada email dan tahu komputer masih makan gaji lagi dan tidak mampu mempunyai perniagaan yang besar seperti saya." Agen insurans itu pun merasa malu.
Kesimpulannya jangan suka memandang rendah terhadap orang lain.

Adakah anda mempunyai lidah sepanjang mereka?

Adakah anda mempunyai lidah yang panjang seperti mereka.Mereka ini boleh mencari duit kerana keunikan lidah mereka yang 'super' panjang.
Orang yang memiliki lidah terpanjang di dunia ialah Stephen Taylor yang berasal dari United Kingdom.Dia mempunyai ukuran lidah  sepanjang 9.8 cm dari  hujung hingga kebahagian bibir.Dengan lidah yang sepanjang ini ,dia boleh mengorek ais krim kon hingga ke bahagian bawah.
Gambar -gambar mereka yang lidah mereka super panjang:
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI LIDAH SEPANJANG MEREKA.PANJANG LIDAH TAK PE JANGAN LIDAH BERCABANG SUDAH???????


Kaedah bersolat didalam pesawat

Kaedah bersolat di dalam pesawat adalah sama dengan solat  di darat tetapi gerak laku solat mungkin terhad.
  • Bertanyakah kepada anak kapal akan ruang yang sebaiknya untuk  solat.Sebagai alternatif pilihlah pesawat pernerbangan syarikat muslim kerna mereka lebih memahami.
  • Jikalau sedang solat pesawat bergoyang,dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar  kepada dinding
  • Jikalau pesawat banyak bergoyang dibolehkan solat duduk dengan rukuk secara membongkok dan sujudnya seperti biasa hingga lantai pesawat
  • Jikalau goyangan pesawat adalah keterlaluan hingga ketahap tanda 'pasang tali pinggang keselamatan',duduk dulu dan bersolat apabila keadaan tenang
  • Jikalau tiada tempat bersolat,maka tetaplah bersolat ditempat duduk sendiri dan solatlah dengan sujudnya di tunduk lebih rendah dari rukuk
sumber:Iluv ISLAM



One Laptop Per Child

Satu organisasi telah membuat satu komputer(laptop) untuk di agihkan kepada negara -negara yang sedang membangun.Komputer riba mampu milik ini di hasilkan oleh organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan iaitu One Laptop Per Child
Tujuannya untuk memberi setiap kanak-kanak sebuah komputer kerana komputer adalah satu cara untuk meningkatkan tahap pendidikan kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan terutama negara-negara maju.
Usaha yang patut dipuji dan telah di sokong oleh PBB.Contoh terbaru mereka telah mengedarkan sebanyak 2,100 biji komputer di Rafah yang terletak di Selatan Semenanjung Gaza dan mereka bercita-cita untuk mengedar sebanyak 500,000 biji komputer untuk kanak-kanak di sana.

TIDUR

Tidur adalah satu cara untuk kita manusia menghilangkan keletihan dan kepenatan.Marilah kita kongsi cara Rasulullah SAW tidur.Tidurlah diawal sesudah solat Isyak kira-kira jam 10 atau 11 malam dalam keadaan berwuduk..Bangunlah di awal separuh malam jam 1 atau 2 pagi kemudian bersugi,berwuduk dan lakukanlah solat sunat Tahajjud.Kemudian tidurlah semula dan bangkit sebelum fajar untuk melakukan solat Subuh.Tidurlah dengan badan di sebelah rusuk kanan,rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usus supaya cepat di hadamkan.Tidurlah dengan cara demikian dari awal hingga bangkit tidur.Elakkanlah tidur di awal-awal pagi,selepas waktu asar dan tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh badan.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved