solat pengukur hubungan dengan Allah

on 29 Mei 2010

Ukurlah dirimu dengan solat.Bila ketika solat ternyata engkau tidak memikirkan segala sesuatu selain Allah,maka berbahagialah.Barang siapa ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah ia perhatikan bagaimana solatnya,ia dikerjakan dengan tenang dan khusyuk atau degan tergesa-gesa dan lalai,maka taburlah pasir ke wajahmu (sesalilah hal tersebut dengan penuh penyesalan).Solat adalah sebuah ibadat yang seakan -akan,kita sedang duduk bersama Allah Ta'ala.Jika engkau duduk bersama-sama Allah tetapi tidak memperolehi apa -apa itu tandanya dalam hatimu terdapat penyakit
kesombongan,berbangga diriatau ketidaksopanan.
Selepas solat ia tidak sepatutunya bergegas untuk meninggalkan tempat solatnya.Akan tetapi hendak dia berzikir serta beristighfar memohon ampun kepada Nya atas segala kekurangan di dalam solatnya.
Berapa banyak solat yang tidak layak diterima Allah tetapi setelah beristighfar memohon ampun kepadaNya atas solat tersebut Allah kemudian menerimanya .Rasulullah SAW beristighfar sebanyak tiga kali selepas solat.


sumber ; Ibnu 'Atha illah ASkandari
              Tajul 'Arus.Maktabatul Munawwar
               Semarang Indonesia

sanggupkah anda?


Julia Gnuse bertatoo diseluruh badan kerana ada penyakit kulit dan kini memang record The most Tattooed Women ini the World hampir keseluruhan badannya di tatoo.

Thank you...seven

Ahmad seorang kerani pejabat yang baru berjinak -jinak berbahasa inggeris dan perkataan yang pertama yang dia baru belajar ialah ok never mind, thank you ,one ,two ,three ,four ,five ,six dan seven sahaja.
Nak di jadikan cerita pada satu ketika dia tergesa-gesa pergi kerja dia telah terlanggar seorang mat salleh.Habis berterabur barang yang dia bawak.Mat salleh tu pun membantunya sambil berkata,
mat salleh : "Oh i'm sorry,"
Ahmad     : "OK ,never mind,Thank  you,"
mat salleh ; 'Thank you ,too,"
Ahmad     : (....hmmm. lepas two mesti three) dalam hatinya lalu berkata. "Thank you, three,"
mat salleh : (...merasa hairan)" What for,"
Ahmad     ; (lepas four ....five)  "Ok..thank you five,"
mat salleh ; (makin kebinggungan....)"Are you sick?" tanyanya lagi
Ahmad     ;(alamak lepas six...seven lepas tu aku tak tau).Dia pun mencapai barangnya      dengan tergesa-gesa sambil berkata "Thank you...seven..." dan terus pergi.  

Ibu moden

Peranan ibu pada masa ini amat jauh berbeza jika kita bandingkan  peranan ibu pada masa dahulu.Kesukaran semasa ibu itu mengandung sampai ia melahirkan anak kedunia mungkin sama.Cuma sekarang ini ibu moden mempunyai kekangan waktu untuk bersama keluarga kerana kerjayanya tidak seperti ibu-ibu dulu yang kebanyakkannya suri rumah.
Persolannya sekarang adakah cukup sekadar mampu untuk membayar orang lain menjaga anak membuatkan ibu moden ini bersikap 'lepas tangan'.Ramai juga ibu moden ini membiarkan sahaja pembantu rumah untuk menguruskan anak-anak kerana kesuntukkan masa.Maka terjadilah anak-anak yang pandai cakap melayu tapi dialek indon.Ibu moden kadang-kadang terlampau bersikap terbuka dengan anak-anak serta tidak memperdulikan kemana,dimana dan dengan siapa dia keluar?Bila terjadi sesuatu yang buruk barulah mereka sedar.
Namun begitu masih ada lagi ibu-ibu moden ini megikuti cara orang-orang lama dalam membesar atau mendidik anak.Kesedaran yang tinggi dalam pendidikan agama ,segi pemakanan juga telah di ambil berat kerana sistem atau cara orang lama mendidik anak yang penuh adat sopan ,pantang larang terbukti boleh melahirkan anak yang cemerlang dan menghormati orang tua.

Lelaki bertelanjang di bebaskan

Satu perlakuan yang memang tidak sesekali ada pada manusia yang waras.Seorang pengembara yang suka bertelanjang telah di bebaskan oleh makhamah di Zurich Swiss.Dia yang telah di kenakan denda 100 franc dulu talah membawa kes nya kembali di makhamah .Dia berkata tiada undang -undang yang melarangnya berjalan dalam keadaan telanjang.Dia telah melakukan pengembaraan telanjang ini selama 2 tahun.
Budaya dan pemikiran sonsang masyarakat yang mengatakan mereka maju dan bertamadun.

Pesta buih

Satu lagi budaya yang tak sepatutnya berada kat negara kita Malaysia yang di katakan negara Islam.'Malaysia boleh' bukan bermakna semuanya boleh di lakukan.Semua dah tonggang terbalik yang haram boleh di halalkan dan yang rosak generasi belia kita.
Kejadian yang berlaku di Melaka ini sungguh amat memalukan,sekumpulan anak muda Islam di tangkap kerana menari dalam satu kolam kecil bersama pasangan masing-masing di percayai dalam keadaan mabuk.
Dimanakah iman mereka?Adakah mereka sekadar Islam kapal selam sahaja?Apakah mereka tidak ada perasan malu  kepada diri mereka,ibubapa,orang sekeliling dan adakah mereka tidak terasa malu pada tuhan yang menciptakan mereka iaitu Allah SWT?

Kemaruk suami orang

Dia  telah dirogol oleh 15 orang lelaki tujuh tahun lalu.Akibatnya dia telah ketagih seks dan seramai 30 orang lelaki telah melanggannya kebanyakannya suami orang yang mahu 'makan luar'.Dia hampir membunuh diri kerana di perdaya oleh lelaki yang melukakan hatinya.
Kesian wanita ini baru berusia 23 tahun tetapi telah mengalami kehidupan yang sepatutnya dia tidak lalui.Bukan kesalahannya .Cuma terperangkap oleh lelaki yang mahu memuaskan nafsu melalui jalan singkat.Nasib dia agak baik kerana cepat sedar dan beliau di katakan telah insaf.
 Harap dia benar benar -benar insaf dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved