Tips menjaga rahsia

on 28 Mei 2010

Menjaga rahsia merupakan satu amanah dan tugas yang amat berat untuk di pikul.Ada bebrapa cara kita untuk menyimpan atau menceritakan rahsia:
  1. Rahsia hanya dikongsi dengan orang yang benar-benar kamu percayai.Seeloknya dengan ahli keluarga sendiri. Elakkan berkongsi rahsia dengan orang yang baru kita kenali,bimbang dia gagal menjaga rahsia itu
  2. Jangan menceritakan rahsia besar dengan sepenuhnya.Ini bagi mengelakkan teman yang dikongsi tidak mampu menjaga amanahSekurang-kurangnya rahsia tidak terdedah sepenuhnya
  3. Kamu boleh meengujiterlebih dahulu orang yang kamu ingin kongsi rahsia kerana orang yang kamu sangka baik belum tentu boleh di harapkan menyimpan rahsia
  4. Pilih waktu yang tenang sebelum kamu meluahkan sebarang rahsia.Jangan di waktu terlalu gembira dan tidak di waktu terlalu sedih ,bimbang kamu akan menyesal di masa hadapan
  5. Fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah apabila rahsia itu terbongkar supaya tidak gundah gulana jika perkara itu terjadi
  6. Seandainya kamu di suruh untuk menyimpan rahsia,fikirkan terlebih dahulu sebelum menyanggupi,takut kamu yang akan di persalahkan jika rahsia itu terbongkar
  7. Sentiasa menjaga hubungan diantara dua pihak sama ada si pemberi rahsia dan si pemengangnya amanahnya. Jika hubuungan rosak. khuatir rahsia sudah tidak lagi menjadi rahsia. Waspadalah
  8. Sentiasa ingat bahawa Allah Maha memerhatikan gerak geri kita. Setiap perilaku kita berada di bawah pengawasan-nya. Orang yang beriman akan sentiasa menjaga amanahnya. 



Dugaan

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,tetapi banyak pula dugaan yang datang
Kadang-kadang kita minta ketenangan, tetapi banyak pula masalah yang timbul
Kadang-kadang kita minta kebahagian,tetapi jadi pula huru-hara
Dugaan menjadikan kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir
Huru-hara menjadikan kita tabah
Begitu hebat Allah.Semua yang berlaku ada hikmahnya.kalau kita tahu mengenai hadis ini : "Telah berkata Jibril ; Wahai Tuhan, Engkau tunaikanlah hajat hambaMu." Maka Allah pun menjawab.''Biarkan hambaKu itu,kerana Aku mencintai suaranya.'' (Anas bin Malik)
Kesimpulannya apabila ada dugaan datang dalam keadaan apapun jua,janganlah sesekali kita lemah dan berputus asa untuk meminta ,merayu dan berdoa kepada Allah SWT.



ssumber ; ILUV ISLAM

Jadilah orang Terkenal

Adapun manusia itu boleh dibahagikan kepada empat golongan berdasarkan level of fame masing-masing.
Golongan pertama ialah mereka yang terkenal  di bumi di langit.Mereka ini sangat dekat dengan Allah SWT. Antara orang yang termasuk dalam golongan ini ialah Rasulullah SAW dan Nabi Isa a.s.
        "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi (Muhammad SAW): wahai orang-orang yg beriman , berselawatlah kamu ke atas Nabi (Muhammad SAW) dan ucapkanlah salam kepadanya ."( Surah al-Ahzab:56)
         "Ingatlah ketika Malaikat berkata, "Wahai Maryam, sesungguhnya Allah ada berita gembira untuk mu iaitu khalimah daripada-Nya, (Kamu akan melahirkan seseorang ) Yang namanya Al-Masih Isa putera Maryam, seorang yaang terkemuka di dunia dan akirat dan dia termasuk dapada  kalangan orang yang dekat dengan Allah ." (Surah al-Imran: 45)
         Golongan kedua ialah mereka yang tidak dikenali di bumi, tetapi sangat terkenal di langit. Contohnya mereka yang tergolong dalam golongan ini ialah 'Uwais Al-Qarni. Dia masuk Islam ketika zaman Rasulullah SAW. Namun ar-Rasul tidak pernah bersua muka dengannya. Kita barangkali tidak pernah mendengar namanya sebelum ini. Tetapi ar-Rasul pernah bersabda bahawa setiap doa 'Uwais pasti dimakbulkan.
          Golongan ketiga ialah mereka yang terkenal dibumi, tetapi tidak pula terkenal di langit. Mereka ini golongan dilaknat. Contohnya Fir'aun, Hitler dan mereka yang terkenal dengan maksiat  semasa hidup dan mati dalam kekufuran .
          "Sesungguhnya orang-orang telah kafir dan mereka telah pun mati  dalam kekufuran, mereka itu mendapat laknat daripada Allah, para malaikat, dan manusia seluruhnya." (Surah  al-Baqarah:161)
           Golongan keempat ialah mereka yang tidak terkenal di bumi dan juga di langit. Mereka ini ialah golongan celaka Dunia tidak kesampaian, akhirat pula berciciran. Mereka ini ialah kita. Didunia kita tidak dikenali. Di langit juga nama kita termasuk dalam doa para malaikat. Tetapi,terkecuali dari golongan ini  mereka yang rajin berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan mereka yang kuat bermunajat di waktu malam. Tuhan berbangga dan merahmati orang-orang ini .

sumber : http://harithunjadid.blogspot.com





RAKAN @ SAHABAT

Ramai  diantara kita yang mempunyai rakan atau sahabat yang ramai.Berapa ramaikah antara kita yang mempunyai rakan atau sahabat yang ketawa bersama-sama ,menangis bersama-sama ,dalam sepuluh belum tentu ada seorang yang kita ketemui.
Setiap orang mempunyai rakan yang baik samada lelaki atau perempuan.Rakan karib boleh menjadi penganti kepada keluarga apabila berjauhan lebih lagi kalau dah 'satu kepala'.Kadang -kadang semua rahsia boleh di ceritakan kepada rakan karib ini tetapi kita juga kena ingat tak semua rakan karib itu boleh kita ceritakan semua perkara kerana kawan juga boleh menjadi racun yang sangat berbisa.Ini kerana ada juga yang salah menilai erti persahabatan itu dan mereka mengambil kesempaatan atas kepercayaan sahabatnya tadi.
Peristiwa kawan makan kawan banyak berlaku atau terjadi kepada diri kita kerana tidur sebantal atau makan sepinggan belum cukup untuk kita mengenal hati dan budi sahabat kita sampai  membolehkan kita sanggup menceritakan hal yang menjadi rahsia kita.Kita perlu menjaga batas atau adat dalam soal bersahabat.Semua benda mungkin boleh di kongsi kecuali cinta.
Cinta boleh membuatkan persahabatan menjadi putus dan menjadi permusuhan.Nilai sahabat sejati tadi boleh hilang kerana dendam cinta.

Perkara yang membuat anda lebih bermotivasi di waktu pagi

Ada beberapa perkara yang sepatutnya di lakukan diwaktu pagi :
  1. Bersyukur
bersyukurlah kerana anda masih diberikan kesempatan untuk hidup dan berkesempatan untuk
     melakukan yang terbaik hari ini
  1. Tekad bermotivasi
 pasang niat anda ingin melakukan yang terbaik hari ini
  1. Mulakan dengan Bismillah dalam apa jua yang anda buat
dalam memulakan sesuatu perkerjaan mulakan dengan membaca Bismillah agar tidak di ganggu oleh
bisikkan syaitan yang akan membuat anda mengantuk atau lalai
  1. Set target yang kita hendak capai hari ini
selalunya bila kita keluar rumah jarang kita hendak membuat satu target untuk tujuan pencapaian
hari ini
  1. Lihat warna cerah
warna juga memainkan peranan untuk mempengaruhi mood.Warna cerah mampu merubah mood 
kepada positif
  1. Penuhkan hati dengan sikap pemaaf
maafkan kesalahan orang lain atau sesiapa sahaja agar perasaan dendam tidak menganggu mood
anda kerana hati akan merasa lega apabila dapat memaafkan orang lain

Pesalah pertama guna aplikasi lucah

Cara paling mudah untuk mencari keuntungan.Kerani bank ini memang bijak tapi salah menggunakan kebijakkannya dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan kebijaksaannya.Dia di dakwa oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Kita juga boleh menggadu kepada SKMM  kalau hak dan privasi kita diganggu.
Masalah yang dia edarkan ialah bahan lucah. Ini membuatkan sesiapa sahaja boleh download bahan-bahan lucah ini.Gunakan kebijakkan ke jalan kebaikkan bukan kejalan yang merosakkan anak bangsa kita sendiri.

Sebab Doa Tidak Makbul

10 FAKTOR SEBAB -SEBAB DOA TIDAK DI MAKBULKAN:
  1. Kamu mengenal Allah Taala tetapi tidak tunai haknya
  2. Kamu menyangka kamu cintakan Nabi SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
  3. Kamu membaca Al Quran tetaapi kamu tidak beramal dengannya
  4. Kamu telah menikmati nikmat Allah Taala tetapi kamu tidak tunai rasa syukur kepadanya
  5. Kamu berkata syaitan musuh kamu tapi kamu tidak menentangnya
  6. Kamu berkata syurga itu benar tapi tidak berusaha untuknya
  7. Kamu nerkata neraka itu benar tapi kamu tidak lari kepadanya
  8. Kamu berkata mati itu benar tetapikamu tidak bersedia untuknyA
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia sehinnga kamu lupa keaiban sendiri
  10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak ambil iktibar daripadanya
 Namun begitu sebagai makluknya kita haruslah berasa yakin yang doa kita pasti di terima oleh Allah SWT .Firman Allah Taala yang bermaksud, "Berdoalah kamu kepadaKU, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. "(Surah Gafir:Ayat 60)

sumber:ILUV ISLAM


Uthman Dan Kubur

Dari Uthman  Bin Affan r.a, apabila dia berjalan di sebuah kubur,dia akan berhenti dan menangis.Maka orang yang melihatnya pun bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, engkau menyebut syurga dan neraka serta pelbagai penderitaan lagi pada hari kiamat namun engkau tidak menangis.Tetapi engkau berjalan di kubur, engkau akan menangis.Mengapakah begitu? Uthman pun menjawab, "Rasullah SAW telah bersabda: 
"Kubur itu tempat pertama dari tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat di dunia.Barangsiapa yang selamat dari kubur,maka apa yang ada selepas itu adalah lebih ringan.Dan barangsiapa yang tidak selamat daripadanya, maka apa yang ada sesudahnya akan lebih  berat lagi." Uthman berkata lagi: "Jika aku di neraka,aku akan bersama manusia,jika aku di hari kiamat pun aku akan berada bersama manusia tetapi bila aku berada didalam kubur, maka aku keseorangan dan tidak ada manusia lain bersama ku.Itulah sebab aku menangis..
Perbanyakkanlah melakukan amal agar kita dapat di jauhi daripada siksaan kubur.Walahualam
sumber ;ILUV ISLAM

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved