kejap3

on 27 Mei 2010

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ada tiga perkara yang menghantar jenazah ketika di bawa ke perkuburan, iaitu keluarganya,hartanya dan amalnya.Dua diantaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya.Keluarga dan harta akan kembali,sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menyesali Kehidupan

Menyesali kehidupan yang telah dianugerahkan Allah SWT kepada kita bererti melawan dan menentang takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.Padahal nikmat dan kesenangan dan kesusahan merupakan sunnah atau ketentuan  Allah yang mesti  di hadapi oleh setiap insan,Sebagai seorang insan kita dituntut agar sentiasa bersyukur dengan ketentuan kehidupan tersebut.Kita disuruh bekerja dan berikhtiar setelah itu banyakkanlah berdoa dan hasilnya kita serahkan kepada Allah SWT.
 

Batasan Aurat Ibu Dan Anak Angkat

  1. Ibu dan anak angkat perempuan Islam
  • Bahagian badan diantara pusat dan lutut
  1. Ibu dan anak angkat perempuan bukan Islam
  • Seluruh badan selain bahagian anggota yang biasa kelihatan kerana keoerluan tugas seperti melakukan kerja rumah dan sebagainya
  1. Ibu dan anak angkat lelaki (bukan mahram)
  • Seluruh tubuhnya.Oleh itu,tidak harus dia mendedahkan mana -mana bahagian tubuhnya di hadan mereka kecuali sebab-sebab yang di maafkan (uzur)
  1. Ibu dan angkat yang di susukan (mahram)
  • Bahagian badan antara pusat dan lutut.Ini bererti mereka harus mendedahkan seluruh anggota badannya yang lain di hadapan mahramnya dengan syarat terhindar daripada fitnah.Jika ada kemungkinan berlaku fitnah hukumnya tetap haram

Cinta (Anugerah Tuhan Yang Terhebat)

CINTA satu perkataan yang sering di ungkapkan atau di ucap atau di lafazkan kepada seseorang kepada seseorang yang lain.Tanpa cinta seolah-olah menusia akan rugi kerana cinta merupakan satu anugerah tuhan yang terhebat yang di berikan kepada makhluk di muka dunia.
Samada cinta kita lelaki atau perempuan ,cinta kepada kita ibubapa ,keluarga, guru merupakan untuk sementara sahaja dan cinta yng hakiki ialah cinta kepada Allah SWT kerana cinta makhluk kepada penciptanya adalah cinta yang kekal abadi yang membawa ke syurga.
Cinta yang berlandaskan nafsu merupakan cinta yang merosakkan serta menjijikan.Nikmatnya hanya seketika tetapi kehancuran buat selamanya.Cinta yang melanggar adat ataupun undang -undang adalah cinta yang membawa kepada kemudaratan.
Ramai antara kita bila putus cinta akan kecewa tetapi kita lupa bawa kita ada tuhan yang boleh kita cintai.Ada yang sanggup sampai membunuh diri seolah-olah hidup tak bererti tanpa memperdulikan tindakan itu sebenarnya di dorong oleh nafsu semata-mata.
Anugerah yang seindah ini sepatutnya membuat kita lebih hidup tenang dan bahagia bukan membawa kepada kemusnahan.Carilah cinta yang hakiki kerana cinta itu saja yang berkekalan iaitu cinta kepada AllahSWT.

Harga minyak mungkin di naikkan

Harga minyak kemungkinan akan di naikkan lagi.Ini bermakna harga barang makin mahal dan semakin mahal.Kenaikan ini mungkin akan berlanjutan sehingga tahun 2015.....fuhh malas nak cerita bab minyakni..kau orang boleh lihat 
di sini

Ciri -ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang di kenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah SWT.Mereka hanya perlu memenuhi dua syarat sahaja iaitu:
  1. Taat kepada Allah dan Rasulnya
  2. Taat kepada suaminya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW ?
  • Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi dari segala-galanya
  • Wajib menutup aurat
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahilliah
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada muhrim atau mahram bersamanya
  • Sering membantu lelaki dalam perkarakebenaran,kebajikan dan ketakwaan
  • Berbuat baik kepada ibubapa serta sentiasa bersedekah
  • Tidk berkhalwat dengan lelaki dewasa
  • Bersikap baik pada tetangga
Taat kepada suami
  • Memelihara kewajipan terhadap suami
  • Sentiasa menyenangkan suami
  • Menjaga kehormatan diri dan suaminya selama suami tiada dirumah
  • Tidak cemburu di hadapan suami
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  • Tidak membantah suaminya jika dalam kebenaran
  • Tidak menerima tetamu yang di benci suaminya
  • Sentiasa memelihara diri,kebersihan fizikal dan kecantikannya serta rumah tangga
sumber: http://peribadirasullah.wordpress.com

Etika Menghormati Ibubapa

Cara anak-anak menghormati kedua ibu bapanya dan Imam Ghazali telah menggariskan beberapa panduan antaranya :
  • Mendengar kata mereka
  • Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati
  • Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang di larang oleh Allah SWT
  • Tidak melintas di hadapan mereka,tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka
  • Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut
  • Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit.Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredaan mereka baik dalam sikap,perkataan ataupun perbuatan
  • Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa meringankan beban mereka
  • Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar keajipan demi keredaan Allah SWT
  • Tidak memandang mereka dengan menjeling,mengerling,marah atau masam muka 
  • Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka
  • Tidak keluar rumah melainkan dengan keizinan mereka
Sebagai seorang anak jika kita dapat mengikuti segala panduan ini pasti akan memperolehi kejayaan dan akan di senangi oleh kedua ibubapanya.Mereka akan berasa bangga kerana memiliki anak yang beradab dan bersopan.

DIEGO MARADONA janji bogel jika Argentina jadi juara PIALA DUNIA

Diego Maradona berjanji akan berlari dalam keadaan berbogel di bandaraya Buenos Aires jika Argentina berjaya menjuarai piala dunia.Ini di nyatakan selepas perlawanan persahabatan antara Argentina menentang Canada.

baru 2 tahun dah ketagih rokok

Umur baru 2 tahun tetapi mengamuk kalau tak di beri rokok.Satu hari boleh hisap 40 batang rokok,mengalahkan orang tua.Mula ketagih merokok pada usia 18 bulan kerana bapak dia bagi hisap rokok.Budak ini berasal dari Banyuasin Indonesia.
Salah mak bapak sendiri yang suruh dan di ajar merokok siapa suruh.Itu bukan sayang anak namanya tapi menjahanamkan.Kita ibubapa yang mencorakkan anak samada nak jadikan dia baik atau jahat.

Sebelum kita mengeluh.......

  1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali
  2. Sebelum kamu mengeluh rasa mengenai makanan mu,fikirkan tentang seseorang yang tidak mempunyai apa-apa untuk di makan
  3. Sebekum kamu mengeluh tidak punya apa-apa,fikirkan tentang orang yang meminta -minta di jalanan
  4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk,fikirkan seseorang yang berada pada tingkat terburuk dalam hidupnya
  5. Sebelum kamu mengeluh mengenai suami dan isterimu,fikirkan tentang seseorang yang berdoa kepada Allah untuk di berikan teman hidup
  6. Sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,fikirkan tentangseseorang yang meninggal terlalu cepat
  7. Sebelum kamu mengeluh mengenai anak-anakmu ,fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul
  8. Sebelum kamu mengeluh mengenai rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak menjalankan tugas ,fikirkan orang -orang yang tinggal di jalanan
  9. Sebelum kamu mengeluh jauhnya kamu memandu,fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak sama dengan berjalan
  10. Sebelum kamu mengeluh tentang pekerjaanmu,fikirkan tentang penggangur atau orang cacat yang mahukan pekerjaan seperti anda
  11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah tidak ada seseorang pun yang tidak berbuat dosa
sumber : htpp://mardiunj.blogspot.com

MAKA BERSYUKURLAH PADA SETIAP APA YANG DI KURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA.SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG YANG BERSYUKUR



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved