Kerana tatoo badan binasa

on 26 Mei 2010

Seorang pencuri berjaya di tangkap kerana tatoo yang dilukis di wajah,Saksi kejadian telah berjaya mengecam tatoo yang berada di mukanya yang betulis"EAST SIDE" di atas bibirnya dan tatoo seperti janggut di bawah bibir.
Pencuri yang berusia  20 tahun bernama Anthony Brandon Gonzales dapat di cam oleh saksi walaupun bertopeng kerana tatoo kelihatan sangat jelas.Dia akhirnya dapat ditangkap oleh pihak polis.

salah tekan nombor

Kerana salah menekan nombor satu kegiatan pengedaran dadah  yang selama ini tidak di ketahui akhirnya terbongkar,Kejadian ini berlaku di Wenatchee ,Washington DC.Seorang anggota sindiket itu hendak menelefon seorang pembeli dadah yang tinggal di bilik hotel 119 dan terus beunding mengenai harga dadah itu, tetapi dia sebenarnya bukan menekan nombor 119 tetapi nombor 911.Berbekal maklumat itu polis terus bergerak ke hotel tersebut dan menahan suspek.

WUDUK

Wuduk adalah satu cara bersuci daripada hadas kecil sebelum mengerjakan solat atau membaca Al-Quran.Perintah wajib wuduk diturunkan bersama-sama perintah wajib solat.
Selain itu wuduk mempunyai kebaikkan dari segi saintifik iaitu mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar,meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan,boleh memperbaiki jaringan kulit dan menjadikan kuku lebih sihat dan kuat.
Berwuduk pada waktu pagi,air yang dingin mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen sehingga menjadikan wajah kelihatanlebih cerah dan bersih.



OTAK

OTAK adalah objek yang berwarna putih krim dan berbentuk seperti lipatan -lipatan.Ia mempunyai berat 1.3-1.4 kilogram dan terletak dalam tempurung tengkorak.Otak juga adalah bahagian yang paling tinggi kepekatan neuronnya dalam sistem tubuh manusia.
Saiz kepala bayi yang baru di lahirkan lebih besar berbanding saiz badannya kerana perkembangan otak lebih pantas dari organ lain.Otak mula terbentuk semasa peringkat embrio di dalam kandungan ibu.
Pada masa perkembangan otak, 250,000 neuron bertambah setiap minit. Manakala semasa kelahiran,hampir kesemua neurontelah ada pada otak tetapi otak terus berkembang beberapa tahun selepas kelahiran.

kejap 2

Daripada Ibnu Umar r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ada seorang perempuan yang  disiksa kerana seekor kucing yang di kurungnya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati.Wanita itu akan di masukkan ke dalam api neraka.Perempuan itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika ia memenjarakan kucing itu,juga ia tidak suka melepaskannyan untuk bebas memakan dari binatang -binatang kecil yang melata di bumi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

kejap

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT,maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada zikir kepada Allah SWT itu adalah menyebabkan hati seseorang itu menjadi keras.Dan sesunguhnya sejauh -jauh manusia daripada Allah SWT ialah mereka yang berhati keras." (Riwayat Tirmizi)

Masih ada yang tak tahu sembahyang dan mengucap

Kisah yang amat menyedihkan kerana masih ada yang tak tahu mengucap,tak tahu baca Al Fatihah dan tak tahu lansung nak sembahyang.Ini berlaku keatas seorang pak cik yang berumur dalam lingkungan 60an mengadu kepada rakannya .Rakannya itu berjiran dengan aku,  kebetulan sedang kami berborak datang pak cik tadi.
Pak cik tadi merupakan kenalan lama jiran aku.
Kami bertiga pun berbual dan kemudian dia memberitahu kenapa dia datang bertemu jiran aku tadi.Dia nak belajar sembahyang,nak belajar mengaji kerana dia tidak tahu satu benda pun.Kenal huruf jawi apatah lagi setakat sebut je.Dia merasa menyesal kerana dulu di masa ada kesempatan dia mensia-siakan peluang untuk belajar semua ini .Dah umur tua ini baru tersedar dan dia takut tak ada kesempatan lansung untuk belajar.
Bukan mak dan ayahnya tak hantar dia pergi mengaji semua,ada tapi bila pergi tak pernah sampai ke rumah ustaz.Malahan mak dan ayahnya tak pernah bertanya pandai atau tak dia mengaji.Sembahyang jangan cakap mak dan ayahnya juga tak mengerjakannya.Jiran aku dan pakcik tadi rupanya jiran sekampung.Terpisah bila pak cik tadi belajar ke luar negeri.
Bila belajar luar negeri dia dah jadi macam mat salleh.Duduk pulak satu rumah dengan perempuan.Mabuk,ganja serta seks bebas dah macam perkara biasa kerana tak ada yang melarang.Hatinya dah jadi hitam beritahu pakcik tadi tapi dia bernasib baik tidak di jangkiti AIDS.Hampir 30 tahun duduk luar negara .Bekerja dan berkahwin dan yang pasti kata anak bini setakat 'Islam kapal selam' hanya pada nama sahaja.Akhirnya timbul kesedaran dia bercerai dan tak ada seorang anaknya yang ikutnya balik ke Malaysia.
Bila timbul kesedaran ini dia mencari kawan lamanya untuk membimbing dia mencari balik kehidupan sebenar yang banyak yang di tinggalkannya.Riak mukanya mengambarkan pak cik tadi memang menyesal,dia menangis termasuk aku dan jiran aku.
Aku menangis bukan kerana sedih tapi bersyukur aku tidak mengalami peristiwa seperti pak cik tadi.Aku di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk mencari dan menimba ilmu yang ada di muka bumi ini.Keinsafan yang di tunjukkan oleh pak cik tadi menunjukkan bertapa Allah SWT akan membuka pintu taubat selagi ada hambanya yang ingin bertaubat .Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.



SELEBERITI BERWAJAH BURUK


The Good Surgeon telah mengadakan satu polling untuk mengetahui siapakah seleberiti yang berwajah kurang elok.Berdasarkan polling itu yang diambil dari 1300 responden seleberti yang menduduki tempat teratas ialah;
   Iggy Pop penyanyi kelahiran Amerika  lahir 21 April 1947
                                     Jodie Marsh seorang model
                                    Donatella Versace tauke butik
                             Jackie Stallone emak Slyvester Stallone
                                   Melanie Griffith seorang pelakon

Bagi kita umat Islam  patut bersyukur atas anugerah tuhan sama ada buruk atau cantik.KITA JUGA DI LARANG UNTUK MENGUBAH BENTUK RUPA PARAS KITA.


nenek kena intai

Satu lagi gejala yang di lakukan seorang remaja belasan tahun yang sanggup mengintai nenek nya sendiri  mandi dan kemudian mencuri baju yang di sangkutkan.Didalam baju itu terdapat barang kemas serta duit.Duit yang di curi di gunakan untuk membeli hand set.Budak itu telah di berkas kerana laporan neneknya tentang kehilangan barang-barang berharganya.
Ini semua berlaku akibat sikap ikut-ikutan remaja masakini.Orang nak handset dia pun nak handset tapi janganlah sampai nenek sendiri di intainya.Adakah patut?

padah hina Nabi Muhammad SAW


Kerana menghina Nabi Muhammad SAW pasangan suami isteri terpaksa menutup hotel mereka kerana kekurangan pelanggan.Hotel itu terpaksa di lelong kerana tidak lagi menampung kos operasi.Walaupun mereka terlepas tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW di makhamah dan juga mendapat bantuan kewangan daripada penganut kristian masih lagi tidak mampu membayar semua hutang mereka.

Yang kedua seorang kartunis yang melukis gambar Nabi Muhammad SAW bersama badan seekor anjing berasa tidak selesa tidur di rumah sendiri.Kartunis itu Lars Vilks berasal dari Sweden kini hidup dalam ketakutan.
Inilah akibat cuba mengganggu gugat keamanan umat Islam dan Nabi Muhammad SAW.Mereka tidak percaya dengan BALASAN tuhan.Kita umat Islam marilah kita bersama-sama menyintai nabi kita Nabi Muhammad SAW  kerana dialah sebenarnya idola yang sepatut kita ikut.(sumber ILUV ISLAM)

Tumbuk muka cikgu

Seorang murid sanggup membelasah gurunya kerana di denda keluar kelas kerana tidak membawa buku teks.Dia juga cuba menganggu murid dan mencaci guru itu ketika berada di luar kelas.
Ini berita yang kita tak berapa gemar nak dengar.Mana pergi nilai serta adat sopan kita sebagai murid.Di denda atas kesalahan sendiri bukannya guru itu suka -suka nak denda.Akhirnya siapa yang rugi ?Kena siasat dengan polis dan di buang sekolah.
Masa depan menjadi gelap.Belajarlah menghormati guru,anggaplah guru seperti ibubapa kita sendiri.Belajar mendoakan guru seperti kita berdoa untuk ibubapa kita sendiri.

KEUTAMAN SUJUD

Rasulullah SAW bersabda,"Tidak ada sesuatu pun yang dapat digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah yang lebih utama daripada sujud yang tersembunyi."
Saat hamba paling dekat dengan Allah ialah ketika ia bersujud,itulah makna firman Allah Taala"Bersujud dan mendekatkan."Allah Taala juga berfiman,"Tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka kerana bekas sujud."
Ada yang mengatakan, tanda itu adalah nur kekhusyukan,kerana nur itu memancar dari keadaan batin ke anggota tubuh.Ada pula yang mengatakan tanda itu adalah kecemerlangan wajah mereka pada hari kiamat nanti kerana bekas wuduk.
Uqbah bin Muslim berkata,"Tidak ada satu keadaan pun pada diri hamba yangdi sukai oleh Allah SWT daripada seseorang yang sangat ingin bertemu dengan Allah.Dan tidak ada satu saat punn di mana hamba lebih dekat kepada Allah SWT ,melainkan ketika hamba itu dalm keadaan bersujud."
Abu Hurairah RA berkata,"Keadaan hamba yang paling dekat kepada Allah adalah ketika ia bersujud.Kerana itu, perbanyakkan doa ketika sujud itu."

BOLA OH BOLA

Lama jugak aku tak tengok bola sepak Malaysia kebetulan ada  pulak siaran langsung Pahang lawan Selangor.Macam biasa Selangor menang 3-2 tetapi tak macam dulu .Semangat nak menonton tu tak ada ,mungkin sebab dah terbiasa tengok perlawanan Liga Inggeris.
Dulu masa liga Malaysia tengah hot jangan cakap awal -awal dah sediakan kelengkapan untuk pergi stadium.Dulu jangan cakap asal team Selangor main aku tak pernah miss pergi stadium.Sanngup kumpul duit belanja sekolah untuk beli tiket untuk tengok team Selangor main.

Dulu jangan cakap sebut je nama pemain Selangor boleh katakan aku kenal.Sekarang hanya beberapa orang yang aku kenal,aku lebih kenal pemain liga Inggeris.Kadang -kadang kesian jugak bila lagi stadium nak penuh macam dulu,Setiap perlawanan di penuhi penonton.Sekarang tunggu final baru nak penuh.
Pemain jangan cakaplah kalau di bandingkan dengan pemain dulu dan sekarang jauh beza.Payah nak cari pemain yang jiwanya penuh dengan semangat untuk bermain bola untuk negeri atau negara.Bila lagi agaknya bolasepak kita nak sehebat Thailand atau lebih baik dari Thailand (malas nak bandingkan dengan Korea atau Jepun dah jauh sangat bezanya)


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved