SEKSAAN PALING NGERI

on 24 Mei 2010

Sepuluh jenis seksaan yang menimpa wanita yang di perlihatkan kepada Nabi Muhammad SAWketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.Dalam perjalanan itu Baginda diperlihatkan
  • perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain
  • perempuan yang di gantung lidahnya dan tangannya di keluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya
  • perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya
  • perempuan yang diikat dua kakinya serta tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub.Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu.
  • perempuan yang memakan dagingnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala.Mereka adalah perempuan yang berhias untuk di lihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain
  • perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.Mereka adalah perempuan yang suka memasyurkan diri sendiri supaya orang melihat perhiasannya
  • perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai.Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta
  • perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke mulutnya dan keluar melalui duburnya,Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain


Bila bayi di anggap sampah

Kejadian membuang bayi sejak akhir-akhir ini semakin menjadi.Mereka membuang bayi seperti membuang sampah .Macam dah tak ada nilai kemanusiaan.Akibat jiwa dah dipenuhi setan -setan,mereka dah peduli nak buang ke ,nak bunuh ke ,janji jangan orang lain tahu.
Buang kat mana-mana saja ,dalam tong sampah ,tepi longkang,depan masjid asal dapat sembunyikan.Mereka hanya tahu keseronokkan tanpa pedulikan anak yang terhasil daripada keseronokkan mereka.Kononya untuk menggelak malu tapi tidak mereka tahu segala perbuatan mereka itu diperhatikan dan di catatkan.
Mereka hanya tahu malu kepada orang yang di seliling tapi tidak tahu malu pada tuhan yang menjadikan mereka.
Mereka berani buat maksiat kerana masyarakat seperti buta dengan apa yang mereka buat tapi terlupa ada yang memerhatikan tingkah laku mereka.Ini lah akibat bila menganggap seks makin murah.

Hina Nabi Muhammad Sampai Bila?

Kejadian penghinaan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW telah lama berlaku baik semasa hidup dan selepas wafatnya.Terbaru gerakan mengambarkan sketsa Nabi Muhammad SAW  yang di beri nama "Everybody Draw Muhammamd Day" yang diadakan 20hb MEI. 
Yang menjadikan persoalan kita mereka tidak serik-serik.Banyak pihak telah menentang penghinaan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Berbagai protes dilakukan di setiap pelosok dunia dan ada juga yang diarahkan untuk dibunuh.Sebagai contoh Salman Rushdie pada tahun 1988  telah menguris perasaan kita umat Islam ketika itu.Dia telah menulis buku Ayat-ayat Setan(The Satanic Version),dimana didalam buku itu dia menggambarkan isteri -isteri Nabi Muhammad sebagai pelacur dan Kaabah iaitu kiblat bagi umat Islam dianggap sebagai rumah pelacuran.Akibat tindakkannya ini telah menyebabkan dia wajib di bunuh oleh Rabitah Al Islami dan sebuah lagi pertubuhan yang berada di Iran.Tetapi dia mendapat sanjung di Barat malahan di berikan perlindungan.
Pada tahun 2005 satu lagi siri penghinaan telah berlaku dimana sebuah surat khabar harian yang terbesar di Denmark ,Jyllands Posten telah mengeluarkan 12 karikutur Nabi Muhammad SAW pada 30 September 2005.Walaupun mendapat tentang besar-besaran oleh umat Islam mereka tidak pedulikan ,malahan karikutur yang sama telah dikeluarkan semula pada 10 Januari 2006 di Norway oleh surat khabar Magazinet termasuk juga di Perancis,German dan ada juga surat khabar Indonesia yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.Bantahan umat Islam seolah-olah tidak di pedulikan.
Mereka melakukan ini atas dasar kebebasan.Mereka boleh berbuat apa saja tanpa memperdulikan perasaan umat Islam yang sangat menyajung tinggi keperibadian Nabi Muhammad.Hal sebegini menuntut kita sebagai umat Islam bertindak samada memboikot,memberitahu kepada mereka siapakah Nabi Muhammad sebenarnya.Lawan terus lawan.Musuh Islam tidak akan berhenti menyalakan api permusuhan kerana hati mereka telah ditanam untuk terus membenci Nabi Muhammad SAW dan juga Islam.
Di samping itu kejadian ini sebenarnya menguji kita bertapa kita mencintai Nabi Muhammad SAW.Adakah kita telah mengikut sunnahnya?Adakah kita telah menjalankan amanahnya?
Setiap daripada kita akan terasa marah jika tokoh yang kita sayang serta sanjung di hina,mungkin juga tokoh itu ayah,ibu,guru ,pemimpin atau sesiapa sahaja.Dengan kejadian-kejadian ini sepatutnya kita lebih mencintai junjugan kita Nabi Muhammad SAW sesuai dengan hadis nya yang di riwayatkan oleh Saidina Umar," Tidak beriman seorang di antara kamu sampai aku lebih di cintai daripada ayahnya,anaknya dan seluruh manusia," (Hadis Riwayat Bukhari).

BERPAKAIAN TETAPI TETAP DI ANGGAP TELANJANG

Perbuatan membuka aurat adalah berdosa besar pada pandangan Islam tetapi tidak mengkufurkan seseorang yang melakukannya.Walau bagaimanapun jika ia menghalalkan perbuatannya itu,ia dikira kufur dengan Allah dan terkeluar dari Islam.
Perintah menutup aurat dalam Islam adalah perintah wajib,yang mesti di patuhi oleh semua orang Islam baik lelaki atau perempuan terutama bagi perempuan kerana tidak ada pengecualian.
Selain tidak menutup aurat memakai pakaian nipis juga serta menampakkan bentuk badan juga adalah berdosa besar kerana pemakainya dikatakan tidak  menutup auratdalam ertikata yang sebenar.Berpakaian seperti itu masih di anggap telanjang.Mereka yang berpakaian sebegini tidak akan dapat mencium syurga berdasarkan hais Rasulullah SAW yang bemaksud "Dua golongan ahli neraka , dan yang belum pernah aku lihat ialah,satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu di gunakan untuk memukul manusia,dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat di cium daripada jarak yang jauh." (Hadis Riwayat Muslim)

5 keadaan yang di bolehkan mengumpat



Ada lima keadaan yang di bolehkan seseorang itu mengumpat ia di nyatakan oleh Imam Al- Ghazali dalam kitabya Ihya' Ulumuddin:
  • Apabila seseorang itu dizalimi.Orang yang di zalimi itu boleh mengadu kepada pihak berkuasa
  • Apabila di minta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
  • Apabila meminta fatwa,kelemahan dan keaiban orang lain boleh disebut
  • Apabila cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya dan kesesatan yang berlaku di sekeliling
  • Apabila maksiat berlaku secara terang -terangan


Matador di tanduk lembu hingga tembus ke mulut

Seorang matador hampir mati apabila dia di tanduk oleh seekor lembu hingga tembus ke mulut.Selepas di tanduk lembu itu mengayun Matador seperti permainan sebelum di lemparkan ketanah.Penonton yang menyaksikan pertandingan itu menjerit dan menyangka Matador yang bernama JULIO APARICIO (41 Tthn) telah mati.

Matador lain cuba mengalihkan pandang lembu jantan itu untuk menyelamatkan Julio dan dia sempat berdiri  terhuyung dan jatuh berlumuran darah.

Julio telah dibawa ke hospital  Las Ventas untuk menjalankan pembedahan selama satu jam dan kemudian di pindahkan ke hospital di Madrid. Di hospital Madrid dia telah menjalankan pembedahan selama 6jam untuk membetulkan rahang,lidah dan lelangitnya,Keadaan di laporkan stabil.

Ayahnya berkata mulut Julio hampir hancur.Julio Aparicio berasal dari Sevilla merupakan seorang Matador yang terkenal dan keluarganya memng di kenali sebagai pakar dalam bidang ini.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved