Kelazatan Yang Paling Besar

on 23 Mei 2010

Sesiapa yang mengatakan perbualannya bersama isteri adalah sebuah kenikmatan, maka kenikmatan itu adalah kenikmatan palsu.Sesiapa yang mengatakan menonton televisyen adalah kebahagian yang dicari maka dia adalah orang yang keliru dan barang siapa yang berkata kenikmatan ada dalam tayangan televisyen maka permikirannya jauh dari kebenaran.
Kebahagian yang hakiki hanya dapat dicapai melalui di waktu malam yang di hiasi dengan solat malam dan bermunajat kepada Allah yang Maha Pengasih.Seorang ulama Tabiin berkata,"Orang yang melakukan solat malam,maka pada malamnya mereka merasakan kebahagian yang besar."WALLAHUALAM

Merokok Boleh Menguruskan Badan??

Rata -rata wanita di Malaysia mempercayai merokok boleh mengawal selera makan.Oleh yang demikian mereka boleh mengurangkan pengambilan makanan dan sekaligus mengawal berat badan.Dengan menganggap demikianlah maka bilangan perokok wanita di negara kita meningkat 100% pada 2003 berbanding 1996.
Ada juga menganggap dengan merokok mereka meletakkan mereka setaraf dengan kaum lelaki.Jika wanita boleh melakukan sesuatu yang lelaki boleh lakukan merupakan satu kebanggaan.Sebenarnya merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi merosakkan struktur kulit.
Menurut kajian perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk di jangkiti oleh kanser paru-paru ,penyakit jantung serta barah payu dara berbanding dengan mereka yang telah berhenti atau tidak menghisap rokok.Wanita yang merokok juga mengalami masalah dalam kehamilan kerana mereka lebih s\cenderung memiliki telur yang rosak.
Tabiat merokok sebenarnya tidak  baik kepada semua baik lelaki atau wanita.


Solat satu sumber tenaga

"Sesungguhnya solat adalah cahaya yang terpancar,yang mana cahaya itu datang dari hatinya orang mukmin.Cahaya ini terserlah di wajahnya dan menyinar di seluruh anggotanya".
Cahaya ini akan terserlah di depan dan di sebelah kanannya orang-orang mukmin pada Hari Kiamat kelak.Solat memainkan peranan pada setiap sendi kehidupan dan dapat menyucikan diri dari segala kekotoran.Dari permulaan mengambil air sembahyang sudah menampakkan kepentingan kebersihan yang terdapat dalam mengerjakan solat.
Di saat sibuk bekerja datang solat Zohor yang mengingatkannya kepada Allah kemudian di saat penat dan lelah datang pula solat Asar.Tatkala hati cenderung untuk tidur datang pula solat Maghrib.Setelah itu datang pula solat Isyak sebagai penyempurnaan hari.Kemudian solat Subuh untuk memulakan kehidupan baru.
Solat merupakan sumber tenaga ketika jiwa dan semangat sedang menurun.Dengan bersolat sahajalah dapat meningkatkan semangat dan jiwa menjadi tenang tatkala kita mengadu kepada Allah(melalui doa).

Baru nak Teliti Lesen Judi

Kerajaan nak teliti lesen judi....Kenapa baru nak teliti.Bukan lebih baik kaji kesannya sebelum meluluskan.Takkan tak ada cerdik pandai nak di mintakan nasihat.Semua bangsa dan semua agama melarang berjudi,ini benda budak kecik pun kalau  di tanya tahu apa hukumnya berjudi.
Lesen itu bukan lesen baru yang di keluarkan tapi lesen yang di beri semula......apa beza lama ke baru?Lesen telah pun di keluarkan takkan nak tengok rakyat berhutang hanya kerana judi.........


BALA MELAKUKAN ZINA

Ketika beberapa orang mengangkat jenazahnya untuk di mandikan,kain yang menutupi mayat itu terbuka.Mereka terkejut tubuh mayat itu sungguh menjijikkan dan berbau busuk sehingga ada diantara mereka hampir muntah.Bahagian kemaluannya berbau teramat busuk serta mengeluarkan satu cecair kekuningan seperti terkena penyakit.Mereka merasa hairan apakah penyakit yang di hidapi oleh si mati ini kerana jenazahnya berbau dan menjijikkan.
Rupanya wanita yang meninggal ini menjual tubuhnya yang cantik untuk mendapatkan upah walupun sudah berumah tangga.Suaminya disuruh di rumah menguruskan anak-anak ,mencuci dan membuat segala kerja rumah tetapi dia keluar untuk berfoya-foya untuk memuaskan nafsu untuk mendapatkan upah.
Inilah pembalasan yang tuhan pertontonkan kepada kita di dunia ini untuk di jadikan pengajaran seperti fimannya,"Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan)."Surah Al -Isra', ayat 32



CERITA HANTU

"Baba tak je cerita lain ke...asyik-asyik cerita hantu?"anak sulung ku bertanya.Ye tak ye kenapa siaran tv kat negara kita cukup gemar menyiarkan cerita -cerita seram ni.Walaupun mendapat sambutan tapi janganlah terlalu kerap.Hampir setiap saluran ada cerita hantu.
Bukan apa cerita yang macamni bukan orang dewasa sahaja yang menyaksikan tetapi ada juga kanak-kanak.Kadang -kadang jenuh nak melayan pertanyaan kanak -kanak ini."Boleh ke kita buat macamtu...betul ke hantu tu boleh terbang?".Yang paling di bimbangkan kalau benda-benda khurafat ni menjadi ikutan seperti puja pokok,sembah kubur dan bermacam-macam lagi.Benda khurafat macamni tak payah di pertontonkan,kan lebih baik di cegah.Kita bimbang nanti akan merosakkan akidah.
Akibat sampingan daripada menonton cerita seram kanak-kanak takut nak kedapur atau kebilik air.Sepatutnya kita perbanyakkan cerita yang berunsur agama,cerita yang memaparkan nilai murni kekeluargaan.Walaupun cerita tahyul ini mendapat sambutan ,kurangkanlah jangan sampai cerita ini menjadi cerita wajib yang patut di siarkan.

AKIBAT TIADA SIJIL HALAL

Akibat tiada sijil halal segala majlis yang di anjurkan oleh kerajaan tidak akan diadakan di hotel-hotel yang tidak memperolehi sijil halal.
Ini usaha yang patut di puji.Dengan cara begini kerajaan boleh mengajar pengusaha hotel yang dan susah sangat nak memperolehi sijil halal.Sepatutnya penguasa hotel ini sensitif tentang halal dan haram.

KETAM MACHO

Seekor ketam berjalan-jalan di tepi pantai sambil mengurat.Tiba -tiba lalu seekor ketam betina di depan dia cuba mengurat"hai cik adik jalan sorang -sorang jom kita kahwin ,"tanyanya dengan selamba".Ketam betina itu menjeling dan dia pelik kenapa ketam jantan itu berjalan tidak mengiring sepertinya."Woww..hebat betul jantan ni jalan pun macho tak macam aku...boleh kalau awak sudi.'jawab ketam betina tadi.
Mereka pun kahwin tapi keesokkannya ketam betina berasa hairan kenapa suaminya berjalan mengiring sepertinya tidak seperti semalam yang jaln lurus."Abang kenapa abang jalan mengiring seperti saya kan abang jalan lurus semalam"tanya ketam betina."Kau nak aku hari-hari mabuk.'jawabnya selamba.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved