UPAH SAMSENG BUNUH SUAMI

on 22 Mei 2010

Ini merupakan kejadian yang berlaku di Makkah  ,dimana seorang isteri(warga negara Malaysia )telah bersubahat dengan kekasihnya untuk membunuh suaminya.Dia bersama kekasih gelapnya mengupah samseng untuk membakar rumah dan kereta serta menyimbah asid.
Wanita yang telah berkahwin selama 16 tahun dengan suaminya ini mempunyai 5 orang anak telah berkelakuan demikian selepas di tangkap bersekedudukan dengan kekasih gelapnya warga Mesir.Dia juga mempunyai kekasih gelap warga Bangladesh,Pakistan dan orang tempatan juga.
Tak sangka pulak wanita sanggup mengupah samseng untuk membunuh suaminya sendiri ,pada hal mereka telah lama berkahwin dan mempunyai anak.Apa lagi agaknya yang di kehendaki oleh wanita ini.Ingat orang lelaki sahaja yang pandai buat kerja macamni.

CING WA

Ada diantara kita suka menjalankan aktiviti berkhemah atau camping.Ini merupakan satu aktiviti yang paling aku suka semasa aku berada di dalam persatuan belia dahulu.Macam -macam tempat aku pergi jelajah.Rata -rata tempat nak buat'CAMP SITE' mesti berhampiran sungai.
Yang aku nak ceritakan kat sini mengenai satu perkataan 'CING WA'.Perkataan ini di perkenalkan oleh seorang jurulatih rekreaksi kepada peserta perkhemahan.'Cing wa' ni bermaksud kencing dalam seluar.Perkataan ini ialah bahasa isyarat yang digunakan untuk mereka yang kencing sewaktu mandi -manda dalam sungai.
Bila ada orang jerit 'Cing wa' masing -masing beralih ketepi.Pada suatu kita kami mengadakan satu perkhemahan di Air Terjun Chamang,Bentong Pahang kalau tak silap.Peserta terdiri daripada sebuah universiti antarabangsa.Pelajar yang mengikuti perkhemahan ini termasuklah pelajar negro(belah -belah Afrika kot).Macam biasa kami memberikan taklimat mengenai keselamatan sewaktu berkhemah dan tak lupa perkataan 'Ching wa'.
Dalam masa  berkhemah berlaku satu episod yang amat mengerikan,seorang pelajar negro itu sedang mandi beramai-ramai tapi dia duduk jauh -jauh mandi sorang-sorang dan kemudian menjerit '.Ching wa'.Kami pun ketepi tapi bukat setakat air kencing tapi siap dengan tahi sekali.FUUH....panas hati kawan yang mandi tadi .Bila di tanya kenapa tak beritahu yang dia melabur, "I dont know how to say 'berak seluar "in a short-short."

'laki' bantai bini sedang hamil

Kedua-dua suami isteri ini polis.Seperti biasa mereka mempunyai masaalah rumahtangga.Kejadian ini berlaku di Alor  Setar Kedah.Wanita yang sedang mengandung di percayai 7 bulan telah ternampak suaminya berjalan dengan perempuan lain.Dia di belasah cuma bertanya status rumahtangga mereka tetapi lakinya naik angin lalu membelasahnya.Mungkin wanita bertanya dalam keadaan berang itu yang membuat suaminya meradang.
Semalam berita keluar isteri dalam pantang di belasah suaminya ,hari ini wanita sedang mengandung pula yang kena belasah.Kedua-dua kes ada mengalami masaalah rumahtangga.Tapi masaalahnya adakah dengan sepak dan terajang boleh menyelesaikan masaalah?

BELUT(terjebak jua akhirnya)

Belut atau nama glamournya Monopterus albus (bukan tarbus) merupakan haiwan licin berbentuk seperti ular(bukan keluarga ular sebab belut takada sisik).Rupanya memang tak handsome macam ular,kadang -kadang orang jijik tengok dia.tetapi dia punya khasiat lebih daripada ular (very power beb).Boleh menjaga kesihatan disamping itu boleh mencantikkan kulit.Banyak jenis belut tapi belut sawah yang paling popular.Ada orang tua mengatakan memakan belut boleh mengubat jerawat,merawat kayap....nak cerita memang banyak dia punya khasiat.

Yang aku nak cerita bukan pasal khasiat belut tapi macamana aku boleh terjebak makan belut ini.Aku selalu berkunjung kerumah saudara aku kat Gombak.Mereka sekeluarga memang pengemar belut.Masak belut macamana punya stail pun dia orang terror.Masak sup ke.masak sambal,goreng berlado...eh macam staillah.
Bila aku mengujungi kerumah mereka ,aku selalu di hidangkan dengan lauk belut ini tapi aku tak jamah pun(orang cakap geli).
Pada satu hari aku berkunjung kerumah mereka,aku betul-betul lapar,"Mak ada nasi tak lapar ni,"tanya aku.""Ada kat belakang tapi lauk tak banyak ada ikan dengan telur aje,makan ajelah,"Aku pergi belakang ambik nasi belasah ajelah.Memang sedap gila tak pernah aku makan lauk macamni punya sedap ",ikan ape ni?'hati aku berkata."Belasah ajelah janji kenyang..nanti baru tanya ikan ape,"Belut kalau dah di potong kecik-kecik mana  ada rupa belut.Selesai makan"Mak lauk ape tadi sodap yo?"tanya aku pada mak saudara aku yang aku panggil mak."Ikan panjang,sedap ke,?'jawab dia sambil ketawa."Biar betul mana ada ikan panjang ,ikan parang adalah,"pelik aku tengok mak saudara gelak.
"Itu belut Edi yang kau makan kan sedap lebih sedap daripada ikan dan ayam,banyak khasiatnya,"dia memberitahu perkara yang sebenar.Nak muntah aku dibuatnya bila mak saudara aku beritahu yang aku makan tadi belut tapi dalam hati aku berkata"Memang sodap gilo belut ni,".Ni nak kena try lagi tapi control macho punya pasal tak jadi muntah.

Selepas peritiwa itu aku tak takut makan belut dan yang paling gempak aku dah boleh tangkap belut.Biar makan  belut jangan jadi manusia belut.Memang sedap kalau korang tak caya boleh try tapi kena cari orang yang pandai masak kalau tidak rasanya hanyir macam ikan ikan jugak.

SENYUM SELALU

Allah SWT  telah menganugerahkan setiap manusia didunia ini dengan bibir yang cantik untuk dimanafaat oleh manusia.Namun ada juga yang tidak bersyukur sampai sanggup melakukan pembedahan untuk merubahnya.Senyum merupakan satu sedekah yang paling senang untuk di laksanakan.Melalui senyuman kita di kurniakan pahala.Senyuman juga membawa seribu makna antaranya senyum sinis,senyum mengoda,senyum yang diberikan dengan ikhlas serta senyuman yang di buat-buat dan banyak lagi.
Senyuman yang di berikan dengan ikhlas akan membuat sesorang itu terpegun dan berasa bahagia apabila melihatnya.Senyuman juga boleh meredakan orang yang sedang marah serta memberikan ketenangan.Orang yang sentiasa tersenyum membuat orang lain melihat ketenangan di raut wajahnya.Dengan senyuman juga membuat kita terhindar dari tekanan dan juga boleh membuat seseorang itu tampil dengan lebih menarik.
Dengan senyum juga kita boleh membuat senaman muka untuk kelihatan awet muda.Orang yang tersenyum cukup mudah di dampingi dan mempunyai ramai kawan dan jarang mempunyai musuh.Rasulullah SAW sentiasa tersenyum kepada sahabatnya menyebabkan mereka suka mendampinginya serta bahagia.
Senyumanlah sentiasa tapi dengan senyuman tulus ikhlas bukan senyuman yang di buat-buat.

TERAPI WARNA

Tubuh kita memancarkan aura yang berhubung kait dengan warna yang berada di sekeliling kita.Warna-warna disekeliling kita dapat membangkitkan semangat kita apabila kita melihatnya.Terapi warna satu cara untuk kita mengembalaikan semangat berkerja yang hilang contohnya meletakkan warna oren di hadapan meja, cukup mudah dan murah.
                                                                 MERAH
merah adalah warna yang paling kuat dalam semua warna.Dapat memberi
kekuatan.serta dapt meninggikan sifat ingin tahu,cinta dan
kepimpinan
Gunakan warna ini bila mood turun seperti pakai baju warna merah
atau duduk dibawah lampu warna merah.Tarik nafas dalam-dalam lepaskan
perlahan-lahan.
PUTIH
warna yang melambangkan kesucian,bersih dan neutral.
warna ini boleh menghilangkan sifat buruk.Aura ini berada
diatas kepala sebagai pusat kehidupan akal dan spiritual
Ruang rumah kalau di cat putih akan nampak luas dan bersih.
OREN
warna yang membuat kita berasa yakin pada diri kita,friendly,
optimis dan kreatif.
berbaju warna oren akan membuat kita kelihatan segar dan
segak
HIJAU
warna yang menyihatkan tubuh badan.Hijau yang banyak
di gunakan di tubuh semakin membuat kita cinta pada diri sendiri
serta di cintai oleh orang lain.Warna yang melambangkan
jiwa yang sihat,menenangkan dan menyegarkan minda.
mata akan lebih segar kalau selalu memandang warna hijau.
banyakkan tanam tumbuhan warna hijau agar dapat menyihatkan tubuh badan.
BIRU
warna yang paling menenangkan.warna yang meredakan bagi orang yang sedang marah.
warna yang membuat kita tidur nyenyak.
bilik tidur yang dicat dengan warna ini membuat kita tidur dengan nyenyak
dan memberikan ketenangan jiwa.
UNGU
warna yang membuat seseorang berkarisma dan selesa.
warna yang menyerlahkan penampilan jika seseorang itu memakai
baju atau aksesori berwarna ini.
Pilihlah warna yang bersesuai untuk anda agar anda lebih berkeyakinan dan meningkatkan prestasi kehidupan anda.Semoga hidup lebih ceria tenang selalu.(apa pun aku suka warna hijau)





KERANAMU ANGSA

Sebuah projek yang bernilai hampit RM 500 juta dihentikan semata-mata untuk memberikan masa untuk angsa menetaskan telurnya.Kejadian yang berlaku di Birmingham meyebabkan seorang pengawal memberikan perlindugan 24jam kepada angsa itu.
Betapa tinginya nilai budi pekerti manusia, adakah kita seperti mereka?Kalau diikut mereka boleh memindahkan saja angsa dan telurnya ketempat lain tetapi kerana mulianya hati mereka sanggup menghentikan projek yang bernilai jutaan ini.Diletakkan pula pengawal untuk melindungi angsa ini.


BAGI MINUM AIR KENCING

Seorang lelaki kemaruk berpoligami sanggup menyuruh isteri-isteri meminum air kencingnya semasa mengadakan hubungan seks agar menurut segala perintahnya.Lelaki dah kahwin 11 kali anak 27 orang.
Inilah yang di katakan kahwin kerana nafsu bukan kerana Allah.Orang seperti sebenarnya merosakkan kehidupan bekas -bekas isterinya kerana tiga berkahwin dah diceraikannya.Akibat nak menuntut ilmu yang bukan-bukan orang lain yang jadi mangsa.
Lelaki yang hebat bukan kerana banyak bini nya tapi berapa banyak kejayaan nya membahgiakan keluarganya.

SIHIR ISTERI KERANA NAK POLIGAMI

Seorang suami sanggup menyihir isterinya sendiri kerana tidak di benarkan untuk berkahwin lagi satu(poligami).
Dia sanggup berjumpa bomoh untuk menyihir isterinya sehingga lumpuh dan tidak boleh berkata-kata.Dengan keadaan isterinya yang lumpuh di pun mengambil kesempatan untuk berkahwin lagi satu.
Semasa lelaki inimeninggal akibat sakit barah mayatnya hitam legam dan kubur berasap setiap malam jumaat.Selepas kematian isteri mudanya larikan diri dan isteri yang di sihirkannya sihat dan boleh bercakap semula.
Kalau nak kahwin sangat pujuk kalau tak bagi ,jangan pergi cari bomoh untuk sihirkan isteri sendiri akhirnya merana diri sendiri.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved