Cara masing -masing......

on 20 Mei 2010

Adakah kita berasa  bangga kalau orang yang kita keji yang kita kutuk itu jatuh atau tersungkur ?Apa faedah nya.Masing-masing mempunyai strategi masing-masing jangan kita hina usaha yang orang lain buat.Kalau kita rasa idea atau perbuatannya tak bagus kenapa perlu kita hina.Adakah kita lebih baik dari mereka?Adakah kita lebih sempurna daripada mereka ataupun kita terlampau iri hati?
Kita mungkin berkata"Aku bukannya jeles pun," tapi dari segi percakapan ,perbuatan atau tingkah laku menunjukkan kita cemburuDia mungkin mempunyai matlamat seperti juga kita mempunyai matlamat tersendiri.Mungkin itu cara dia untuk mencapai matlamatnya,kita dengan cara kita.Kita boleh hina,caci,kutuk usaha orang lain tak mustahil orang lain boleh buat seperti mana yang kita buat.Jangan kita cemburu tak bertempat.

IBU " HAMIL" CURI BARANG

Dalam bab -bab nak mencuri janganlah gunakan tektik mencuri gaya macamni.Adakah patut menyamar sebagai seorang yang hamil untuk mencuri susu.Inikan menghina wanita -wanita yang sedang hamil.Kalau nak mencuri pun hormatlah pada wanita yang sedang hamil ini.Takan tak ada perasaan langsung.
Kerana perlakuan mereka mencemarkan imej wanita hamil .Mana perasaan mereka sebagai wanita.Tak malu ke mereka bila dah kena tangkap.
Kerana perbuatan mereka menyusahkan orang ramai.Di sebuah pasaraya(tak yah sebut namanya nanti promosi lak)
contohnya kita terpaksa membayar di kaunter khas yang menjual susu sahaja kemudian bila keluar pak guard akan periksa sekali lagi ,dulu tak payah macam ni ,boleh sekali jalan sekarang bayar dulu harga susu baru boleh cari barang lain.Kan menyusahkan......
Aku harap mereka tolonglah jangan cemarkan kemuliaan wanita -wanita yang sedang hamil ini....

LIDAH DAN TELUR

Seorang lelaki telah singgah ke sebuah restoran untuk makan tengahari ,lalu dia bertanya "Apakah makanan istimewa yang ada dikedai ini?"Pelayan itu pun menjawab "Yang istimewa ialah sup lidah ayam dan air kelapa bakar".Lelaki itu pun terkejut"Apa sup lidah ayam ,makanan itu sungguh menjijikan dan saya tidak makan apa yang keluar daripada mulut ayam."
Pelayan itu terkejut dengan kesombongan lelaki tadi."Kalau macamtu encik nak makan apa?pelayan itu bertanya lagi."Nasi goreng kampung telur dadar dan airnya teh ais."jawab lelaki tadi."KAN TELUR TU KELUAR DARI BONTOT AYAM LAGI MENJIJIKAN".jawab pelayan itu dengan selamba.

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


Rasulullah SAW bersabda"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya(sebagai memuliakan dan menghormati)penuntut ilmu agama,kerana meraka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Abu  ad-Darda' r.a


PENGAJARAN HADIS DI ATAS:
  • penuntutn ilmu agama adalah bakal mubaligh(penyampai maklumat)Islam,maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang  diperintah kan oleh Allah kepada rasul-Nya
  • menuntut agamaadalah tidaktertentu kepada satu -satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan sempurna di dunia dan di akhirat.
  • kita sebagai umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah SAW menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka di sebababkan kemuliaan ilmu yang di tuntut itu.-Sumber JAKIM



Kerajaan Negeri Kelantan cadang beri cuti bersalin 90 hari

Kerajaan Negeri Kelantan akan melaksanakan peraturan  cuti bersalin selama 90 hari mulai tahun depan.Inilah cadangan yang di buat oleh kerajaan negeri  yang dasarnya bersetuju.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Negeri,Wan Ubaidah Wan Omar akan membawa cadangan itu kemesyuarat exco untuk kelulusan cadangan itu.Cadangan ini di buat untuk memberi lebih masa kepada ibu yang bersalin menjaga anak.Cadangan ini telah di kaji dengan teliti dan di perhalusi.
Bagi aku ini cadangan yang amat baik kerana si ibu akan dapat lebih lama menyusukan bayinya dengan susu ibu.Ibu akan lebih masa dengan bayinya dan yang penting dapat memulihkan tenaga sebelum bekerja semula.


ADAKAH ANDA BERSETUJU CUTI BERSALIN 90 HARI?

Saja untuk meninjau pendapat kawan -kawan adakah berbaloi cuti bersalin 60 hari ditambah 90 hari.Sila tinggalkan pendapat anda diruang komen.

USTAZ CABUL ATAS SEJADAH

Kisah yang berlaku di Dubai ini sungguh memalukan kita sebagai umat Islam.Kejadian ini dilakukan oleh seorang ustaz warganegara India.Budak yang berusia 6 tahun itu dicabul ketika ustaz itu mengajarnya bagaimana untuk sembahyang.Ustaz yang berusia 22 tahun iti telah di tangkap dan dipenjarakan selama 5 tahun.
Inilah balasan yang di terima oleh keluarga itu keatas kepercayaan yang di berikan kepada ustaz muda ini.Dia diminta untuk mengajar keluarga itu mengenai hal ehwal Islam dan mengaji Al Quran.Sepatutnya seseorang yang mempunyai didikan agama dan di gelar ustaz  tidak tergamak melakukan kerja yang dia tahu dosanya.Seperti kejadian rakaman video sex seorang ustazah dengan warden baru baru ini yag mengemparkan kita.
Nafsu bila menguasai diri,habis tinggal dan tanggal gelaran 'ustaz dan usatazah' ini.Kita sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain.Sebagai pemimpin kita menjaddi contoh kepada rakyat.Jangan kita berasa bangga apabila kita melakukan kesalahan dan melanggar undang -undang.



LELAKI GUNA" TUALA WANITA"

Seorang lelaki warganegara kita (malu nak beritahu dia warga negara Malaysia) sanggup memakai tuala wanita untuk menyeludup dadah(agaknya apa dia punya brand).Tak cukup didalam tuala wanita dia sorok pulak kat sarung talipon dia.Dia di tangkap di Lapangan terbang Indonesia.Agaknya dia nak rasa sedap ke pakai tuala wanita ni.Macam -macam cara manusia sanggup lakukan untuk membuat kejahatan.Malu tolak tepi yang.IN penting jadi duit.Ini akibat nafsu menguasai diri akhirnya tertangkap,kreatif tak bertempat.


AKIBAT TIRU SITI NURHALIZA

Sesiapa yang nak jadi penyanyi pasti nak jadi macamSiti Nurhaliza.Macam -macam cara dan sanggup perabih duit ,kadang -kadang benda yang tak masuk akal pun sanggup di buat semata -mata nak jadi macam Dato Siti Nurhaliza(DSN).

Seorang pelajar sanggup meneguk air rebusan kuda laut untuk mendapatkan suara semerdu DSN sampai tekak jadi perit dan susah nak telan air liur.Rugi rm1200 pulak tu.Dia ni sanggup buat apa saje semata -mata kecewa gagal dalam ujibakat untuk rancangan realiti.Begitu sekali manusia sanggup buat apa sahaja demi untuk mengejar cita-cita walaupun merana akhirnya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved