Aku di try lagi....

on 19 Mei 2010

Tah kali berapa  aku di try oleh mamat -mamat Pakistan ni...tengah do k sysok -syok dok belek laptop datang segerombolan mamat Pakistan menunjukkan plan masjid yang akan di bina di kampung dia.Ini kali siap bawak pelan ,baru gempak.Dia cuba menerangakan kat aku tentang projek tu...aku buat tak dengar aje.Yang seorang lagi dok membelek kain pelikat kat depan.
Dialog yang utama mesti,"Asalamualaikum..are you muslim?.Nak je aku terajang yang dok pi tanya aku muslim.Dah tentu baru tadi aku baru lepas sembahyang.Sanggup mereka tunggu sehingga aku selesai sembahyang semata-mata nak tunjukkan pelan tu pada aku.
Bila aku buat do know keluar pulak gambar anak-anak yatim.Macam-macam yang mereka nak buat untuk projek ni.Aku direct cakap aku tak nak bagi."You muslim brother,give some sadakah..help for kid..fisabillah,".Bila aku tak layan lain pulak permintaannya "ok brother give some present."sambil tangan menunjukkan kain pelikat.Aku dah agak daa.....ni taktik dah basi.Mintak sedekah cara baik orang kasi tak bagi jangan paksa.

TERLUPA PANDANG

Perasan tak kita apabila kita baca suratkhabar banyak kejadian anak  memukul mak bapak atau mak bapak  pukul anak ,berlaku di kalangan kita bangsa kita.Sepatut sebagai bangsa yang mengutamakan budi bahasa ,sopan santun serta mementingkan pendidikan agama kejadian seperti ini sepatutnya tidak berlaku.Walaupun kejadian seperti ini ada berlaku pada bangsa lain tetapi tidaklah seteruk apa berlaku pada bangsa kita.
Adakah kerana kurang nya didikan agama atau kelemahan kita sebagai ibubapa yang menjadikan anak-anak bersikap kuranng ajar?Anak -anak sepatutnya diberikan didikan agama yang lebih .Janganlah kita berasa cukup dengan sekadar menghantar anak mengaji kita anggap sudah cukup pendidikan agamanya..
Sebagai contoh berapa ramai  antara kita mengajar anak agar tidak menggunakan tangan kiri apabila memberi sesuatu kepada seseorang?Walaupun remeh tapi itulah pengajaran yang nampak mudah tapi sukar di laksanakan.Kadang -kadan benda atau  pengajaran yang remeh ada banyak kebaikannya sebab itu kita jangan terlupa pandang benda yang remeh dalam mengajar anak.

KASIH IBU

 DUA KEJADIAN YANG AMAT BERBEZA.Yang pertama seorang ibu sanggup memprtaruhkan nyawanya sendiri demi untuk menyelamatkan anaknya daripada di lambung ombak,Walaupun dia berjaya menyelamatkan anaknya dengan bantuan nelayan ,dia sendiri di hanyutkan oleh ombak besar.Anak baru berusia 12 tahun manakala si ibu berusia 48 tahun dan kejadian ini berlaku di Brazil.Si ibu berjaya diselamatkan tetapi meninggal di tempat kejadian.Manakala kejadian yang berlaku di negara kita lain pulak ceritanya ,
Sianak sanggup menetak ibunya kerana di tegur.Kejadian ini berlaku di Muar.Si Ibu yang berusia 65 tahun tidak mempunyai kudrat untuk melawan anaknya yan berusia 36 tahun.Nasib baik si ibu tidak meninggal dunia walaupun parah dan si anak disyaki ada penyakit mental.
Walaupun ada penyakit bukan bermakna dia ada lesen untuk mencederakan ibunya.Dan yang pasti dalam dua kejadian ini bertapa murni kasih seorang ibu kepada anaknya dan seorang anak belum tentu mampu mengasihi ibu seperti ibu mengasihi anaknya.Seorang ibu sanngup berkorban apa sahaja demi anakya dan seorang anak belum mampu berkorban demi ibunya.



TAK HABIS-HABIS

Kejadian yang tak ada kesudahan .Adakah si penjual ayam tahu tak erti halal haram?Tolong jaga hati perasaan umat Islam.Sesiapa pun nak kan keuntungan tapi jagalah kebersihan ,tentu yang tukang sembelih itu pandai serta memenuhi hukum syarak.
Kawasan penyembelihan pulak dekat dengan kawasan penyembelihan babi cuma 30 meter sahaja dan ayam itu kebanyakkannya dipasarkan kepada pengguna Islam.Mana sensitif tauke ayam ni?.Pihak yang berkenaan jangan cuma kompaun sahaja ,ambil tindakan yang lebih tegas.
Kita para pengguna pastikan kita membeli atau menggunakan barangan yang ternyata halal dan bersih kerana ia akan menjadi darah daging kita.

PESANAN UNTUK ISTERIKU

 ISTERI KE SAYANGANKU,

"AKU INGIN SEKALI  KAU MENGIRINGI AKU TATKALA AKU INGIN KELUAR RUMAH.HANTARLAH SUAMIMU INI KE PINTU RUMAH DENGAN WAJAH YANG INDAH DAN BERSERI-SERI DENGAN SENYUMAN YANG MEREKAH.SEMOGA DENGAN ITU AKU SENTIASA MENGINGATIMU DAN SEMOGA IA DAPATMEMELIHARA MATAKU DARIPADA MEMANDANG WANITA LAIN.'
selamat malam........

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved