JAUHI PERMUSUHAN

on 18 Mei 2010

"Manusia yang paling dicintai Allah adalah orang yang hatinya bersih dan lisannya jujur.Sedangkan manusia yang dibenci oleh Allah adalah orang yang suka bermusuhan dan bertengkar."

"Aktiviti yang paling baik dan bernilai adalah aktiviti yang hasilnya bukan hanya dinikmati oleh perlakunya, tetapi juga oleh orang lain termasuk keluarga,masyarakat dan bangsanya.Keagungan dan kebesaran aktiviti itu sebanding dengan kemanfaatannya."


Oleh yang demikian apalah gunanya kalau kita bermusuhan antara kita dalam perkara yang remeh .Apakah faedah yang kita perolehi jika kita mamburukkan usaha yang di jalankan oleh orang lain.Jika sesuatu usaha itu di jalankan ada memberi faedah kepada kita ikut sahaja dan jikalau tidak berfaedah baik diam kerana ada orang lain yang akan memerlukannya.Adalah lebih baik berkerja sama daripada bermusuhan.


"Kejantanan yang sebenarnya adalah kesedian menjadi sahabat dalam keadaan apa pun.Engkau harus mengakui kelebihan yang dimiliki lawanmu sebagaimana pengakuan orang lain yang pro dan kontra terhadapnya."

ANAK PENIRU TERBAIK

'Kanak-kanak tiadak pernah dapat mengikut arahan orang dewasa dengan baik tetapi mereka tidak pernah gagal meniru orang dewasa'.Sejak kecil kita meniru pelbagai perkara tanpa kita sedari.Anak -anak kecil akan meniru apa saja perilaku kedua ibubapanya terutama dari segi bahasa yang di tuturkan ,cara berjalan ,makan dan pelbagai lagi.Anak-anak ini akan meniru apa sahaja yang ada di depan matanya ,mereka akan melakukan aksi  atau perilaku yang dipertontonkan  kepada mereka seperti apa yang mereka lihat di kaca tv atau di sekeliling mereka.
Ibubapa adalah contoh terbaik kepada anak-anak,Segala perilaku,tuturkata,sikap atau tabiat akan diikuti oleh anak-anak ini.Baik atau buruk perilaku anak bergantung kepada tabiat ibubapa yang di pertontonkan di depan anak.Maka berilah contoh yang terbaik kepada mereka.

MALU PADA TUHAN

Seseorang yang mandi berbogel di dalam bilik mandi walaupun di rumahnya sendiri apalagi jika dia mandi wajid hukumnya adalah makruh.Ini berdasarkan hadis yang di riwayatkan oleh Abu Dawud yang menjelaskan Allah SWT itu suka sifat malu,kerana itu apabila salah seorang umat Islam itu mandi hendakalah ia menutup aurat.Hadis ini menjelaskan aurat kita haruslah di tutup walaupun sesaat kerana malu kepada Allah SWT  sematamata.Inilah sunah Rasulullah SAW yang paling baik kita ikut.
Walaupun bukan sampai haram hukumnya tapi sikap malu kepada Allah SWT yang di tekankan.Ramai diantara kita yang malu pada manusia atau cctv daripada Allah SWT.Mereka melakukan kesalahan seseolah tuhan itu tidak wujud.Mereka berasa malu jika perbuatan mereka di ketahui oleh manusia di sekeliling tapi tidak malu pada tuhan.
Marilah kta sama -sama menginsafi diri kita apakah selama ini kita tidak pernah ada perasaan malu pada Allah SWT.


ROBOT JADI 'TOK KADI'

Ini satu lagi benda -benda pelik yang berlaku didunia .Robot dah jadi tukang kahwinkan orang.Agaknya ada tak nanti robot jadi tok kadi kat Malaysia ni.Penuh lak robot kat jabatan agama 'standby' untuk nikahkan orang.Manusia ni kadang -kadang pelik benda yang patut je di buatnya.Berkahwin satu perkara yang istimewa ,takkan robot yang tukang kahwinkan.Adakah satu hari nanti kita akan bertuankan robot?Inilah masalahnya kalau nak sangat kemajuan tanpa berfikir panjang.Kesian manusia yang jadi tukang kahwin di Jepun kerana tugas akan diambil alih oleh robot.Jepun-jepun nak maju pun janganlah sampai macamni.

JELAJAH BLOG VERSI 4.0

Ini kali kedua aku nak BEN ASHAARI jelajah blog aku .Ketika di jelajah untuk kali pertama dulu aku terharu kesudian beliau menjelajah dan mengomen apa-apa yang patut di komen.Komen tak ape jangan dia membebel sudah.Untuk itu aku banyak-banyak berterima kasih.Bila di buka pulak segmen jelajah versi baru ini aku tak nak lepaskan peluang.
aku ini dikira blogger baru(layak ke aku digelar blogger) yang cuba mempertajamkan bakat yang yang tak seberapa tajam ni.Panggil je aku Eddie@Adastore.Adastore itu nama kedai aku ,kira nak promo lah tu.Mula berblog tak sampai setahun tarikh sebenar kurang pasti(adakah patut)BORAKKOSONG nama yang aku berikan kepada blog aku ini .Borakkosong bukan borak yang tak mengdatangkan hasil ape-ape.Kadang -kadang dengan borak kosong macam -macam idea dan buah fikiran yang akan keluar.Ada idea yang bernas ,ada idea yang kadang -kadang mengarut daripada borak kosong kat kedai kopi baik aku borak kosong kat blog.Ada juga faedahnya, seperti dapat bertukar idea dengan ramai kekawan di alam cyber.
Kerana sering melawat blog-blog di layar internet telah mendorong aku untuk mempunyai blog sendiri.Alhamdulillah lahir jugak akhirnya walaupun tak seberapa sempurna lagi tapi dapat juga meluah apa yang patut aku luahkan.Sering jugak aku bertanya pada diri aku" ade ke orang nak baca ape yang aku tulis ini".Semangat yang aku dapat daripada blogger yang lama atau popular seperti BEN ASHAARI membuat aku teruskan juga.Dari kisah beliau menghadapi dugaan sewaktu mula -mula berblog membuat aku menanam sikap ORANG BOLEH BUAT KENAPA AKU TAK BOLEH.
Kejayan yang di perolehi oleh blogger setelah di jelajah olen BEN mendorong aku untuk menyetainya.Siri jelajah yang dulu blog aku telah di jelajah dan harap jangan serik untuk jelajah versi terbaru ini.AKU DAPAT CERITA MENGENAI JELAJAH INI DARIPADA BEN SENDIRI KERANA AKU PASTI AKAN SINGGAH DI BLOG UNTUK MEMBACA ENTRINYA.kepada sesiapa yang berminat nak ikiut serta boleh singgah SINI sama-sama kita menyertainya.

ALASAN CHEWING GUM KENA BAN

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?"
Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi "Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?"
Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?"
PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje."
Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore"

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?


MALUNYA AKU


"Abang pakailah kemas-kemas sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya yang sungguh baik hati.
"Cantik isteri abang," Usin mencium pipi Liza yang lembut.

"Abang, , cepatlah siap,anak -anak tak sabar nak balik kampung,"Liza memberitahu suaminya.
"Yelah, Yelah,abang dah siap ni."

Liza tersenyum melihat suaminya melayan telatah anak-anak mereka yang comel dan manja.

" Dah lama kita tak balik kampung sekeluarga, Ye ?"

"Ahaaa, maklumlah abang kan sibuk. Baru kali dapat cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan kekampungnya mengambil masa lebih kurang 4 jam. Liza dan anak-anaknya terlelap.

"Tak Sabar rasanya nak sampai kampung," Usin berkata dalam hati.

Kerana ghairah Usin memandu dengan laju. Semakin lama semakin laju Dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar  sampai ke kampungnya. Dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. .  Dia terlupa sekejap pada anak dani sterinya yang sedang tidur.

", Kenapa bawa laju sangat ni?"  Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada-apa sayang, Rileks... Cepat sampai kampung nanti."

" Lambat tak apa... Jangan laju sangat bang, Liza takut." beritahu Liza kepada suaminya.

"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin memotong bas ekspres di depannya .
"Haaa... Kan, tengok. tak ada apa-apa berlaku?" Kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi

"Ha...  ada satu lagi bas ekspres. .". Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotongdan didepan ada sebuah lori besar..kemudian  BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana Liza mak ? Macammana dengan Liza mak ? Farah, Adi.... Mana anak-anak saya mak ?" Bertubi-Tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya.Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PAANNNGGG!!

 Usin  ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri ! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu La, tidur lagi senja-senja macam ni ! Dah ! Bangun pergi sembahyang !" Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin Tersengih Keseorangan. ! Malu Beb !!
 
p/s pandulah berhati-hati walaupun dalam mimpi...... Dipetik dari majalah UJANG.
   

 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved