3X SEHARI

on 17 Mei 2010

Pak Amit dan Mak Minah mempunyai 3 anak dara dan mereka telah melangsungkan perkahwinan secara serentak.

Pak Amit dan Mak Minah telah berpesan agar anak-anaknya jangan lupa untuk mengirimkan surat apa mereka pergi berbulan madu nanti. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu kemudian, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Beberapa hari kemudian mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....


 Setelah hampir dua bulan berlalu,barulah mereka  menerima sepucuk surat yang amat dinanti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."


SALAH SIAPA

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Dalam kejadian seperti diatas siapakah yang harus dipersalahkan.Kadang -kadang arahan atau suruhan yang kita berikan akan memberikan keputusan yang sebaliknya.Sepatutnya kita berfikir sebelum memberi atau menerima arahan.Kebolehan berfikir adalah anugerah yang istimewa diberikan oleh tuhan kepada kita manusia.Gunakan fikiran untuk kebaikkan bukan untuk kehancuran.Manusia yang paling dicintai Allah adalah orang yang hatinya bersih dan lisannya jujur.Sedangkan manusia yang di benci oleh Allah adalah orang yang suka bermusuhan dan bertengkar.

SEVEN ELEVEN

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

PECAH TINGKAP MASUK PENJARA

Suatu hari  Lily dan Mona sedang berbual di sebuah taman.Mona dalam keadaan sedih.Lily pun bertanya

Lily: "Mona, kau kelihatan  sedih kenapa?"

Mona: "Ayahku di tangkap dan di masukkan kedalam penjara."

Lily: "Kenapa?"

Mona: "Ayahku ditpenjara kerana pecahkan kaca tingkap..."

Lily: "Hah...pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?"

Mona: "Dia pecahkan tingkap kapal selam."

Lily: "Patut le..."

DUTCH LADY NAK BAGI DUIT

Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya tapi kena masuk peraduan dululah.Dutch Lady sedang rancak mengadakan promosi dan ada menganjurkan satu peraduan dengan slogan"Sebarkan kebaikkan susu".INI PELUANG SAMBIL MINUM BOLEH MASUK PERADUAN.
Seperti yang kita ketahui produk -produk berjama DUTCH LADY TELAH LAMA BERTAPAK DI NEGARA KITA dan kebaikkan serta khasiat keluaran jenama ini telah di ketahui umum.Kepada pengguna jangan lupa untuk memasuki peraduan ini serta SEBARKAN KEBAIKKAN SUSU khasnya keluaran jenama DUTCH LADY dan untuk keterangan lanjut boleh kunjungi www.dutchlady.com.my

ANMUM DAN IBU

'Anmum Celebrates Mums'  usaha yang bibuat oleh pihak  Anmum untuk menghargai ibu -ibu.Satu usaha untuk menghargai ibu-ibu yang menggunakan produknya dan produk Anmum memang berkhasiat .Anmum Materna telah digunakan semasa isteri aku mengandung terutama perisa vanilla dan kebetulan isteri aku seorang jururawat di Maternity center .Dia telah mendengar kebaikkan yang ada pada Anmum Materna dan juga telah di syorkan juga oleh mak mertua aku.
Semoga usaha -usaha dapat di teruskan dan akan merapatkan lagi hubungan antara Anmum dengan pengguna.ANMUM MATERNA akan terus di minum oleh isteri aku walaupun dia tidak mengandung. terdapat juga peraduan yang diadakan oleh pihak Anmum anda boleh kunjugi www.anmum.com/my untuk keterangan lanjut.ANMUM DAN IBU seperti tidak dapat di pisahkan.



NYANYI PELAN-PELAN

Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing.  Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer, sesuka hati dia jerit kat mak dia...

"mak..boboi nak kencing!!!".

Maka mak dia pun mencari jalan penyelesaian  sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pun kata kat Boboi,

"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pun mengangguk tanda faham.

Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya... "Nenek...Boboi nak nyanyi!!".

Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!", terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...

"Um..yerlah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."

TABIB TAHI AYAM

Ada dua orang sahabat yang sangat baik dan rapat ,satu berasal dari China dan satu lagi daripada Arab.Mereka berdua mempunyai bisnes dan hampir bankrup.Mereka berbincang dan bersepakat untuk mem buka perniagaan lain dan membuka kedai  bersebelahan.
Perniagaan mereka mendapat sambutan dan perasaan iri hatu mulai menguasai mereka.Si shensei memberikan potongan kepada sesiapa yang membeli ubat di kedainya dan si tabib Arab pula akan memulang duit 3 kali ganda kepada pesakit yang gagal sembuh.Maka ramailah orang mengunjungi kedai si tabib Arab dan si shensei merasa iri hati.
Dia pun membuat rancangan dengan menyamar sebagai pesakit kerana dia akan berpura-pura sakit dan berpura-pura tidak sembuh supaya dapat menuntut duit tiga kali ganda.Dia pun berkunjung kekedai  si tabib Arab,"haiyaa gua rasa gua mati laa ..sebab gua makan telan saja tak dapat rasa apa-apa...lu boleh tolong kaa,?
"Boleh nanti ana kasi ubatlah".Dia pun memanggil pembantunya "Hassan bawak ana ubat no 10 lah ,ana mau kasi ini pesakit lah," .Hasan pun mengulurkan ubat dan si tabib pun menyuruh si  shensei memakan ubat tadi."haiyaaa ini bukan ubat ini tahi ayam maa,lu banyak jahat kasi  gua tahi ayam." Si tabib itu pun berkata"Ente sudah baik lah sudah boleh rasa itu memang tahi ayam".Si shensei merasa kecewa dan pulang dengan hampa.
Keesokkan hari nya dia pun datang lagi dan menyamar sebagai pesakit lain."Lu boleh tolong sama gua kaa ,gua sudah tak ingat apa-apa, rasa mau mati lah,'tanya si shensei tadi."Boleh ,Hasaan ente bawak itu ubat no 10 semalam ,ana mau kasi ini orang tua sembuh lah,"Si tabib memanggil pembantunya."Gua tak mau itu ubat no 10 itu ubat tahi ayam,manyak pahit loo." si tabib itu berkata"ITU MACAM ENTE SUDAH SEMBUH,"


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved