SAYANG BINI

on 16 Mei 2010

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah kampung di Selatan tanah air. Pada pertengahan bulan Jun yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia 50an telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu amat mencintai isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat menjwab,

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafasnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau abang hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya tiap-tiap hari supaya rumput cepat tumbuh".


LAWAK DAN SINDIRAN

Kadang -kadang kita ada terbaca tulisan atau cerita lawak yang ringkas tetapi menghibur .Membaca tulisan yang humor ini boleh membuat kita berfikir dan tertawa sendiri. dengan lawak juga boleh memberi nasihat dan menyidir seperti tulisan humor ini:
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

walaupun nampak lawak tetapi penuh dengan sindiran.Orang yang terkena akan tertawa dan dalam masa yang sama terkena dengan sindiran.Hati tak malahan ketawa lagi.

LAWYER buruk

Saman yang dituduh di makhamah atas tuduhan mencuri.Dalam sesi pembelaan peguamnya telah berhujah"Kenapa dia patut di hukum,bukan Saman yang mencuri yang mencuri kan tangannya sepatutnya tangan nya sahaja yang patut di hukum."penguambelanya berhujah.
Hakim yang mengadili kes berasa geram dengan hujah bodoh peguambela Saman itu ,selepas mendengar hujah-hujah peguam dan pendakwa tadi hakim itu pun hendak menjatuhkan hukuman"Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak saya bersetuju yng tangan Saman sahaja yang patut di hukum,dengan ini saya menjatuhkan hukum penjara kepada tangan Saman selama 2 tahun dan terpulang kepada Saman untuk mengikut  tangannya atau tidak."kata Hakim yang berasa dia telah berjaya membuat peguambela Saman terkena dengan hujah bodohnya tadi.
Saman dan peguambelanya gembira dengan hukuman tadi dan meletakkan tangan palsunya diatas meja Hakim dan berlalu keluar.


TEMAN SEJATI

Ada tiga  orang sahabat telah terdampar disebuah pulau.akibat terlalu lama terdampar mereka menjadi akrab sehingga mereka mengangap diri mereka sebagai adi-beradik .Yang seorang berasal daripada Arab ,yang seorang berasal daripada India manakala seorang lagi berasal daripada China.
Pada suatu hari mereka telah terjumpa satu botol yang amat pelik ,siArab telah membuka penutupnya ,keluarlah seekor jin."Terima kasih tuan-tuan kerna telah menyelamatkan saya.Tuan -tuan boleh meminta apa saja tapi seorang satu sahaja,"Maka mereka pun berbincang dan siArab yang mula sekali meminta hajatnya ditunaikan"Ana sudah rindu sama anak,bini dan kampung ana,Ana rasa ana mau balik lah,"permintaannya pun ditunaikan,"Boleh ,kamu tan ucapkan selamat tinggal kepada kawan -kawan kamu"Tanya jin."Selamat tinggal kawan -kawan harap kita jumpa lagi,"lalu siArab pun hilang.
Kemudian giliran siIndia pula meminta hajat,"Saya sudah lama jugak tara balik,saya mau balik kampung sudah rinduu,"jin pun menghilang siIndia tadi sampai terlupa untuk mengucap selamat tinggal.SiCina  berasa amat sedih dan menangis kesedihan kerana kawan-kawannya telah pergi.
Jin itu bertanya "Apa yang kamu mau saya boleh bagi,"Si Cina itu berkata,"Gua manyak sedih sebab gua punya kawan sulah pergi jadi gua mau mintak lu kasi balik saya punya kawan-kawan latang sini balik,"Tiba kawan -kawannya tadi muncul semula.

LAWAK HARI GURU

"Kenapa karangan kamu sama sahaja dengan kawan kamu yang disebelah,kamu meniru,"tanya Cikgu Siti kepada anak muridnya."Kami tak tiru cikgu,kami cuma buat karangan mengenai kucing yang sama,"jawab murid itu dengan selamba.
"Kenapa kamu tak kemaskan rambut.kamu boleh mintak minyak rambut daripada bapa kamu,"tanya Cikgu Siti kepada murid yang rambutnya kusut tidak terurus."Bapa saya botak dia tak pakai minyak rambut cikgu."jawab murid itu.
Dirumah Abu dimarahi oleh bapanya kerana gagal dalam ujian matematik."Kenapa kamu gagal,ini kan senang saja,"tanya bapanya."Saya keliru ayah,cikgu cakap 4+2=6,3+3pun jawapan nya 6,5+1pun jawapannya sama ,saya tak tahu mana satu yang betul,"jawab Abu dan terus masuk dalam bilik.
Selamat  Hari Guru kepada semua guru.AL FATIHAH kepada Ustazah Saimah yang telah pergi ,jasa ustazah saya kenang sehingga ke hari ini tanpa dorongan ustazah saya mungkin tak kenal tulisan jawi,tak kenal Al Quran,


SANGGUP MAKAN DAGING MANUSIA

Cerita orang makan daging orang memang kerap  kita dengar tetapi alasan kenapa mereka membunuh dan memakan daging kadang -kadang tak masuk akal. Sebagai manusia yang waras , alasan yang di berikan sungguh dengkel cth; dia membunuh kerana bencikan emaknya yang membawa lelaki kerumahnya setelah kematian bapanya dan dia bercerai dengan isterinya serta membawa lari anaknya,kerana terlampau kecewa menyebabkan  dia berdendam dengan wanita.
Dendam yang teramat membuatkan kita manusia kadang -kadang tidak dapat berfikir dengan waras.Manusia perlu berfikir sebelum membuat sesuatu perkara dan ini yang membezakan kita dengan makhliuk yang lain.Oleh kerana itu ,manusia yang sabar dan pemaaf adalah manusia yang menang dalam melayari kehidupan di dunia dan di akhirat kerana tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved