BUDAK BERANI

on 15 Mei 2010

Amin seorang  yang amat pintar.Malahan dia seorang yang amat rajin bekerja.Setiap hari selepas bekerja Amin akan berehat di sebuah kawasan hutan berhampiran.Didalam hutan itu terdapat sebatang pokok kelapa yang amat tinggi dan mempunyai buah kelapa yang banyak.
Pada suatu hari Amin telah memanjat pokok kelapa itu untuk memetik buah nya kerana kehausan.Tiba-tiba dia terdengar satu suara seperti suara jin."Siapa yang berani memanjat pokok kelapa aku aaa,?Jin itu menjerit dengan suara yang amat kuat.Amin tidak peduli dan dia terus memanjat pokok kelapa itu."Kalau panjat keatas bapa mu akan mati,kalau kau turun bawah mak kau akan mati dan kalau terus juga panjat serta mengambil buah kelapa itu ,kedua-dua orang tua kau akan mati,"jin itu cuba mengugut Amin."Aku tak takut kau bunuh mereka berdua bunuhlah,"jerit Amin tanpa perasaan takut dan dia terus memetik buah kelapa tadi.Dia pun turun dan terus beredar.
Jin merasa hairan kenapa budak sekecil Amin tidak takut dengan gertakannya.Tiba-tiba lalu seorang lelaki dan jin itu bertanya"Kau kenal budak kecil bernama Amin''. 'Kenal kenapa? tanya lelaki itu."Aku cuba mengugut untuk membunuh kedua orang tuanya kalau dia berani memetik buah kelapa ini tapi dia tidak peduli dan terus memetik buah kelapa itu,"jin memberitahu lelaki itu."Patutlah dia berani diakan ANAK YATIM PIATU"jawab lelaki tadi dan terus beredar.

LESEN JUDI DIKELUARKAN UNTUK ELAK PENIPUAN

"Lagi pun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah,jadi kami cuba mengurangkan jenayah itu berlaku,"kata seorang ahli parlimen   http://www.malaysiakini.com/news/131861 demi untuk mempertahankan kerajaan kerana meluluskan lesen judi.
Beliau juga berkata wang cukai daripada pendapatan cukai boleh di gunakan untuk negara.Kenapa nak libat kami semua ni?Kami tak nak makan duit haram sebab kami tahu itu datang dari suber yang tak halal.Mula -mula untuk pembangunan sukan dan kali ini untuk rakyat .APAAA NIII????

MALAIKAT TAK KENAL WAJAH

Seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40an telah diserang sakit jantung dan telah di masukkan kehospital.Semasa dalam rawatan itu dia mengalami bermacam -macam peristiwa yang ganjil.Pada satu malam dia telah terlihat malaikat yang mencabut nyawa.Lalu dia bertanya kepada malaikat "Adakah saat kematian aku hampir tiba?""Tidak masa kematian kamu belum tiba...kamu ada masa 20 tahun lagi untuk hidup."jawab malaikat itu tadi.Wanita itu tersedar dan dia gembira di beri kesempatan untuk hidup..
Bila dia sudah sembuh ,dia bertekad untuk menjaga kesihatannya.Dia membuat penbedahan plastik merubah dirinya menjadi lebih cantik sesuai dengan janji malaikat yang tidak akan mencabut nyawa untuk 20 tahun lagi .Dia mewarnakan rambutnya dan dia benar -benar sudah berubah daripada dirinya yang asal. Selepas selesai menjalankan proses pengubahan,wanita itu berasa gembira dengan penampilan baru.Akibat terlalu gembira wanita itu dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu melintas jalan.Dia pun mati.Selepas lama lama dia mati dia terjumpa dengan malaikat yang hendak mencabut nyawa dahulu dan bertanya"Kenapa kamu cabut nyawa aku.Dulu semasa aku sakit jantung kamu kata aku boleh hidup 20 tahun lagi."
"MAAF waktu aku cabut nyawa kamu diwaktu kemalangan itu .,AKU DAH TAK KENALWAJAH KAMU."jawab malaikat itu.
p/s cuma lawak aje.Buat sesuatu yang berfaedah semasa hidup.


LIKE FATHER LIKE SON

Harun mempunyai anak yang sangat nakal.Bermacam-amacam cara dan nasihat telah di berikan.Namun anaknya tetap juga nakal.Pada suatu hari Harun melihat dirinya di cemin sambil mengusap rambutnya dan terjumpa beberapa helai uban di rambutnya,"Dah beruban lak aku ini mungkin aku terlalu memikirkan masaalah anak aku yang nakal,"hatinya berkata.Harun mendapat idea bagaimana dia hendak menasihatkan anak nya supaya tidak nakal lagi.Dia pun memanggil anaknya Man

Harun:"kau janganlah nakal lagi Man...kau tak kesian ayah ke,?

Man:   "kenapa ayah...Man kesian."jawabnya tanpa perasaan.

Harun:"setiapkali kau nakal ayah akan tumbuh uban..kau tengok kat kepala ayah ni kan dah ada uban.Makin   kau nakal makin banyak ayah tumbuh uban." dia berasa yakin dengan caranya ini.

Man:    "kalau macam tu ayah lagi nakal sebab rambut atok lagi banyak uban,"jawab Man dengan selamba




ALONG PROMOSI WORLD CUP..

Masa  dan peluang yang memang di tunggu -tunggu oleh ALONG -ALONG yang baik hati ini.Peluang mencari mangsa terbaru amat terbuka luas, lebih -lebih lagi lesen  pertaruhan bola telah di luluskan.Semakin ramailah bakal peminjam-peminjam mencari brother along ini untuk bertaruh.Yang untung brother along yang rugi siapa?Inilah sebenarnya yang patut di fikirkan oleh pihak yang meluluskan lesen ini.Gejala ceti haram ini pun masih tak selesai lagi ,tambah pulak dengan satu masaalah......Manalah pergi otak mereka yang cerdik ini?Janji untuk menghapuskan peminjam -peminjam haram pun belum di tunaikan.Cukupkah sekadar mengoyak poster yang di tampal oleh along-along ini.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved