TIPS MEMELIHARA BUKU

on 14 Mei 2010


Selama ini kita jarang mendengar orang menjaga atau menyimpan buku seperti mereka menyimpan barang yang berharga.Bagi masyarakat yang gemar membaca buku merupakan harta yang tidak ternilai.Di sni di berikan cara-cara masyarakat yang gemar membaca ini memelihara buku:
  • cuci tangan terlebih dahulu.Jangan pegang bukun dengan tangan yang kotor
  • sipan buku di rak.Jangan biarkan merata-rata
  • ada anak kecil atau kucing di rumah.Elakkan buku berada ditangan mereka kerana buku mungkin menjadi alat mainan mereka
  • jangan melipat sudut buku apabila berhenti di sesuatu halaman.Gunakan penanda buku
  • jangan membuat catatan di dalam buku dengan pen atau pensel sebaiknya stick notes
Walaupun nampak ringkas dan mudah ,berapa ramaikah diantara kita melakukan perkara diatas untuk memelihara buku agar jangka hayat nya panjang serta boleh di gunakan untuk generasi yang lain?

BULAN MEI

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab yang patut di laksanakan hari ini.Selepas solat ,cari makan untuk mengisi perut yang bergelora ni.Khutbah hari ini mengenai hari guru.Kita disuruh untuk menghormati guru dan yang paling penting mendoakan guru agar hidup dalam keberkatan Allah.
Hari buruh,hari ibu ,hari jururawat ,hari belia,hari guru dan bermacam-macam hari yang ada di dalam BULAN MEI ini untuk menghargai atau meraikan mereka-mereka yang sepatutnya di raikan.Dalam kita meraikan hari-hari ini,pernah kah terfikir apa yang telah kita buat untuk kemajuan diri kita.Adakah kita amanah menjalankan tugas kita?Adakah kita menjadi pekerja yang baik ,ibu yang bertanggungjawab,jururawat yang merawat pesakit yang banyak kerenah tanpa merasa bosan?Apakah kita menjadi belia yang dapat di harapkan oleh negara dan agama serta menjadi guru yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsanya?Semua bergantung kepada niat seseorang itu tadi serta amanah kepada perkerjaannya.
Bagi kita sebagai orang menghargai mereka pula adakah kita sekadar berterima kasih,mengucap sayang atau memberikan hadiah untuk meraikan mereka pada hari  itu sahaja?Bukankah sepatutnya kita menghargai mereka setiap masa bukan pada hari-hari tertentu sahaja.



BUNUH SETAN

Pada malam jumaat Ahmad mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh satu ustaz.Ustaz itu memberitahu bahawa setiap kali kita berhubungan (melakukan sex) kita akan membunuh syaitan.Selepas mendengar ceramah mereka pun pulang.Sampai dirumah mereka hendak tidur,"Bang ustaz itu kata kalau kita berhubungan kita akan membunuh syaitan"."Betuk tu jom kita bunuh syaitan lagipun inikan malam jumaat"."Jom".isterinya mengajak.Pada keesokkan harinya setelah makan malam isterinya pun berkata"Jom kita bunuh syaitan.Mereka membunuh syaitan hampir setiap hari.Pada hari  berikut isterinya mengajaknya lagi "Bang jom kita bunuh syaitan".Lalu Ahmad berkata"Kalau macamni hari-hari bukan syaitan mati kena bunuh tapi aku yang mati". 




GURU BELASAH MURID??

Seorang guru wanita telah membelasah  seorang murid lelaki yang berumur 13 tahun.Guru itu telah di pecat walupun telah meminta maaf.Kejadian ini berlaku bulan lalu dan berlaku kerana guru itu salah sangka.Beliau menyangka murid itu hendak memukul murid lain
Apapun sempena Hari Guru yang akan di sambut tidak lama lagi,kita  yang pernah di ajar oleh guru hendaklah menghargai jasa dan bakti yang telah di curahkan kepada kita.Sebagai pelajar hormatilah dan bersyukur kerana ada orang yang sanggup mendidik sehingga kita pandai membaca ,menulis serta menjadi orang yang berguna.


KAMI RELA DI RANTAI...

Ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju.Mereka kata ibubapa mereka  mengetahui cara pemulihan itu di jalankan dan pihak berkenaan juga telah di maklumkan.Bagi mereka yang terlibat mereka bersetuju dengan cara pemulihan ini kerana dengan cara ini mereka dapat mmemulihkan diri mereka .Dengan cara ini juga mereka dapat menahan sakit akibat ketagihan dadah yang menyebabkan kegilaan jiwa.
Apa cara sekalipun jika inilah cara agar mereka dapat menyembuhkan ketagihan mereka apa salah nya selagi mereka tidak di dera atau di pukul.Cara rawatan juga mempunyai berbagai -bagai kaedah seperti juga cara rawatan dalam dunia moden.Yang paling penting matlamatnya satu untuk sembuh. 
Bagi aku bukan 100% setuju kaedah rawatan sebegini tapi mereka yang terlibat mungkin rela demi untuk menyembuhkan ketagihan.Yang penting kita telah berusaha dan mungkin ini yang terbaik.

PROMOSI NERAKA

Adi  seorang penjahat telah mati di bunuh oleh polis.Lalu dia telah di humban ke neraka.Sampai di neraka dia melihat neraka sungguh cantik dan penuh dengan pohon-pohon yang hijau serta perempuan -perempuan yang sangat cantik dan tidak seperti neraka yang di dengarnya semasa hidup.Lalu syaitan pun datang," Sebentar Adi kamu belum boleh masuk neraka kerana kamu belum cukup jahat lagi,kamu pulang ke dunia dan jadi lebih jahat lagi."
Adi pun akur dengan cakap syaitan walaupun hatinya kecewa dan berkata dalam hatinya"Tak apa aku akan lebih jahat lagi dan yang pasti aku akan kembali lagi ke neraka ini.".Dia pun turun dan berbuat lebih jahat lagi .Dia membunuh sesiapa sahaja,merompak ,merogol dan semua kejahatan dia lakukan.Nasib nya malang dia mati di tembak olah polis tetapi Adi suka kerana dia akan kembali ke neraka.Sampai ke neraka Adi merasa pelik,keadaan di neraka tidak seperti dulu tiada perempuan yang cantik,tiada pohon-pohon yang hijau cuma ada api yang panas serta wap yang panas.Dia pun bertanya kepada syaitan ke,"Kenapa neraka tak seperti dulu yang cantik dan indah."Syaitan pun menjawab,"Masa tu BULAN PROMOSI UNTUK NERAKA,"sambil tersenyum. 

VAN JENAZAH

Abu menaiki sebuah teksi untuk pulang kerumahmya selepas menonton wayang yang habis pukul 11 mlm.Pemandu teksi berumur dalam lingkungan 50an dan kurang peramah.Abu yang duduk di bahagian belakang telah menepuk bahu pak cik tersebut untuk bertanyakan sesuatu.Pak cik itu sungguh terkejut sehingga hampir melanggar kereta di hadapannya dan pak cik itu pun memberhentikan teksinya di tepi jalan.Abu merasa hairan dengan  reaksi pak cik itu lalu bertanya."Kenapa pak cik terkejut tadi,saya minta maaf kerana buat pakcik terkejut,",Pak cik itu menjawab"Ini hari pertama pak cik bawa teksi dan anak merupakan penumpang yang pertama."."Ooo...dulu pak cik kerja apa?"tanya Abu lagi."Dulu pak cik bawa van jenazah." "Patutlah dia terkejut," hati kecil Abu berkata.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved