DIALOG YANG KITA NAK DENGAR..

on 13 Mei 2010

"SAYA sebagai PEMIMPIN akan tidak akan memberi lesen judi walaupun di paksa kerana saya telah berjanji akan menjaga hati dan perasaan rakyat MALAYSIA.Judi itu haram ,semua orang membenci judi terutama agama kita yang terang -terang mengharamkan judi.Judi juga membuat rakyat kita sanggup bergolok gadai dan membuat rakyat menderita.Negara kita negara Islam mana boleh ada pertaruhan judi.Kalau saya membenarkan mereka menjalankan dan memberi lesen saya yang akan menangung seksaan di akhirat kelak,takut saya.Judi ,arak,zina.membunuh ,fitnah itu semua benda haram,dengan ini saya tidak akan mengeluarkan lesen judi dan akan membenteras sehingga ke akar umbi.Saya harap rakyat akan terima keputusan ini,serta menyokong saya"
Kenapa tiada pemimpin negara kita yang sanggup mengeluarkan kenyataan begini.Adakah mereka tidak berani.Mana janji untuk berjuang demi bangsa ,agama dan negara.?

HARGA DIRI

Harga diri boleh diertikan sebagai penerimaan keatas apa yang ada pada diri sendiri seperti berpuas hati terhadap diri sendiri,menghormati diri dan merasa berharga.Mempunyai harga diri membuat seseorng itu berasa yakin pada diri sendiri.Malahan ada di antara kita yang merasa rendah diri di atas kekurangan tanpa melihat kelebihan yang kita ada.Sesetengah nya pula sampai sanggup membenci atau membunuh diri atas kekurangan tadi.
Dengan hanya memujuk hati supaya menerima diri seadanya akan menjadikan fikiran lebih terbuka menerima sebarang perubahan.Tiada satu makhluk tuhan dicipta hampir sempurna di dalam semua segi.Setiap manusia mempunyai kelemahan tersendiri.Mungkin kita tidak mempunyai rupa paras yang cantik tapi mempunyai kebolehan berbicara atau mempunyai keupayaan mengeluarkan pendapat.Dengan kelebihan ini kita di galakkan berusaha untuk memperbaiki serta berusaha menaikkan harga diri.Hargai kejayaan yang kita perolehi walaupun kecil kerana ini akan mendorong kita untuk melakukan perubahan.ELAKKAN daripada mengkritik diri atau menghukum diri apabila melakukan kesalahan tapi belajarlah daripada kesilapan kerana untuk memperbaiki diri akan menjalankan proses yang panjang dan mendatangkan hasil yang lumayan. 




PASTI MARI

Hari ini otak agak bercelaru ,entah apa yang di fikirkan.Semua idea yang hendak ditulis ,tersekat di tengah jalan.Cuba cari ilham tapi masih tak kunjung tiba.Aku renung je laptop ni..."Apa yang aku nak tulis ini,mana pi idea ni,".Akibat cuba memaksa diri untuk mengeluarkan sesuatu idea ,kepala jadi pusing.Panadol oh panadol mana kau.......yep relaks itu lagi bagus ,tenangkan fikiran...idea pasti maari.

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN

 Bila anda memiliki pasangan yang memiliki selera yang sama dengan anda, tentu hal ini patut disyukuri. Anda boleh menonton konsert, menonton wayang, atau makan di restoran, bersama-sama, kerana persamaan minat dan selera tadi. Namun kalau tidak ada persamaan, tak menjadi masalah. Ramai pasangan yang memiliki sifat yang tidak sama, atau selera yang jauh berbeza,masih dapat menjalani hubungan dengan harmoni
Bila anda sedang mencari pasangan, perlu anda ketahui bahawa persoalan minat atau selera bukanlah yang terpenting dalam soal hubungan.Dengan kata lain, bukan hal yang prinsip. Hubungan yang indah seringkali juga dibangun atas dasar perbezaan dan yang paling penting disamakan adalah misi, harapan, atau tujuan dalam hidup. Bila tak memiliki persamaan tujuan dalam hidup berumahtangga, boleh menyebabkan hubungan anda tak akan sejalan.

Oleh itu, tak perlu khuatir jika anda menyedari anda mempunyai banyak perbezaan dengan si dia kerana mempunyai persamaan misi atau tujuan mengharungi hidup berumahtangga adalah yang terpenting.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved