JAHIL ATAU....???

on 12 Mei 2010

Manusia diciptakan oleh Tuhan sebagai makhluk hidup yang paling sempurna, melebihi ciptaan Tuhan yang lain. Manusia terdiri dari jiwa dan raga yang dilengkapi dengan akal fikiran serta hawa nafsu. Tuhan menanamkan akal dan fikiran kepada manusia agar dapat digunakan untuk kebaikan mereka masing – masing dan untuk orang di sekitar mereka. Manusia diberikan hawa nafsu agar mampu tetap hidup di bumi ini.
Manusia diturunkan ke bumi oleh Tuhan agar dapat menjadi khalifah dan pemimpin. Menghuni bumi yang kita tinggal sekarang ini untuk meneruskan hidup sebelum kembali kepada-Nya. Salah satu hakikat manusia lainnya ialah manusia sebagai makhluk sosial, hidup bergandingan antara satu sama lain, berhubung dan saling 
kenal mengenal antara satu sama lain.Namun sekarang masih ada manusia yang di gelar pemimpin masih sanggup melihat rakyat yang di pimpinnya rosak kehidupan kerana terikat dengan nafsu serakah mereka sendiri.Mereka hanya mencari untung ,laba untuk kocek mereka sendiri tanpa memperdulikan dosa dan pahala sehingga terlupa adanya hari pembalasan atas perbuatan mereka .
Ingat siapakah yang akan mula atau yang pertama dipersoalkan  di hari kemudian kelak.bukankah pemimpin.Bawalah rakyat yang kita pimpin kejalan yang benar bukan kejalan yang memuaskan nafsu semata-mata.Amanah dengan harapan yang di berikan oleh rakyat kepada kamu dan jangan sekali-kali cuba memperlekehkan hukum tuhan semata-mata untuk dunia yang di berikan pinjam untuk sementara.Adakah mereka jahil atau buat-buat jahil?
p/s kecewa dengan sikap pemimpin hari ini dan teramat-amat kecewa.


BERJAYA akhrinya berjaya

Akhirnya BERJAYA GROUP  berjaya mendapatkan lesen judi boleh sepak piala dunia.Ini di nyatakan didalam suratkhabar Sin Chew Jit Poh yang Menteri Kewangaan telah meluluskan lesen pertaruhan itu.
Maka bermulalah episod pertaruhan judi yang haram menjadi halal setelah di berikan lesen.Syarat yang diberikan ialah tidak membenarkan oran Islam menyertai pertaruhan.Syarat ini juga lah yang dikenakan kepada pusat-pusat no ekor.Adakah dengan syarat sebegini orang Islam tidak akan menyertai pertaruhan ini?Satu episod yang malang bagi negara kita..INIKAH BALASAN YANG KITA TERIMA DARIPADA ORANG YANG KITA BERIKAN TANGGUNGJAWAB.Mana pergi ahli-ahli agama?Mengapa tak di berikan nasihat,tunjukkan yang mana  halal dan yang mana haram kalau mereka tak tahu?Amanahlah dengan ilmu kamu........SEDIH NEGARA KU MALAYSIA JADI BEGINI......


DI MANA TUHAN??

Sepasang suami isteri mempunyai dua orang anak yang berusia 10thn dan 8thn.Kedua-dua anaknya memang terkenal dengan kenakalannnya.,sehingga mereka berdua tak tahu berbuat apa lagi.Ada seorang penduduk kampung menasihatkannya berjumpa dengan seorang pak ustaz untuk memberi nasihat kepada anak-anaknya yang terlampau nakal.Ustaz itu memang terkenal dan telah berjaya menasihati anak-anak yang nakal .Suami isteri itu pun berjumpa dengan ustaz itu dan menceritakan masaalah yang di hadapinya.Ustaz itu bersetuju dan cuba memberikan nasihat kepada kedua-dua anaknya.Ustaz itu memanggil anaknya kecil terlebih dahulu,"Nak, DI MANA TUHAN?tanya ustaz itu tadi dengan suara seperti berbisik.Budak diam buat selamba sahaja.Di ulang lagi dengan suara yang agak tinggi sedikit,"Nak DI MANA TUHAN? tapi budak tu masih buat tak tahu sambil tangan nya menggorek telinga.Ustaz itu mula marah dan bertanya lagi dengan nada suara yang amat tinggi,"Nak ,DI MANA TUHAN?..budak tadi itu pun melarikan diri kebiliknya dalam keadaan ketakutan.Abangnya pun mengekorinya dan cuba bertanya kenapa adik nya melarikan diri,"Kenapa  adik,"lalu adiknya menjawab,"Kita ada masaalah besar bang,Tuhan hilang ,kita di tuduh mencurinya,"

p/s ini cuma untuk hiburan semata-mata dan yang pasti tuhan itu memang wujud dan maha mengetahui.

LADIES FIRST

Ali disuruh mencari tiga perkataan didalam bahasa inggeris oleh guru dan akan disoal didalam kelas pada hari esok.Ali kebinggungan macamana nak cari.Sewaktu Ali sedang menunggu bas hendak balik kerumahnya,dia terlihat ada pasang kekasih sedang bertengkar.Ali terdengar lelaki itu menjerit"SHUT UP".Sampai dirumah Ali bertanya kepada emaknya"SHUT UP" itu bahasa inggeris ke,?"."Ye ,"jawab emaknya.Ali lega sudah dapat satu perkataan.
Selepas makan Ali menonton kartun cerita "SUPERMAN".Dia bertanya lagi pada emaknya"SUPERMAN itu bahasa inggeris mak,""Ye," jawab emaknya lagi.Ali bertambah lega kerana sudah dapat dua perkataan dalam bahasa inggeris.Pada malam hari sewaktu hendak ke toilet AIi melihat bapa dan emaknya berebut-rebut hendak ke toilet juga."LADIES FIRST,'Kata bapa Ali kepada emaknya."LADIES FIRST tu bahasa inggeris ke ayah."Yep,'jawab bapanya.Hati Ali terus rasa lega kerana sudah dapat tiga perkataan didalam bahasa inggeris.
Esoknya di sekolah;
Guru:"Ok boy,did you get the words?
Murid;'Yes teacher,'jawab ramai-ramai
Guru:"What is your first word ,Ali,"
Ali:"SHUT UP ,"
Guru:"Whatdid you say,?Are you mad?Who you think you are?
Ali:"SUPERMAN!!!"
Guru:"urgggh..Get out from this class."
Ali:'LADIES FIRST!!!,thank you.




SALAH NASIHAT

Ahmad yang telah lama menduda ingin membina rumahtangga yang baru.Dia merasa was-was untuk berkahwin kembali lalu mencari seorang doktar puan untuk menceritakan masaalahnya."Doktar saya dah lama menduda kerana saya hidup lama di penjara,saya ingin mengetahui apa yang patut saya lakukan pada malam pertama perkahwinan saya"tanya Ahmad yang dalam kebinggungan.Doktor itu pun menjawab"Kamu kan ada pengalaman yang dulu,bagaimana yang kamu lakukan pada bekas isteri kamu yang dulu,macamtu jugak kamu buat kepada isteri kamu yang baru,"."Doktor pasti dengan idea doktor,"tanya Ahmad."YA PASTI,"jawab doktor.

Sehari selepas hari perkahwinan Ahmad,doktor yang memberi nasihat kepadanya terkejut kerana Ahmad telah ditangkap kerana membunuh isterinya.Doktor itu pun melawat Ahmad di penjara dan menanyakan "Kenapa kamu bunuh isteri kamu?"."Saya mengikut saranan doktor,dulu semasa saya baru kahwin,di malam pertama saya pukul dan saya aniaya bini saya sampai meninggal sebab itu saya dipenjara,"jawab Ahmad selamba."Lain kali kau jangan mintak nasihat aku,"doktor itu pun beredar.




Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved