TUA TAPI MESRA

on 11 Mei 2010

Halim sedang memerhatikan dengan asyik gelagat sepasang suami isteri yang agak tua sedang membahagikan makanan yang telah di pesannya,Kentang goreng nya dibahagikannya sama rata,air coke juga dibahagikannya sama rata,burger yang dipesan juga dibelah untuk dibahagikan sama rata.Halim merasa terpegun melihat kemesraan pasang suami isteri,"Dah tua-tua pun masih mesra lagi,sayang menyayangi dan sanggup membahagikan makanan,Ini patut dijadikan contoh ni,"hati kecil Halim berkata-kata.
Si suami pun memakan bahagiannya sambil diperhatikan oleh isterinya.Halim merasa hairan kenapa isterinya masih tidak menjamah bahagiannya tadi.Di lihat dan diperhatikan si isteri masih lagi melihat suaminya makan sehingga selesai bahagiannya.Suami mengelap mulutnya dengan tisu selepas selesai menjamah makanannya tetapi isterinya masih lagi memerhatikan makananya tanpa menjamah.Halim merasa kesian lalu bangun dan menuju kemeja pasangan suami isteri tadi."Nek biar saya belikan makanan yang lain mungkin nenek tak suka,"pelawa Halim."Terima kasih cu nenek suka makanan ini,"jawab nenek tadi."Kenapa nenek masih tak jamah mkanan ni lagi."tanya Halim lagi.
"NENEK SEDANG TUNGGU GIGI PALSU ATOK,SEBAB KAMIKAN  BERKONGSI APA SAJA KAT DUNIA NI,"




MENEBUS KESALAHAN

Manusia dan kesalahan seperti tidak dapat dipisahkan.Sengaja ataupun tidak pasti akan mengalaminya.Saya,kamu anda pernah mengalaminya baik kesalahan yang kecil mahu pun yang besar.Cara dan bagaimana menebus kesalahan itu yang berbeza.Ada yang menebus kesalahannya dengan sekadar minta maaf TAPI cukupkah dengan meminta maaf maka kita rasa sudah cukup menebus kesalahan kita.Sebagai contoh kita melanggar orang yang sedang berjalan,lalu dia jatuh ,bajunya koyak,tangannya luka,adakah cukup dengan sekadar minta maaf?Pasti tidak cukupkan sekadar minta maaf kita hantarnya ke klinik ataupun ke hospital.Segala kos rawatan nya kita tanggung,lepas itu kita hantar nya balik rumah,jumpa keluarganya ,barulah kita meminta maaf.Dengan cara ini barulah rasa puas kita menebus kesalahan yang kita lakukan.Semua orang akan marah bila kita lewat sampai ketempat yang kita janjikan,lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayang.Cukupkah dengan sekadar meminta maaf?Walaupun bermacam alasan yang kita beri salah tetap salah dan untuk menebus kesalahan apalah salahnya kalau kita berikan bunga ,baru kemudian kita minta maaf.Dengan yang perasaan marah kerana menunggu lama dengan sendirinya akan reda.
Rasullullah semasa dipenhujung hayatnya pernah memberitahu sahabatnya"apabila ada kesalahan yang aku lakukan kepada kamu,wahai sahabat.Baik yang sengaja atau pun tidak,beritahulah.Akan ku tebus kesalahan itu dengan hukuman yang se patut aku terima,"Bukankah cukup sekadar Rasullullah meminta maaf,nescaya sahabatnya akan memaafkannya tetapi kenapa tidak.INILAH SIKAP YANG HENDAK DI TUNJUKKAN KEPADA KITA UMATNYA AGAR SEDIA MENERIMA SEGALA HUKUMAN BAGI SETIAP KESALAHAN YANG DILAKUKAN.Bukan kah dengan cara ini lebih baik daripada sekadar meminta maaf.

CARA KREATIF UNTUK MENGGEMIS

                                              
                     Inilah cara-cara mengemis di luar negara
                                                  
                      sebenarnya mereka memang kreatif
                                                  
                              malah lebih kreatif daripada kita
                                              
                      idea itu amat penting untuk mencari wang
waluapun terpaksa membuat muka sepuluhsen.Pengemis-pengemis di negara kita pastikan cari cara yang lebih kreatif untuk mengemis dan jangan hanya menggunakan ayat yang lapok seperti"Abang boleh tolong saya tak.Saya tak ada duit,mak saya sakit,saya nak balik kampung tak cukup duit,"tapi sebenarnya gunakanlah bakat dan kreatif anda yntuk mencari pekerjaan yang lebih baik.SESUNGGUHNYA TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA YANG MENERIMA.


GUNAKAN OTAK

Manusia dan haiwan dua kejadian tuhan yang sangat berbeza.Yang satu satu diberikan akal dan fikiran.Manakala yang satu tanpa ada akal dan firiran.Akal dan fikiran itulah yang menyebabkan manusia adalah makhluk ciptaannya yang sempurna.Manusia juga terlupa bahawa akal dan fikiran juga boleh menyebabkan kita bertindak seperti haiwan.Manusia yang maju fikiran dan akalnya sanggup mencipta sesuatu untuk memusnahkan musuhnya.Manusia yang berakal juga kadang-kadang sanggup membunuh untuk menutup kesalahannya seperti membuang bayi.Sebagai makhluk yang diberikan akal dan fikiran ,kita manusia bertindak setelah memikirkan baik dan buruknya,tidak seperti haiwan yang bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu memikirkan kesannya.Akal dan firkiran jika jika dengan betul akan meyebabkan kejadian seperti bunuh isteri kerana cemburu,pukul isteri kerana tak dapat melakukan hubungan kelamin,tinggal berdua sebelum kahwin sehinnga melahirkan anak luar nikah dapat di elakkan.BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK ADALAH CARANYA, BERTINDAK SEBELUM BERFIKIR PASTI MENGUNDANG BAHAYA

JANGAN FIKIR DIRI SENDIRI

Kenapa masih ada syarikat @company yang masih menetapkan syarat mesti pandai berbahasa mandarin sebagai syarat untuk memohon pekerjaan di syarikat mereka?Adakah mereka yang tak pandai berbahasa mandarin tidak tahu membuat kerja?Tidakkah nanti semua perkejaan didalam syarikat yang meletakkan syarat begini akan di kuasai oleh satu kaum sahaja.Belajar menguasai bahasa lain mungkin satu kelebihan tetapi berapa ramaikah yang mampu untuk mempelajari bahasa lain?Syarat-syarat seperti ini sebenarnya tidak mencermin kan yang kita menghormati bahasa kebangsaan kita sendiri.Syarat seperti ini juga menafikan hak bagi kaum lain untuk mendapatkan pekerjaan.Walaupun tidak ada undang-undang yang melarang syarikat meletakkan syarat seperti ini,namun janganlah di ambil kesempatan.INI JUGA MERUGIKAN KERANA RAMAI GRADUAN YANG BERPOTENSI YANG DATANG DARIPADA KAUM YANG LAIN.MUNGKIN LEBIH BAGUS DARIPADA KAUM KITA SENDIRI.Sebenarnya dengan hanya meletakkan syarat pandai berbahasa inggeris sudah cukup dan tak payah di letakkan syarat-syarat yang merugikan.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved