MAN U JUARA?????

on 09 Mei 2010



BOLEHKAH MAN U JADI JUARA LIGA????INI  yang aku nak saksikan malamni ..favarouite team mainlah katakan ....fans...jangan lupa malam ni....Dalam kertas memang tak ada can...atas padang belum tahu....bola itu bulat,kalau bola lonjong itu bola ragbi namanya...ape-ape pun MAN U PASTI BOLEH............LEPAS HABIS BOLA KITA SUPPORT PULAK TEAM BADMINTON PULAK...PASTIKAN MEREKA BOLEH RAMPAS PIALA THOMAS .....DAH LAMA SANGAT TAK JADI JUARA..    .KITA DOAKAN BERSAMA...MALAYSIA BOLEH MALAYSIA BOLEH..........................................................................................................................





PESAING YANG BAIK

Dunia blog sudah menjadi satu dunia perniagaan.Masing -masing berlumba untuk memasarkan produk mereka.Pelbagai strategi diatur,pelbagai cara digunakan untuk melariskan barangan mereka.Strategi yang tepat akan mendapatkan pulangan yang amat lumayan.Kita boleh bersaing tapi gunakanlah dengan cara yang sihat.Kalau kita rasa produk kita bagus terangkan kerana apa produk kita bagus tanpa memperkecilkan atau memperburukkan produk orang lain.Strategi yang persaing kita gunakan itu bagus apa salah nya kita ikut tanpa kita burukkanya.MALAHAN kita boleh buat yang lebih baik daripada pesaing kita.........bagi aku kalau boleh aku tak nak ada perasaan yang tidak suka melihat orang lain berjaya kerana aku sudah merasa apabila di kita cuba dijatuhkan oleh pesaing kita dengan cara yang tidak sihat..dibomohlah...difitnahlah...macam-macam lagi.BERSAING BOLEH BERSAING TAPI GUNAKANLAH CARA YANG SIHAT.
 

MASIH ADAKAH?

Masih adakah anak- anak yang sanggup menjaga ibu bapanya sehingga ke akhir hayatnya?Masih adakah anak-anak yang tidak mengeluarkan perkataan'aah' atau 'tak nak'apabila disuruh oleh ibu bapanya?Masih adakah anak-anak yang tidak menggunakan tangan kirinya apabila memberikan @menghulurkan sesuatu kepada ibubapa nya?Masih adakah anak-anak yang mendoakan ibubapanya semasa hidup dan matinya?Masih adakah anak-anak yang tidak membezakan kasih sayang antara ibubapanya dan mentuanya?Masih adakah anak-anak yang sanggup mendukung atau menjaga ibubapanya yang sakit kebilik air?Masih adakah anak-anak  yang menanyakan khabar ibubapanya di kampung walaupun untuk seminggu sekali?Masih adakah anak-anak yang memikirkan kesusahan ibunya semasa mengandungkannnya serta keperihan bapanya membesarkannya?Masih adakah anak-anak yang selalu memberikan wang kepada ibubapanya tanpa disuruh?.....................
Mungkin masih ada..mungkin masih ramai yang mengasihi kedua ibubapanya...tapi hakikatnya apa yang kita lihat hari ini makin ramai anak-anak yang melupakan tanggung jawab kepada kedua orang tua nya.Mereka sanggup menghantar ibubapanya yang tua ke pusat penjagaan orang tua dengan alasan tiada masa nak menjaga atau di pusat penjagaan lebih terurus.Mereka sanggup memukul ibubapa mereka jika keinginan mereka tidak di penuhi...........
Dengan kisah atau kejadian yang terpampang di dada akhbar..MASIH ADAKAH JAMINAN YANG ANAK-ANAK KITA TIDAK AKAN MEMPERLAKUKAN KITA SEDEMIKIAN???DENGAN DI KELILINGI BERMACAM-MACAM BUDAYA DAN CORAK KEHIDUPAN ,MASIH ADAKAH NANTI???





BUDAYA SETAHUN SEKALI

"Baba tak cari hadiah untuk ibu,baba tak nak belanja ibu makan?"anak aku tanya "Cari hadiah...belanja makan untuk apa?"saja aku tanya anak aku"Harikan hari ibu ,kita belilah ibu hadiah dan belanja ibu makan,"...."O.k,hari ni aje ke hari -hari lain tak boleh ke?"aku tanya dia."TAK BOLEH,sebab hari ibu hari ni saje"dia jawab...dalam hati aku berfikir kalau macam ni fikiran anak aku rosak masa depan nya kerana dia akan menghargai ibu bapanya setahun sekali iaitu pada hari tertentu saja.KALAU DIA BUAT SALAH DIA AKAN MINTAK MAAF PADA HARI RAYA SAHAJA ,ALASANNYA HARI MINTAK MAAF HARI RAYA SAHAJA.Dia akan berterima kasih pada gurunya pada HARI GURU SAHAJA.AKU nasihatkan anakku jangan amalkan budaya setahun sekali NI.Kita harus menghargai orang yang kita sayang setiap masa,sehinnga ke akhir hayat.Berterima kasih pada guru setiap kali lepas kita belajar,jangan pada hari guru sahaja.Minta maaf bila kita melakukan kesalahan jangan pada hri raya saja.Hargai jasa ibu bukan hanya pada hari ibu sahaja tapi setiap masa.MALAH DALAM AGAMA KITA KITA DIGALAKKAN MENDOAKAN IBUBAPA KITA SETIAP MASA WALAUPUN MEREKA SUDAH TIADA....AKU BERHARAP AGAR ANAKKU AKAN MENGHARGAI SESIAPA SAHAJA SETIAP MASA BUKAN SETAHUN  SEKALI kerana ini bukan budaya atau tuntutan yang diajar oleh agama kita

TAK TAHU.... BELAJARLAH!

Semalam hari yang buat aku tension kerana internet line problem dan tak dapat buat entri yang baru.Aku rasa macam tak sedap atau tak lengkap kalau tak dapat buat entri baru,macam dah gian gitu.INILAH RUPANYA PENANGAN KALAU DAH GILA DENGAN BERBLOG NI...LAIN TAK DAPAT TAK PE...JANGAN YANG NI....kadang-kadang tak makan pun tak ape...Walaupun apa yang kita tulis bukanlah bagus sangat tapi kerana gian tadi kita tulis saje...janji dapat buat entri baru.
"Apa benda yang kau tulis Eddie,dengan bahasa tunggang langgang,nahu tah kemana,tatabahasa terabur,buatlah elok -elok sikit,"member-member aku komen tentang semua entri-entri aku."Aku tulis ape yang terjadi ,ape yang aku baca,ape yang aku dengar...soal nahu ,tatabahasa bukan aku reti sangat,"aku jawab."Tak reti itulah kau kena belajar,baru kau boleh maju,"member aku bagi nasihat.BILA DIFIKIRKAN SIKAP KITA YANG MALAS NAK BELAJAR,MALAS NAK AMBIL TAHU ATAU TIDAK PEDULI AKAN MEMBUAT KITA KETINGGALAN....TERIMA KASIH ATAS NASIHAT WAHAI KAWAN-KAWAN KU

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved