Ahmad seorang kerani pejabat yang baru berjinak -jinak berbahasa inggeris dan perkataan yang pertama yang dia baru belajar ialah ok never mind, thank you ,one ,two ,three ,four ,five ,six dan seven sahaja.
Nak di jadikan cerita pada satu ketika dia tergesa-gesa pergi kerja dia telah terlanggar seorang mat salleh.Habis berterabur barang yang dia bawak.Mat salleh tu pun membantunya sambil berkata,
mat salleh : "Oh i'm sorry,"
Ahmad : "OK ,never mind,Thank you,"
mat salleh ; 'Thank you ,too,"
Ahmad : (....hmmm. lepas two mesti three) dalam hatinya lalu berkata. "Thank you, three,"
mat salleh : (...merasa hairan)" What for,"
Ahmad ; (lepas four ....five) "Ok..thank you five,"
mat salleh ; (makin kebinggungan....)"Are you sick?" tanyanya lagi
Ahmad ;(alamak lepas six...seven lepas tu aku tak tau).Dia pun mencapai barangnya dengan tergesa-gesa sambil berkata "Thank you...seven..." dan terus pergi.