Ambil senapang bapa tembak dada adik

on 30 November 2010

Kesian adiknya baru berusia 3 tahun.Abangnya mengambil
senapang bapanya lalu menembak dada adiknya.Macamana 
bapanya menyimpan senapang tu sehinggakan anaknya boleh capai senjata tu....
baca laporan yang saya petik dari myMetro..

RIYADH: Polis daerah Asir masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca bagaimana seorang budak lelaki berusia sembilan tahun boleh mengambil senapang bapanya dan menembak dada adiknya yang baru berusia tiga tahun.

Jurucakap polis Asir, Abdullah al-Qarni, semalam berkata mangsa dikejarkan ke hospital dan masih diberikan rawatan rapi.

Katanya, orang ramai yang memiliki senjata api mesti memastikan ia hanya disimpan di tempat selamat bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.“Pastikan ia tidak dapat dicapai kanak-kanak,” katanya.

Sehingga semalam, katanya, polis masih menjalankan siasatan terhadap insiden itu."Tindakan lanjut hanya akan diambil selepas siasatan itu disiapkan,” katanya.

 Pada 2009, Arab Saudi mula mengeluarkan lesen kepada ahli perniagaan untuk membuka kedai menjual senjata api sebagai langkah kerajaan mengehadkan jumlah pemilikan senjata di negara itu.

Menurut undang-undang, jika berlaku kecuaian membabitkan senjata api itu, pemiliknya boleh dikenakan denda hampir RM5,000 atau penjara sehingga setahun.

Kerajaan juga mengenakan syarat tertentu bagi mana-mana pihak yang ingin memiliki senjata api. Pemohon mestilah berusia sekurang-kurangnya 21 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah dan waras.

Peniaga pula mesti berusia sekurang-kurangnya 25 tahun dan memiliki modal RM500,000.

Penjualan dan pembelian senjata api tanpa lesen boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda hampir RM7,000.Difahamkan, pada 2009, seramai 1,091 warga Arab Saudi memiliki senjata api. 

Lebih suku juta pageview sebulan,Terima kasih Ben Ashaari

on 29 November 2010

ini prestasi blog borakkosong.com minggu lepas

yang prestasi bulan lepas..dapat pageview
lebih daripada suku juta...

Inilah kelebihan jika kita selalu mengupdate blog.Pada mula berblog aku tak percaya semua ini sehingga aku dapat seseorang yang mengajar aku berblog.Kami berchat melalui YM sahaja tapi kemesraan macam sudah jumpa di alam nyata.Orang tak kedekut dengan ilmu, senang di ajak berbicara dan mudah memberi tunjuk ajar. Orang yang aku maksudkan tak lain tak bukan BEN ASHAARI.

Pertama kali aku join segmen jelajahnya...dia memberi komen tentang blog aku ini dan secara personal dia memberi tunjuk ajar kepada aku.Aku tak percaya betul Ben boleh buat entri sampai 20 entri.Dia memberi jaminan agar kita percaya kepada diri sendiri dan hasilnya aku juga mampu membuat entri sampai 20 entri kadang-kadang lebih untuk satu hari.

Dan nasihatnya yang paling penting buat pelan-pelan,jangan terlampau kejar.Orang boleh buat kita juga boleh buat.Sempena hari jadi lu bro gua ucapkan SELAMAT HARI JADI










Kepada blogger baru tak rugi kalau ko orang berguru dengan BEN ASHAARI ni.Tak caya ko orang boleh cuba.

THANKS YOU SIFU

BERANI MATI : BLOG AKU BEST!

BLOG BORAKKOSONG.COM....blog yang menjadi kebanggaan aku sekarang.Kenapa??? Daripada kosong sekarang Alhamdulilah blog ini dah mula dikenali ramai.Aku sendiri tidak percaya aku mampu menjadikan blog ini sebegini rupa.Daripada berserabut dah mennjadi cantik...(cantik ke?) puji diri sendiri pulak.......
Apa yang pasti inilah sekarang yang menjadi kebanggan aku sekarang kerana dapat berkongsi dengan ramai pembaca dan bersantai didalam blog aku.Sesuai dengan tag SANTAI..BORAK APE SAJE

Aku ketegorikan blog ini sebagi blog info walaupun  tercalon dalam blog lawak kat blog pilihan Malaysia.Blog lawak pun boleh jugak ..hahaha.Usia blog ini belum setahun jagung (agak-agak 9 bulan gitu).

Tujuan utama blog ini adalah untuk, berkongsi maklumat dan bahan kepada kawan-kawan atau sahabat pembaca.DENGAN INI DAPAT MEMERIAHKAN LAGI DUNIA BLOG.Bestnya blog aku mungkin terletakknya pada entri-entrinya yang ringkas dan bersahaja.

Mulai tahun hadapan aku mensasarkan sekurang-kurang 2000 uv sehari.Kenapa aku mensasarkan begitu tinggi kerana kau ingin mencabar kemampuan aku berblog.

Nina's Collections bagi barang free

on 28 November 2010


Sempena perasmian pembukaan Nina's Collections,

pihak kami akan mengadakan 'Nina's Collections Giveaway'

Hadiahnya cukup lumayan!!!
Rugi siapa tak join... hihi...





SYARAT PENYERTAAN



1. follow blog nina's collections dan loveninasyakina



2. copy Banner di atas, paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog anda



3. buat satu entry tentang NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog anda,

buat entry pasal GA sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu



4. tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway ini



5. Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)

dan rakan Bloggers yang aku nak tag ialah...






~~~

mudah je kan?

memang mudah..dan lebih mudah pasal dapat barang 
free....

dan 


Nak Tahu Hadiah Apa? KLIK SINI
dan KLIK SINI

wahhh!!! ada hadiah tambahan!!! hadiah misteri!!!
nak tahu bagaimana nak menang hadiah misteri?

KLIK SINI

Pemenang Bertuah akan dipilih oleh
juri2 Profesional dari pihak kami

dan Hadiah adalah cukup menarik dan lumayan,
kalau korang tak join, sangat2 rugi... huhu

aku bagi bau hadiahnya sikit

tarikh tutup 1 Disember

[Video]Awek diperkosa didepan mata


rupanya iklan pasal tayar....macam-macam idea direka untuk 
menarik perhatian orang ramai....


Diraba kerana pelapik seluar dalam

Ini menyebabkan ramai orang marah kerana merejka mendakwa
pegawai-pegawai itu mengambil kesempatan....



NEW YORK – Seorang penumpang wanita mendakwa dia trauma selepas tangan-tangan kasar beberapa pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) meraba bahagian sulitnya ketika menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Peraturan di AS yang dikuatkuasakan oleh TSA mewajibkan setiap penumpang menjalani pemeriksaan mesin imbasan sinar-X yang ‘membogelkan’ mereka bagi mengesan senjata dan bahan letupan tersembunyi sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Wanita itu yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, dia diarah menjalani pemeriksaan badan setelah mesin pengimbas sinar-X di lapangan terbang berkenaan mengesan pelapik seluar dalam yang dipakainya sebagai mencurigakan baru-baru ini.

“Saya menangis selepas itu kerana ia mengembalikan memori tragis serangan seks yang berlaku ke atas diri saya beberapa tahun lalu,” katan wanita itu-

Bapa terima bil RM1,235 kerana facebook

on 27 November 2010

Ini semua gara-gara facebook....Ibubapa perlu mengawasi anak
mereka sebab mereka tidak tahu apa-apa.Nanti yang
menyesal kita sebagai ibubapa.....

BIRMINGHAM - Keasyikan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun melayari permainan di laman sosial Facebook selama satu jam menyebabkan ibu bapanya menerima bil berjumlah £250 (RM1,235), lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu, Megan Fox meminta kebenaran ibu bapanya untuk bermain permainan maya Petville di Facebook yang membolehkan pengguna membeli pakaian dan perabot maya untuk haiwan peliharaan maya mereka.

Ekoran bapanya Matthew, 35, terlupa untuk menutup maklumat akaun pembayaran Paypal di Internetnya, dia telah menerima tuntutan bil akaun melalui e-mel bagi sesi permainan maya Megan.

Matthew dan isterinya, Dawan, 33, bertindak membuat rayuan kepada pihak pengurusan Facebook dan PayPal untuk menuntut semula bayaran tersebut namun gagal.

"Sepanjang dia bermain, kami tidak sedar dia sebenarnya sedang membelanjakan wang," kata Matthew.-kosmo online

Guna kad mainan keluarkan duit sebanyaK RM1.6 juta

on 26 November 2010

Dengan kad mainan sahaja dah boleh keluarkan duit.....
Nampaknya kecanggihan teknologi belum boleh mengalahkan kepintran
manusia...Perkara ini hanya dilakukan oleh remaja...



TAIF: Polis Taif menahan empat remaja kerana didakwa mencuri 2 juta riyal (RM1.6 juta) daripada mesin teler automatik (ATM) menggunakan kad permainan yang sama seperti kad bank, kata pihak berkuasa.

Seorang daripada remaja berkenaan mendapatkan kad permainan itu di sebuah pusat beli-belah di Taif dan kebetulan dia dapat menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang yang sama jumlahnya dikeluarkan pelanggan terakhir menggunakan mesin itu. Pada mulanya, ketua kumpulan remaja terbabit menggunakan kad itu untuk mengeluarkan 800 riyal (RM667) dan kemudian mereka dapat mengeluarkan sebanyak 2 juta riyal (RM1.6 juta) dalam tempoh dua tahun.-myMetro

Atuk tangkap ikan seberat 219.59 kg

on 24 November 2010


Seorang pemancing berusia 70 tahun, Gunther Hansel berjaya memancing ikan halibut seberat 219.59 kilogram (kg) di Fjord Barat, Iceland.

Hansel yang berasal dari Jerman kemudiannya menjual ikan itu pada harga £2,500 (RM12,445) apabila kapalnya tiba di pelabuhan.Dia memerlukan bantuan daripada lima orang untuk mengangkat ikan sepanjang 2.49 meter itu ke atas kapal.Hansel menggunakan joran seberat 30kg semasa memancing ikan itu.

Lelaki kurang upaya beli setem RM 4,965 untuk mohon pekerjaan

 Seorang lelaki kurang upaya di Britain, Richard Shakespeare menubuhkan sebuah syarikat perunding bagi memberi nasihat mengenai perkhidmatan untuk golongan kurang upaya selepas 1,923 permohonan kerjanya ditolak, lapor sebuah akhbar semalam.

Shakespeare, penghidap sakit saraf Cerebral Palsy yang menyebabkan pergerakannya terbatas turut membelanjakan £1,000 (RM4,965) bagi membeli setem selama 12 bulan selepas dia diberhentikan daripada jawatan sebagai penasihat pelanggan sebuah bank Internet.

"Namun, sesudah setahun tidak mendapat kerja, saya mula tertekan dan peluang kerja yang bersesuaian dengan diri saya pula semakin berkurangan," katanya.

"Saya kemudian terfikir bahawa ratusan syarikat tidak memiliki pengalaman mengenai cara berurusan dengan orang kurang upaya dan saya sebagai seorang kurang upaya boleh membimbing mereka," tambahnya.

Idea tersebut menyebabkan dia menubuhkan sebuah firma perunding bagi membimbing majikan mengenai kaedah berurusan dengan golongan kurang upaya.

Kini, firmanya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.

Pada Oktober tahun lalu, Shakespeare mendapat pelanggan terbesarnya yang pertama apabila pengurus Hotel Novotel, Mike Colman meminta khidmat nasihatnya mengenai cara meningkatkan tahap perkhidmatan di hotelnya.-kosmo online

Sejadah corak muka babi

on 23 November 2010


 “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.-myMetro

Buah dadanya akan bergerak jika colinya ditanggalkan

Patung ini dijual secara terbuka di Negeri Perlis.Harap pihak yang berkenaan dapat
berbuat sesuatu agar patung ini tidak dijual secara terbuka dan lebih
baik dirampas .....



PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.

Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.

Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

"Pelanggan yang berkunjung suka melihat patung ini apabila buah dadanya bergerak-gerak selepas colinya ditanggalkan.

"Dalam sehari lebih lima buah akan terjual. Patung ini sesuai diletakkan di dalam kereta dan kebanyakan pembeli adalah orang muda," katanya.-kosmo online

Gambar nenek superhero





Beginilah keadaan bila nenek jadi superhero.....


Keranda untuk golongan gay

on 22 November 2010

 Peti mati itu tidak berhiaskan salib atau hiasan konvensional lain yang biasa tertera di tutup keranda, tetapi bergambar seorang lelaki telanjang bulat dengan menampakkan tonjolan-tonjolan otot. Posenya terinspirasi dari gambar-gambar lama zaman Renaissance.

[Pelik] Melukis menggunakan kemaluan

Benar  luar biasa orang orang ini, mereka memiliki kemampuan unik yang tidak dimiliki oleh siapapun iaitu melukis dengan alat kelamin. yang lelaki melukis hanya dengan menggunakan penisnya dan  dia boleh melukis dengan sangat baik. namun ada juga wanita yang melukis dengan menggunakan vaginanya


Pelukis Australia ini telah menunjukkan kemampuannya di pameran Afrika Selatan, pengunjungnya cukup ramai untuk menyaksikan kemampuan ini. Seperti yang dapat terlihat, dia melukis sejumlah lukisan dengan kemampuan yang luar biasa dan sangat bangga untuk setiap hasil karyanya.


Ada wanita yang tidak mau kalah dengan lelaki diatas. wanita ini melukis dengan menggenggam berus dengan vaginanya.

Wanita ini BOLEH melukis dengan memegang berus hanya dengan menyepit di vaginanya. Betapa kuat sekali vaginanya boleh menyepit berus itu dan melukis di atas kanvas.Sungguh karya seni itu memang luas, bukan hanya lukisannya saja yang bernilai seni namun cara melukisnya pun bernilai seni tinggi.

bk-mkain ramai yang manusia yang aneh....

[Gambar] Pekerja Indonesia sebelum dan sesudah didera

on 20 November 2010

 Ini gambar Sumiati sebelum didera...gambar ini ditunjukkan oelh keluarga
Sumiati kepada wartawan....

Ini pula gambar dia selepas didera oleh majikannya di Arab Saudi...
adakah mereka kaya ,mereka boleh berbuat sesuka hati...dan yang terbaru
Keluarga Sumiati, tenaga kerja wanita yang mulutnya digunting majikannya, sudah tiba di Arab Saudi. Keluarga diwakili Pak Cik Sumiati, Zulkarnain. Zulkarnain sempat menunjukkan foto Sumiati sebelum digunting oleh  majikan.

satu lagi laporan yang dipaparkan di myMetro ada pekerja di bunuh oleh majikan.Tempatnya
masih di Arab Saudi.....

JAKARTA: Indonesia mendesak kerajaan Arab Saudi menyiasat laporan penemuan mayat seorang pembantu rumah di tempat pembuangan sampah, kes kedua penderaan pekerja negara itu di Arab Saudi minggu ini.

Menteri Buruh, Muhaimin Iskandar berkata, petugas kedutaan negara itu di Riyadh dihantar ke bandar Abha untuk mengumpulkan maklumat mengenai kematian Kikim Komalasari, 36, yang didakwa dibunuh majikannya. 

Menurut laporan, leher mangsa dikelar dan terdapat kecederaan di seluruh tubuhnya. 

Penemuan mayat itu diumumkan ketika pegawai Indonesia berlepas ke Arab Saudi untuk mendapatkan keadilan bagi seorang lagi warganya, Sumiati binti Salan Mustapa. - Agensi

Masih ada lagi guru adakan hubungan seks dengan pelajar

Kenapa masih ada guru yang mengadakan hubungan seks dengan murid?
Nasib baik kejadian ini bukan berlaku di negara kita. Kelakuan ini menunjukkan
betapa teruknya pemikiran guru ini.Apakah tujuan sebenar dia menjadi seorang guru?
Harapan agar kejadian seperti ini tidak wujud di negara kita kerana tugas seorang guru
amat mulia......


FORT WORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang meletakkan jawatan selepas dia didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar, telah ditangkap polis lapor sebuah akhbar semalam. 

Guru itu, Jennifer Riojas turut ditangkap polis pada Rabu lalu atas dakwaan dia melakukan serangan seks terhadap seorang budak lelaki berumur di bawah 17 tahun.

Dia kemudiannya ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).

Jennifer yang berumur 26 tahun bagaimanapun semalam turut dituduh menjalin hubungan dengan seorang pelajar berumur 16 tahun.

Aduan polis berhubung perbuatan itu dibuat di sebuah balai polis di ini pada 20 Oktober lalu.

Dia menjadi guru di sekolah tersebut sejak Ogos tahun lalu.

Jennifer meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah tersebut pada 21 Oktober lalu.-KOSMO ONLINE

[Gambar] Pekerja Indonesia yang digunting mulutnya oleh majikannya

on 19 November 2010

Seorang pekerja wanita Indonesia dirawat di Hospital King Fahad. Wanita ini disiksa oleh majikannya.Mulutnya digunting.Duta Besar Indonesia di Arab Gatot Abdullah Mansyur mengaku masih meneliti kes tersebut. Dia mengaku belum tahu nama ataupun identiti wanita tersebut. Namun pihaknya akan memberi perlindungan dan bantuan guaman Selain bibirnya digunting. Di seluruh wajahnya tampak bekas luka.


Nampak luka di kening, kedua alis, hidung, pipi dan dagu wanita malang tersebut. Keadaannya pun sangat lemah.

Jual bingkai iPhone 4 warna putih dapat RM 405,599

Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, Fei Lam berjaya memperoleh sebanyak AS$130,000 (RM405,599) dengan hanya menjual bingkai telefon pintar iPhone 4 berwarna putih yang dibelinya daripada pembekal di China.

Sejak Apple mengumumkan ia akan memperkenalkan iPhone 4 berwarna putih, bingkai  itu kini menjadi rebutan di seluruh dunia. Ramai pengguna mahu membeli bingkai itu bagi menukar telefon iPhone 4 yang berwarna hitam kepada yang berwarna putih.

Remaja dari New York itu menjual bingkai telefon tersebut pada harga AS$279 (RM870) sebuah di laman webnya, whiteiphonefournow.com. Lam yang fasih berbahasa Cina dikatakan berjaya berhubung dengan pembekal Apple di China, Foxconn, untuk mendapatkan bingkai itu.

Melalui rakan-rakannya di China, Lam membeli bingkai iPhone berwarna putih itu secara terus dari kilang sebelum menjualnya kepada pengguna iPhone yang mahu menaik taraf telefon masing-masing.

Dengan itu dia dapat menggunakan wang yang diperolehi untuk membiayai yuran sekolahnya.Publisiti daripada beberapa laman web teknologi terkenal seperti TechCrunch dan CNET membuatkan jualannya meningkat mendadak.

Namun, Lam berkata, seorang penyiasat persendirian telah menghubunginya bagi meminta dia tidak menjual bingkai telefon pintar itu.Dia percaya, penyiasat itu bekerja untuk syarikat Apple yang akan mengeluarkan iPhone 4 berwarna putih.-kosmo online

Pada bulan lalu, pengeluar iPhone 4, Apple Inc. mengumumkan ia sekali lagi akan menangguhkan pengeluaran iPhone 4 berwarna putih sehingga tahun depan.

Sehingga kini, Apple tidak pernah menyatakan punca sebenar kenapa iPhone 4 berwarna putih begitu sukar untuk dihasilkan.

Budak AIDS dakwa bapanya pemain gitar kumpulan MAY

Timbul kemusykilan kerana dakwaan budak itu bahawa bapanya sudah meninggal dunia
tetapi Yus pemain gitar kumpulan MAY itu masih hidup.Nama bapa yang disebut juga tidak sama dengan
nama sebenar Yus....untuk bacaan selanjutnya
saya petik dari myMetro

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia sembilan tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya.


Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.

“Ayah saya seorang pemain gitar, dia meninggal dunia lima tahun lalu kerana Aids. Ibu juga meninggal dunia kerana penyakit sama pada Jun lalu manakala adik meninggal dunia tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya.

Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48.

Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

Menurutnya, S kini terpaksa bergantung hidup dan mengharap belas kasihnya dan besar kemungkinan hanya menanti detik ajal seperti dilalui ahli keluarganya lain.

Katanya, dia bersimpati terhadap nasib dilalui anak saudaranya itu dan menjaganya selepas adik perempuannya meninggal dunia pada Jun lalu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun.

“Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Wanita itu mendakwa, arwah adiknya tidak pernah mendedahkan penyakit dialami dan dia hanya mengetahui punca kematian itu selepas dimaklumkan pihak hospital.

“Adik saya tidak pernah berterus-terang dan memberitahu menghidap Aids sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Mungkin dia malu atau mahu menjaga nama baik keluarga.

“Kini, saya perlu membawa anak saudara saya (S) ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah dan mengambil ubat bagi merawat penyakitnya,” katanya.

Katanya, biarpun mengalami demam dan batuk yang berterusan, S aktif dan lincah seperti kanak-kanak lain seusianya, malah memasang impian menjadi doktor haiwan apabila besar.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengetahui penyakit S dan mereka sudah maklum mengenai langkah yang perlu dilakukan sepanjang anak saudaranya itu berada di sekolah termasuk ketika makan dan menyertai aktiviti sukan.

Ketika ditemubual, S tidak putus-putus menahan batuk dan setiap kali batuk dia akan menutup mulutnya dengan tangan

Gambar Victoria merajuk pasal David Beckham jeling perempuan lain





Buat hal depan orang ramai ,akhirnya di sembelih

on 18 November 2010


Akhirnya disembelih..

bk-sekadar lawak untuk menghiburkan......

Loket bernilai RM12.41juta dijumpai oleh budak berusia 3 tahun

Seorang budak lelaki berumur tiga tahun, James Hyatt menemui loket emas yang dianggarkan bernilai £2.5 juta (RM12.41 juta) dengan menggunakan alat pengesan logam di Hockley, Essex England.

Loket itu tertanam di dalam tanah sedalam 20.3 sentimeter.

Pakar-pakar menyatakan loket itu mungkin digunakan pada awal abad ke-16 semasa pemerintahan Raja England, Henry VIII.

Loket itu mungkin kepunyaan salah seorang anggota kerabat diraja.

Bapa budak itu, Jason, 34, berkata: "Anak lelaki saya merupakan salah seorang individu yang paling bertuah di dunia."

Budak itu menemui loket itu pada Mei tahun lalu semasa dia bermain dengan alat pengesan logam kepunyaan datuknya.

Menurut bapanya, alat itu berbunyi lima minit selepas anaknya menggunakan alat tersebut menyebabkan dia dan beberapa orang lagi menggali dan menemui loket tersebut.

Loket itu akan dinilai sebelum dijual kepada beberapa buah institusi.-kosmo online

Pelancong diserang 5 ekor singa ketika sedang mandi

Seorang pelancong diserang lima singa ketika sedang mandi di salah satu kem di Taman Nasional Mana Pools, Zimbabwe. Evershed yang sedang bercuti bersama isteri dan keluarganya menjadi mangsa lima singa tersebut.

Menurut  Petugas Konservasi Zimbabwe (ZCTF) Johny Rodrigues akhir-akhir ini Mana Pools yang berada di dekat sungai Zambesi sering diserang singa. Wilayah tersebut popular sebagai tempat memancing dan berburu. Namun, kata Rodrigues, beberapa kem di sana memiliki kes atas serangan binatang liar.

Sebelumnya, kata Rodrigues, sebanyak lapan penduduk menjadi mangsa singa dalam tempoh waktu dua bulan. Serangan  singa baru berhenti ketika beberapa binatang  itu dibunuh.

Menurut penduduk tempatan, singa di daerah itu menjadi lebih berani kerana mereka tergoda ke kem oleh bau aroma daging yang disediakan bagi para pelancong.Kekurang makanan di hutan juga mengakibatkan singa mula mencari makanan ditempat lain.

Kijang, makanan singa juga mulai habis kerana kerap diburu masyarakat tempatan sebagai makanan. Sehingga dia menjadi lebih agresif terhadap manusia. "Jika mereka tidak mendapat makanan , maka mereka akan mencari cara lain untuk mendapatkannya," kata Rodrigues.Tempo

Mangsa gunung Merapi minta 'kamar asmara'

on 17 November 2010

JAKARTA: Selepas beberapa minggu hidup bersesak-sesak di pusat perlindungan sementara dengan bekalan dan minuman yang mencukupi, mangsa letupan Gunung Merapi kini amat memerlukan ‘kamar asmara.’

“Jika ada kamar asmara mungkin bagus,” kata pengantin baru, Ari Margareta, 18, kepada wartawan akhbar Republika.

Dia adalah antara ratusan ribu penduduk sekitar Merapi yang terpaksa tinggal di pusat perlindungan sementara, termasuk di sebuah stadium di Yogyakarta sejak Merapi meletup akhir Oktober lalu.

Kesesakan di pusat perlindungan sementara itu tidak memungkinkan mereka memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.

Pentadbir di bandar Yogyakarta masih memikirkan sama ada mahu membina ‘kamar asmara’, konsep yang pernah diketengahkan ketika daerah itu dilanda gempa bumi besar pada 2006. Petugas kumpulan sukarelawan tempatan yang membantu penduduk menangani trauma kejadian melalui pemulihan psikologi, Insan Nurrohman berkata, selain menyediakan bantuan makanan dan pakaian, ruang peribadi juga adalah keperluan asas yang perlu disediakan untuk mangsa yang sudah berkahwin.

Katanya, ia boleh dibina dalam bentuk khemah atau pondok kayu. Insan berkata, pengalaman selepas gempa bumi pada 2006 menunjukkan kamar berkenaan adalah selamat dan tidak menimbulkan masalah sosial. “Ada jadual dan tempoh masa yang ditetapkan untuk orang menggunakannya,” kata Insan.

 Menurutnya, sesetengah penduduk berasa malu untuk meminta keperluan itu.-myMetro

Aksi polis membelasah wanita

on 16 November 2010





wanita ini telah dibelasah oleh seorang polis.Kejadian ini 
berlaku di negara China....
Laporan telah dibuat dan rakaman CCTV telah dijadikan
bahan bukti.....


Nenek retak tempurung kepala halang pencuri curi keretanya

Jean Burrows, 66 tahun retak tempurung kepalanya setelah cuba menghalang pencuri mencuri kereta volvonya.Dia dipercayai berpaut pada bonnet keretanya untuk menghalang pencuri itu.Mukanya juga mengalami kecederaan.

Kejadian itu berlaku semasa dia meninggalkan keretanya di halaman rumah kawannya yang berusia 91 tahun.Kunci keretanya di tinggalkan didalam kereta kerana membantu kawannya masuk kekenderaannya.Tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan 20an masuk ke keretanya dan nenek itu terus cuba menghalang pencuri itu.selanjutnya >(link)

Sebuah sekolah di China larang muridnya ke toilet

toilet monster Pictures, Images and Photos


Sebuah sekolah di China melarang muridnya untuk pergi ke toilet semasa ada pelajaran di kelas. Mereka diminta untuk menahan jika hendak ke toilet sehingga habis waktu pelajaran itu. Peraturan ini dibuat setelah guru di SMU Sanmenxia sering kali melihat murid-muridnyaa meminta iizin pergi ke toilet ketika pelajaran masih berlangsung.

Peraturan baru yang dibuat pihak sekolah yang berada di daerah Shandong tersebut, ditulis dalam sebuah sepanduk yang terpampang di sekeliling sekolah. Dalam sepanduk tersebut pihak sekolah meminta agar muridnya untuk mula  mengatur jadual mereka pergi ke toilet.

Peraturan yangluar biasa itu  disambut dengan ejekan dan gelak tawa dari muri-murid. Berbagai tanggapan positif dan negatif pun bermunculan, tidak hanya datang dari para siswa tetapi juga dari salah seorang pengajar di sekolah tersebut.

Meskipun demikian pihak sekolah tidak peduli dengan tanggapan tersebut dan tetap dengan keputusannya. Mereka mengatakan bahawa keputusan ini dibuat bukanlah tanpa alasan. Ini merupakan efek dari kelakuan murid-murid itu sendiri yang sering meminta izin ke toilet semasa guru mengajar mata pelajaran.

Kerana nak untung,manusia menunjukkan kebodohannya


makanan ini sengaja di ukir untuk menarik perhatian orang..
mereka ini hanya memikirkan keuntugan sahaja tanpa memikirkan sensitiviti 
orang lain...betapa bodohnya manusia yang sampai sanggup mencipta bentuk
makanan sebegini....


Buat bangunan hotel 15 tingkat dalam masa 6 hari

on 14 November 2010


China seperti mahu berlumba dengan Amerika Syarikat  mengenai keunggulan di bidang apa pun, termasuk bidang pembinaan.

Ini termasuk dalam membina sebuah hotel di Changsha yang memiliki 15 tingkat dan hanya memerlukan waktu selama enam hari untuk menyiapkannya. Ini tentu saja mengejutkan, dan melambangkan keupayaan China yang memperlihatkan bahawa perkembangan ekonomi mereka terus meroket.

Hotel itu, sebagaimana dilaporkan, didirikan dengan menggunakan sejumlah teknologi tertentu, misalnya mampu tahan goncangan gempa hingga 9 skala Richter (SR), anti-suara, dan dibuat dari bahan yang semuanya dibuat di kilang. Ini merupakan salah satu projek yang disebut Ark project.

Meski bekerja 24 jam serta kesibukan , tetapi dikhabarkan tidak ada pekerja yang mengalami luka atau cedera. Bahkan, proses pembuatan hotel ini juga mesra alam  sehingga hanya membuang sedikit sisa bahan bangunan.





Patung monyet yang dibuat daripada 10,000 selipar

on 13 November 2010







Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved