Rahsia wanita melalui bantal

on 07 Ogos 2010



Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka tidur menggunakan bantal? Ini adalah kerana setiap wanita mempunyai cara dan posisi tidur berbeza-beza.Inilah  cara para pengkaji menilai sifat wanita berdasarkan cara memanfaatkan bantal : 


MEMELUK BANTAL

  • Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Mereka juga sangat prihatin terhadap kesopanan dan kesusilaan hidup.Wanita  kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan kurus
GUNAKAN BANYAK BANTAL

  • Mereka biasanya kurang keyakinan diri.Dalam kehidupan mereka seharian mereka perlukan pendamping atau teman-teman yang dapat membantu mereka.Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapat pandangan orang lain.Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain
TIDUR DENGAN SATU BANTAL

  • Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata
BANTAL DIBAWAH KAKI

  • Mereka mempunyai sifat yang kurang baik.Mereka jarang bergaul dengan orang ramai,malah kaku dalam pergaualan.Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita.Mereka tidak suka berusaha
TIDUR TANPA BANTAL

  • Mereaka memiliki sifat percaya pada diri sendiri yang sangat tinggi.Kadang -kadang sifat percaya diri sendiri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain
Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved