01 Ogos 2010

Home » , » MAKANAN BARAT JEJAS FUNGSI OPTIMAL OTAK

MAKANAN BARAT JEJAS FUNGSI OPTIMAL OTAK

                                              burger.jpg burger image by rullych

Satu kajian terbaru mengenai kanak-kanak oleh Institut Telethon Perth,Australia menunjukan pengambilan makanan gaya Barat boleh menyebabkan tumpuan berkurangan dengan gangguan hiperaktif terhadap golongan remaja atau lebih dikenali sebagai ADHD.
  
    Menurut Ketua Pengajian Nutrisi di Institut berkenaan, Prof. Madya Wendy Oddy, ujian corak diet 1,800 remaja yang kemudian dibahagikan kepada gaya pengambilan makanan sama ada jenis sihat atau ala Barat.Keputusan daripada kajian itu mendapati 115 remja didiagnos dengan ADHD iaitu 91 lelaki dan 24 perempuan.Gaya pemakanan yang cenderung kepada makanan Barat seperti pastri, makanan diproses, makanan bergoreng dan makanan bertapis meningkatkan risiko dua kali ganda untuk individu tersebut menghidap ADHD.Malah pada usia 14 tahun, ada remaja yang sudah dikenal pasti berdepan dengan masalah terbabit. 

   Sebaliknya bagi individu yang memilih diet sihat dengan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan segar, sayur, bijirin dan ikan lazimnya mampu memberi lebih fokus dalam pelajaran dan cara hidup.Remaja digalakkan untuk mengurangkan makanan segera dengan bertukar kepada pola pemakanan yang lebih sihat melalui pengambilan sumber yang mengandungi omega-3 yang tinggi. 


    
   
      

Arkib Blog

ENTRI POPULAR YANG PERLU DIBACA