25 Ogos 2010

Home » , » CIRI-CIRI LELAKI MELALUI MINUMAN KEGEMARAN

CIRI-CIRI LELAKI MELALUI MINUMAN KEGEMARAN

man swimming in tea Pictures, Images and Photos



LATTE
  • Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.
  • Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI
  • Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
  • Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!

TEH
  • Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA
  • Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK
  • Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS
  • Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.
 
 
  •  

Bisnes Cara Mudah-Alih. Peluang Jadi Usahawan Berjaya

Cetak T-Shirt & Cenderahati
Usahawan.com memperkenalkan kepada anda Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt & Cenderahati dengan modal hanya RM2980 sahaja! Anda hanya perlukan Mesin Cetak Serbaguna 6-in-1 Heat Press untuk menjadi usahawan berjaya.. Mesin ini berupaya mencetak baju dan pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, puzzle, jubin seramik dan mousepad. Bermula secara kecil-kecilan, pulangannya adalah sangat lumayan.
Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan cetakan baju dan cenderahati samada secara separuh masa atau sepenuh masa, boleh menjalankannya dengan kos yang rendah di rumah, pejabat, kiosk, ekspo, kolej dan sebagainya
Keuntungan yang bakal anda perolehi bergantung kepada jenis produk yang dicetak.
Contohnya jika anda mencetak:
- 100 helai Baju berwarna putih (mark-up RM10), keuntungan RM1,000
- 100 helai Baju berwarna gelap (mark-up RM15), keuntungan RM1,500
- 100 biji mug (mark-up RM15), keuntungan RM1,500.
- 100 unit puzzle (mark-up RM10), keuntungan RM1,000
Tidak termasuk cetakan pada barangan cenderahati yang lain lagi. Keuntungan yang dikaut akan membuatkan anda berpuas hati. Bayangkan pula jika jabatan kerajaan yang membuat tempahan dengan anda dan jika terdapat organisasi lain pula yang membuat tempahan untuk pilihanraya, majlis perkahwinan, sambutan hari guru, majlis hari jadi dan sebagainya akan menggalakkan lagi perniagaan anda.
Kami akan memberikan beberapa bonus tambahan: LATIHAN PERCUMA, KOS PENGHANTARAN PERCUMA, PRODUK CENDERAHATI (Bernilai RM200) & TEMPLATE GRAFIK PRO. Layari www.usahawan.com
Button Badge
Dengan bermodalkan cuma RM820, Pakej Perniagaan Button Badge yang ditawarkan oleh Usahawan.com ini mampu memberikan pendapatan kepada anda. Selain itu, anda tidak perlu berhenti dari pekerjaan tetap anda. Cuma jadikan peluang yang ada ini sebagai matlamat untuk mencuba peluang perniagaan baru dan sebagai hobi atau sekadar mengisi masa lapang sahaja.
Cuma beberapa saat sahaja diperlukan untuk menyiapkan seunit button badge.Pakej Perniagaan Button Badge (Pin Button) ini terdiri daripada:
- 1 unit Button Badge Machine + Mold membuat button badge bersaiz 58mm
- 1 unit Plastic Circle Cutter
- 100 set badge material untuk menghasilkan button badge bersaiz 58mm
- Latihan PERCUMA
- Penghantaran PERCUMA
Layari www.usahawan.com untuk maklumat lanjut
Cetak Nama & Nombor Jersi
Mahukah anda menceburi perniagaan cetakan nama dan nombor pada jersi? Anda hanya perlukan sticker khas edaran Usahawan.com. Peluang perniagaan ini sangat luas dan mempunyai potensi tinggi. Layari www.usahawan.com

Arkib Blog

ENTRI POPULAR YANG PERLU DIBACA