TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA PASANGAN :
- Jagalah penampilan diri kerana semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan. Persepsi pertama adalah sangat penting dan jangan tonjolkan keburukkan anda pada awal pertemuan.
- Ikhlas dalam memulakan perhubungan, jangan malu untuk jadi diri sendiri. Bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri
- Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
- Sentiasa berfikiran positif bila datang untuk bertemu si dia dengan penilaian yang kosong dan tidak curiga, dengan berfikiran positif anda lebih mudah menerima seseorang.
- Ketika anda berinteraksi dengan si dia, Jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakkan tangan, renungan mata dan tunjukkanminat ketika si dia sedang bercakap.
- Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (Saya Tidak Suka). Lebih baikbercerita tentang kesukaan masing – masing. Gunakan ayat positif seperti (Saya Suka).
- Pada pertemuan pertama, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Si Dia tidak datang untuk berasa sedih, Maka gembirakanlah Si Dia.
- Jangan kedekut dengan kata pujian, Berikan pujian seikhlas hati anda Tapi jangan sampai berlebih-Lebih. anda boleh memuji warna bajunya,rambut, kasut dan sebagainya.
- Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
- Jangan bersikap sombong, sebaliknya jangan abaikan unsur humor. Ini memberi tanda bahawa anda boleh didekati dan bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru.
- Jika kekasih anda melakukan kesalahan, Beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, Jangan sampai anda yang malu sendiri.
- Apabila anda melakukan kesalahan, Jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-sekali mengulanginya.
- Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
- Ketika membincangkansesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersurat. Lebih baik berterus-Terang supaya pasangan anda faham akan perkara yang hendak di sampaikan.
- Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dahulu penjelasan kekasih anda, walaupun dia bersalah dan lebih baik bersikap merendah diri.
- Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapa.
- Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain, Terutamanya, bekas kekasih mahupun kawan-kawan baik anda, Seolah-olah anda lebih mementingkan mereka.
- Semua orang mempunyai ego. Hormati ego kekasih anda dan jangan merendahkan ego kekasih anda dihadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
- Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani kekasih yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
- Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain.
- Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
- Gunakan ganti nama yang mesra anda dan diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.
- Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
- Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda
- Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama





