Semut dan Keldai (baca dan renungkan)

on 14 Julai 2010


Ada seerkor keldai yng rajin dan sangat taat kepada tuannya.Hari -hari kerjanya naik turun bukit dengan memikul bebanan tuannya.Setiap hari setelah siap kerja yang di tugaskan tuannya akan memberikannya sedikit makanan untuknya dan keluarganya makan.Makanan semuanya sedap -sedap belaka.

Suatu hari setelah keletihan kerana memikul bebanan walaupun bebanan itu lebih kecil dari tubuh badannya si keldai berhenti berehat di bawah sebatang pokok.Tiba-tiba si keldai itu terlihat seekor semut yang sedang bernyanyi sambil membawa sekeping roti yang jauh lebih besar dari tubuh badan si semut itu.Si keldai menjadi hairan dan pelik.Si keldai pun menyuruh si semut itu berhenti dan berkata.....

"Hai semut...aku pelik betul tengok engkau ni..dah ler kecik pilkul bebana lebih besar dari tubuh badan kau..boleh lak menyanyi..ko tak penat ker semut,,''
Si semut menjawab "Eh keldai..aku pun ada gak soalan untuk kau.Setiap hari kau pikul bebanan naik turun bukitkan? Bebanan yang kau pikul tuh untuk siapa.?"
Si keldai menjawab "Untuk tuan aku lerrr semut,"

Si semut berkata ,'' Haah...ituler bezanya kau dan aku...Aku pilkul bebanan ini walaupun jauh lebih besar dari badan aku tetapi bebanan aku ini untuk aku sendiri.Bila aku letih aku berhenti ,makan sikit roti ni.Beza dengan engkau walaupun kau pikul bebanan yang jauh lebih kecil dari badan kau sendiri tetapi bebanan yang kau pikul hari-hari tu adalah bebanan orang lain.Kau bebankan diri kau sendiri sekadar untuk dapatkan sedikit makanan setiap hari untuk diri dan keluarga kau."
Si kldai pun terdiam sambil melihat si semut yang bijak itu meneruskan perjalannya sambil menyanyi.

p/s adakah kita simkeldai atau si semut yang bijak????


Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved