Rahsia Perwatakan Melalui Kuku

on 14 Julai 2010

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza.Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik,pasanagan atau diri anda?Kenalilah wataknya.....

KUKU YANG BAIK,RAPI DAN INDAH
  • Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya.Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.
BENTUK KUKU PENDEK TETAPI LEBAR
  • Biasanya orang yang memiliki kuku seperti ini memiliki sikap praktis dan cekap dalam ilmu,otaknya cerdas serta ingatannya tajam.Orang yang memiliki kuku seperti ini sukakan muzik dan lagu.
BENTUK KUKU YANG AGAK PANJANG DAN PUCAT
  • Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering menelamun melayani perasaan.Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.
BENTUK KUKU SEDANG DAN WARNA MERAH SEDIKIT
  • Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi baik dalam pekerjaan,selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.
BENTUK KUKU BERSEGI TETAPI RATA
  • Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul.sedikit kewibawaan,tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan
BENTUK KUKU LANGSING
  • Orang yang memiliki kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering was-was ,mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.
BENTUK KUKU PANJANG BULAT BERWARNA KUNING
  • Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya seorang yang jujur,sabar,tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.
BENTUK KUKU RUNCING KE BAWAH ATAU SEPERTI BIJI TIMUN
  • Menunjukkan orang yang memililki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit,mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
BENTUK KUKU RUNCING TETAPI BESAR DAN TEBAL
  • Biasanya orang yang memiliki kuku seperti ini mempunyai sifat tegas dengan pendiriannya,sering berpindah randah tempat tinggalnya,suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau gemar bertukar pasangan hidup sahaja.

Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved