Jangan Paksa Suami

on 10 Julai 2010

Hug Smiley Pictures, Images and Photos


"Sebagai isteri,wajar memberi banyak ruang kepada suami agar hubungan kekeluargaan terus erat dan mantap.Sesekali jangan memaksa suami dalam membuat sesuatu keputusan.Tetapi seringlah mengucapkan terima kasih.Inilah faktor kebahagian dapat di kekalkan..."

  • Apabila si suami memberitahu pulang lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
  • Jika suami meminta bantuan,janganlah tangguh ,buatlah dengan serta merta dan lakukan dengan ikhlas serta gembira dan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Ucapkan kata-kata sayang kepada suami sekurang -kurangnya dua kali sehari.
  • Jika  marah tunggu hingga sejuk.Apabila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan sesekali salahkan suami.
  • Ketika bercakap,beri perhatian sepenuhnya,hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
  • Sekiranya memesan barang dapur,senaraikan di atas kertas.Jangan buat suami pergi kekedai berulang kali.
  • Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  • Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja.Telefonlah dengan lebih kerap jika suami menggalakkannya.
  • Jangan ganggu suami ketika sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
  • Jika suami marah ,jangan sesekali menjawab,hanya tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah).Terangkan keadaan yang sebenar selepas sejam kemudian.

Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved