CANTIKNYA NABI !

on 05 Julai 2010

Meskipun kejadian Nabi Muhammad SAW sama dengan manusia lain di muka bumi ini,namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia biasa.Nabi Muhammad SAW yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak,namun tidak dapat digambarkan oleh mana -mana pelukis di dunia ini.Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa pun.Sungguhpun begitu ,sifat-sifat kecantikkan baginda masih boleh diilusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangan mereka secara terperinci.Diantara kata-kata mereka yang pernah melihat Baginda SAW :
  • Aku belum pernah melihat lelaki sekacak Rasulullah SAW.Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya
  • Seandainya kamu melihat Rasulullah,kamu akan merasa seolah -olah sedang melihat matahari terbit
  • Aku pernah melihat Rasulullah SAW di bawah sinaran bulan.Aku bandingkan wajahnya dengan bulan,akhirnya aku sedari Rasulullah SAW lebih cantik dari sinaran bulan
  • Rasulullah umpama matahari bersinar.Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah SAW
  • Apabila Rasulullah rasa gembira.wajah bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui bahawa baginda sedang gembira
  • Kali pertama kamu memandangnya,sudah tentu kamu terpesona
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
  • Dahi Baginda luas,raut keningnya  tebal dan terpisah ditengahnya.Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah
  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,biru asli di bahagian sudut
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali ketika pertama kali melihatnya
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik
  • Giginya kecil dan bercahaya,indah,renggang di bahagian hadapan
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan
Banyak lagi kecantikan Nabi Muhammad yang di gambarkan oleh para sahabat.Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,sehingga seorang ulama Yahudi yang oertama kali bersua dengan Baginda terus melafazkan keIslamannya dan mengaku akan kebenaran yang di sampaikan oleh Baginda.Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan paras rupa dan akhlak Baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik -baik contoh sepanjang zaman.
Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved