Budak bercengkerang seperti penyu jalani pembedahan

on 31 Julai 2010



Maimaiti Hali seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari China menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya beberapa hari lalu.




Dia sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakannya.Mereka mengelarnya si budak 'Penyu" kerana cengkerang itu semakin membesar  serta keras seperti cengkerang penyu. 


Masalah ini (cengkerang) telah dikenal pasti oleh doktor sejak Maimaiti masih kecil tetapi untuk menjalankan pembedahan doktor terpaksa menunggu Maimaiti membesar.(LINK)





Umur 13 tapi wajah kelihatan 40 tahun



Kalau dilihat pada raut wajahnya tidak siapa menjangka bahawa dia baru berusia 13 tahun dan bila orang melihatnya pasti mereka meneka uamur sudah lebih 40 tahun.


 Zara Hartshorn mengidap penyakit lipodistrofi yang membuatkan dia kelihatan sangat tua berbanding usianya yang sebenar.






Tiada pakar yang mampu merawat penyakit yang dihidapi oleh Zara kerana penyakit ini adalah penyakit keturunan dan hanya 2000 orang menghidapi jenis penyakit sepertinya.


.Ibunya juga mengidap penyakit yang sama dan pernah melakukan pembedahan untuk kelihatan seperti orang normal ketika remaja.dan tidak berjaya. Kakaknya mempunyai penyakit yang sama tetapi tidak memberi kesan teruk seperti yang dialami oleh Zara.(LINK)



Ular kepala lima?



Ular kepala lima ini dikatakan di jumpai dekat Kuil Kukke Subramanya.Kesahihan gambar ini tidak diketahui.Yang pasti mereka yang menjumpai mengatakan ular ini benar-benar wujud.Bukan apa kewujudkan teknologi mungkin boleh merubahkan sesuatu yang mustahil kepada yang tidak mustahil.






Kuil Kukke Subramanya dibina oleh penganut-penganut Hindu untuk menyembah Dewa Subramanya. Dewa Subramanya dikenali sebagai Dewa pelindung kepada ular. Menurut kisahnya, seekor ular bernama Vasuki dan juga ular-ular lain memohon perlindungan kepada Dewa Subramanya apabila diserang oleh Garuda.


'YODA' CAT punyai 2 pasang telinga



Kucing yang berasal dari Illionois Amerika Syarikat ini mempunyai 2 pasang telinga.Kucing yang bernama Yoda ini mempunyai 2 pasang telinga sejak ia dilahirkan.Pemilik kucing tersebut iaitu Valerie dan Ted Rock menjumpai Yoda di sebuah bar di Chicago.






Pada masa itu pelanggan di bar itu memperolok-olokkan Yoda dan ketika itu Yoda baru dilahirkan.Pasangan itu kemudiannya meminta pemilik kucing untuk memeliharanya dan pemilik itu bersetuju.Pasangan Valerie dan Ted menamakannya Yoda berdasarkan watak Yoda dalam filem "Star Wars'.(link)



Kelar Demi Cinta



Atas nama cinta,ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar tangan mereka menggunakan pisau bagi menghasilkan kesan parut nama kekasih masing-masing seolah-olah tatu.Perbuatan mencederakan diri sendiri itu dianggap trend terkini di kalangan remaja perempuan.


Perbuatan ini dilakukan kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan dan pergelangan lengan.Perbuatan juga dikatakan bagi membuktikan cinta mereka kepada pasangan masing -masing yang bersekaolah ditempat yang sama.


Siapa yang mempunyai parut paling panjang dianggap paling berani.-harian metro


p/s remaja..oh...remaja????



Gigi palsu RM75,249



Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain Sir Winston Churchill dilelong 15,200 paun @ RM 75,249 tiga kali lebih tinggi daripada tawaran bidaan asal.






Bahagian atas gigi tiruan yang di anggap telah menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua itu tekah dibeli oelh seorang pengumpul barangan peribadi pemimpin-pemimpin era Perang Dunia Kedua.


Tiga set  gigi itu dihasilkan oleh juruteknik pergigian Derek Cudipp menjelang perang semasa Chuchill berusia 65 tahun dengan satu set daripadanya dikebumikan bersamanya.Cudipp membuat tiga set gigi itu kerana Chuchill kerap merosakkannya.Chuchill amat menghargai gigi palsunya.(link)



Bawa geng pukul mentua

Tiga beranak dipukul oleh sekumpulan lelaki didalangi menantunya sendiri ketika mahu membawa anak perempuannya pulang kerumahnya.Kejadian ini berlaku kerana menantunya tidak puas hati kerana bapa mentuanya cuba untuk membawa anak perempuannya yang difahamkan dalam proses penceraian dengan menantunya.Sebelum itu anak perempuannya telah menefon mangsa supaya mengambilnya dari rumah menantunya.Menantu yang tidk puas hati itu telah memanggil beberapa rakannya yang juga penduduk sekitar kawasan itu untuk membelasah mereka.-harian metro



Gaun dari kondom

Gaun ini tidak dibuat dari kain, tetapi dibuat dari sesuatu yang terfikir oleh akal kita.Beribu-ribu kondom telah digunakan untuk membuat gaun -gaun pengantin.Kesungguhan pereka ini mencipta satu ciptaan yang tak masuk akal ini membuat sesiapa yang melihatnya terasa terpegun.Cuba kita gambar-gambar di bawah......













Pohon berusia 9550 tahun

on 30 Julai 2010

Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pohon sejenis cemara, yang masih hidup di Sweden berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pohon tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia saat ini.


Spesies pohon spruce Ione Norwegia ini ditemukan tahun 2004. para peneliti menemukannya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna, Sweden. Pohon ini tidak pupus kerana penduduk sering menggunakan sebagai pohon krismas.


 Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Saat batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.


Pohon ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun tumbuh menjulang hingga 150 meter. Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Swedia diukur dari jejak radiokarbon di akarnya.



Nenek gigit peragut

 Dalam keadaan tersepit, kadang-kadang muncul keberanian dalam diri seseorang secara tidak diduga. Patricia Robertson (73) tidak mengerti dari mana kekuatannya muncul ketika melawan peragut begnya


 Patricia sedang berada di sebuah stesen minyak dan begnya diragut seorang lelaki yang kemudian melarikan diri dengan keretalnya. Nenek itu tidak mahu menyerah dan mengejar kereta itu.Dia dapat  mengejar kereta itu serta menyuruh peragut itu turun ,lalu menggigitnya


Seorang petugas di stesen minyak yang melihat kejadian itu terus menelefon 911 dan polis segera menahan peragut itu.


Patricia juga hairan, bagaimana dia mendapatkan kekuatan dan keberanian seperti itu. (link)



Mari sama-sama kenali dunia wanita

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenali wanita.Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak mereka.


MUDAH TERSINGGUNG

  • Hati wanita mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang mambabitkan soal perasaan
MUDAH JEMU

  • Tidak seperti lelaki,wanita mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
PERLUKAN CINTA

  • Wanita amat memerlukan cinta  kerana memandang lelaki seperti orang yang dicintai dan cuba menyusuaikan diri dengan lelaki tang dicintai.
 SUKA DIPUJI

  • Wanita suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu hanyalah berdusta asalkan pujian itu tidak menyakitkan diri malah mendatangkan kegembiraaan kepada dirinya.
TIDAK PERCAYA LELAKI

  • Wanita tidak percaya pada lelaki walaupun kekasih atau suami begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
BERJIWA SENTIMENTAL

  • Wanita berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan , sensetif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.Sekeras mana wanita itu, hatinya tetap lembut.

SUKA MEMAKSA

  • Wanita suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu.Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya.Walaupun begitu , wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
CEMBURU

  • Wanita memang kuat cemburu.Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri , kepentingan peribadi , kepentingan keluarga dan anak-anak.
BERSIKAP PENGGODA

  • Wanita bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut.Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi di tempat umum.
Pekara-perkara yang di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan martabat wanita.Dengan mengetahui perkara ini , seorang lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita.Bagi wanita pula , kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.



Tips untuk memikat lelaki



Bagi wanita  tips untuk memikat lelaki ialah...... 
  • Sentiasa tersenyum  dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  • Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  • Berpewatakan menarik mampu memikat minat mereka.
  • Jujur dan sentiasa merendah diri.
  • Lakukan apa yang  dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  • Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada induvidu).
  • Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut .
  • Pandaia memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  • Jangan terlalu mengongkong.
  • Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan .
  • Jaga pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  • Sering memberi kad ucapan buat sidia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
  • Lelaki suka wanita yang berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati,renungi matanya dan tunjukan sifat humor kamu. Ini adalah tektik memberitahu sidia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini. perempuan murahan dan mudah didekati.
  • Jangan bersikap terlalu jual mahal bila berada bersama mereka.
  •  Bijak menyusuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • Tidak mudah berputus asa dan sentiasa berdiri diatas kaki sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain . 
  • Jangan suka  bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap bersama mereka.
  • Jangan bandingkan 'dia' denagan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  • Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang membangkang
  • Yang paling penting lelaki suka di manjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
  • Lelaki tidak suka jia kamu memakai mekap tebal
  • Menghormati dirinya,keluarga dan teman yang rapat dengannya
  • Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap kebudak -budakkan
  • Jangan bersikap 'kelelakian' dan ganas dalam pergaulan
  • Jangan terlalu menunjukkan bhawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'
  • Jangan perasan kamu mempunyai paras rupa yang jelita
  • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan
  • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titk beratkan
  • Sentiasa bercakap lembut dengan mereka
  • Jangan terlalu 'over' nanti lelaki akan meluat kepada kamu

Gadis suka makan tanah



Wuqibalaqiqige yang berasal dari Utara China mengaku sejak mengetahui nikmat makan tanah,dia merasa tidak lagi memerlukan makanan normal sebagaimana di sukai manusia.Keanehannya ini telah mendapat liputan meluas di stesen televisyen setempat sehingga ke Korea dan Jepun.
Dia juga telah mendapat undangan untuk memperagakan kemampuannya makan tanah.Dia memakan tanah seperti memakan biskut sahaja.





Sifat Calon Suami Yang Baik



Jika anda seorang wanita,carilah lelaki yang memepunyai sifat -sifat ini.Jika anda seorang lelaki,jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


Sifat Calon Suami Yang BAIK........

  • Kuat amalan agamanya.Menjaga solat fardhu,kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.Auratnya dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.Sifat ini boleh dilihat sewaktu bersukan

  • Akhlaknya baik,iaitu seorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.Pertuturannya juga mesti sopan melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia

  • Tegas mempertahankan maruahnya.Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kreabilitinya

  • Amanah,tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

  • Tidak boros,tetapi tidak kedekut.Tahu membelanjakn wang dengan bijaksana

  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap

  • Pergaulan yang terbatas,tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian

  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik.Rakan mencerminkan kelakuan seseorang

  • Bertanggungjawab.Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya

  • Wajah yang tenang,tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

Serangga buru darah manusia



Pakar-pakar hidupan liar memberi amaran bahawa terdapat sejumlah serangga yang berterbangan untuk memburu manusia bagi menghisap darah dengan menyebabkan mangsa terpaksa dirawat di hospital.


Serangga itu dikenali sebagai Blandford memiliki panjang tiga milimeter dan kebiasaannya tinggal di kawasan sungai bandar selatan England,namun sejumlah serangga itu bergerak di bandar-bandar disebabkan oleh kewujudan taman-taman air yang semakin banyak.




Seorang ahli kaji serangga di Muzium Sejarah Semula Jadi berkata ramai orang telah digigit dengan serangga itu sejak beberapa tahun lalu dan gigitan serangga itu menyebabkan bengkak yang besar.
Antara yang mereka yang digigit serangga itu ialah seorang penyanyi kumpulan The Saturdays,Mollie King.(link)



Amalina Gadis Paling 'PANAS'


Gadis yang gemar berpakaian seksi di kenali sebagai Amelina di anggap wanita paling panas kini kerana menjadai buruan pihat berkuasa berikutan disyaki mendalangi skimcepat kaya yang dilumpuhkan serentak dengan rampasan 17 kereta mewah.Dia yang baru berusia 23 tahun menjadi ikon kepada pelaburan yang tidak wujud dan memiliki aset puluhan juta ringgit serta sering melancong keluar negaeri.-harian metro


Ikan Berkepala Buaya

Masyarakat Indonesia dihebohkan dengan berita cicak vs buaya, di Sungai kawasan Jagir Surabaya, Jawa Timur juga ada berita yang sangat menghairankan masyarakat,  ikan berkepala buaya telah ditemui. Ikan dengan panjang kurang lebih 70 cm ini ditemukan oleh seorang nelayan yang sedang memancing di sungai tersebut pada. Walaupun berita ini terdengar aneh,malahan masyarakat setempat ada yang menghubungkan ikan berkepala buaya dengan hal ghaib, namun sebenarnya ikan berkepala buaya ini sudah selalu ditemukan, dan memang benar wujud.




Ikan berkepala buaya termasuk dalam jenis Lepisus peus. . Padahal ikan tersebut benar-benar ada jenisnya. . Bentuk fisikal ikan tersebut hampir sama dengan ikan biasa, yang membezakan hanyalah kepala ikan tersebut serupa dengan kepala buaya.



TERIMA KASIH BEN ASHAARI







Inilah hasil yang telah aku dapat daripada formula BEN ASHAARI.Dari segi traffic,Alhamdulilah berbaloi -baloi.Kalau UV(unique views) dah banyak apalagi PV(page views).Yang paling penting formula yang diberikan sungguh berbaloi.Bagi blog baru macam aku ,ini sesuatu yang fantastik.MAT GEBU dah merasakan.KAK UMMI pun mengakui keberkesanan formula ini.


Pada mula aku agak kurang yakin tapi bayangkan kalau satu entri yang kita buat ramai yang suka.Berbaloi ke tak berbaloi.Mana pernah aku dapat sebegini di hargai.Walaupun nampak kecil tapi aku puas ada yang menghargai entri aku.


Pada mereka yang berkenaan bolehlah join segmen-segmen yang di buat oleh BEN ASHAARI antaranya





p/s terima kasih KAK UMMI

    Pemakan Daging Wanita Di China??

    on 29 Julai 2010


     Sebuah desa terpencil di negara China, setiap tahun  mereka akan melakukan pesta pemotongan 'daging' secara besar-besaran.Kerana bagi mereka, 'daging' merupakan makanan mewah yang susah didapati. Sehingga mereka hanya boleh memakannya setiap tahun sekali saja dan hanya pada hari perayaan tersebut.Desa terpencil ini berada di negara China. Walau terpencil, namun setiap perantau yang ingin ke salah satu tempat lain di China,  mesti melalui desa tersebut. Jika ada perantau bersendirian yang melakukan perjalanan, mereka biasanya akan menumpang menginap di rumah penduduk desa itu.



    Jika mereka menemukan perantau wanita, mereka akan menangkap si wanita tersebut kemudian di ikat dan dilarang keluar rumah. Si wanita tersebut akan diberi makan dan tempat tinggal istimewa oleh penduduk desa. Apabila wanita tersebut masih 'dara', mereka tidak boleh mendekati lelaki lain kerana bagi mereka, bahagian SENSITIF wanita akan lebih wangi dibanding yang bukan 'dara'. Sehingga harus menjaga mereka supaya tidak didekati oleh laki-laki lain.



    Ketika menjelang perayaan, wanita tersebut akan dibunuh dan badan dia akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga mereka. Wanita yang tadinya diculik oleh warga akan di cuci bersih terdahulu hingga dicabut seluruh bulu dibadannya.

    Kemudian wanita itu di telanjang dan kaki tangannya diikat ketat dan dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian badannya dipotong-potong.

    Desa tersebut memiliki peraturan, jika lelaki yang mahu berkahwin, mereka mesti berkahwin dengan wanita dari desa sendiri. Kerana perempuan dri luar hanya digunakan untuk dimakan saja.Haram bagi mereka yang berkahwin dengan wanita luar.

    p/s masih wujudkah masyarakat begini????


    Mengenali kelemahan lelaki


    Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita.Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berhadapan dengan Cleopatra.Mark Anthony,ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ketangan Cleopatra.Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

    Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.Begitu nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki.Sekuat manapun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut wanita.Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita,padahal dia terkenal perkasa.Di medan pertempuran ,dia boleh membunuh begitu ramai musuh,tetapi berhadapan dengan wanita,hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

    Demikian hebatnya wanita.Anda amat berkuasa dan perkasa.
    Tolong gunakanlah kekuasaan anda untuk membantu membangunkan lelaki.Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki.Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu,apatah lagi jika nafsunya sedang bergolak atau rasa kecintaannya sedang memuncak,dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

    Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seorang wanita di sisinya mungkin isteri,ibu,anak,kakak atau makciknya.Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita,mungkin pada kedudukan-kedudukan serupa.

    Jika anda cantik danpandai memujuk rayu ,gunakanlah kecantikkan anda dan kelebihan yang di anugerahkan ALLAH itu untuk memperkasakan lelaki.Lelaki memang sudah sediakalanya perkasa tetapi dia boleh  menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda.Sebaliknya dia boleh mencipta sejarah kebodohannya dengan peranan yang anda mainkan.

    Lelaki di kurniakan lebih akal tetapi kurang nafsu.Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara.Maka lelaki lebih mudah liar daripada wanitaNafsu lelaki lebih terarah kepada keghairahannya terhadap wanita.Mereka tidak peduli berapa banyak pakaian yang dia ada,tidak begitu kisah dengan perhiasan rumahnya kerana nafsunya tidak terarah kesitu tetapi bila sebut syahwat mereka akan teransang sebab yang satu itu sentiasa kearah ke sana.

    Oleh itu wahai wanita kasihanilah makhluk lelaki.Mereka itu lemah dalam perkasa.Usah digoda mereka nanti dia terlupa anak isterinya,ibunya dikampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.


    Bau Ros boleh aktifkan sel otak?


    Di Washington , USA , beberapa saintis German menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bauan bunga ros.

    Mereka menegaskan bauan yang wangi seperti bunga ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur.Kajian dilakukan pada 74 sukarelawan.Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ini dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan.

    Ujian yang sama dijalankan tanpa ada bauan bunga ros.Keputusannya ialah dengan bantuan bunga ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 tanpa menghidu bau ros.


    Ubi Gadung boleh besarkan payu dara?


    Universiti Sultan Zainal Abidin akan menjalankan ujian terperinci keatas  ubi gadung yang didakwa mampu menjadi sumber ubat-ubatan termasuk membesarkan payu dara.Penyelidik dan kajian terhadap tanaman yang nama saintifiknya Dioscorea daemona turut mendapat perhatian kerajaan Negeri Terengganu.-kosmo


    Perenang paling lama di Selat Inggeris

    Jackie Corbell 56 tahun seorang wanita warga emas Britain muncul sebagai perenang paling lama berenang merentasi selat Inggeris selaepas dia berenang dari Dover.
    Suaminya David 59 memantaunya dari sebuah bot dan dia berenang selama 28 jam 44 minit kerana keadaan air pasang sekaligus mengatasi rekod di buat Henry Sullivan pada 1923 iaitu 26 jam 50 minit.Dia dilaporkan mengikut laluan sejauh 103 kilometer berbandingl jarak biasa yang digunakan kebanyakkan perenang iaitu 33 kilometer kerana arus pasang laut menolaknya agak jauh dari pantai.(link)

     

    Bunuh ,kerat mayat bapa

    Seorang pelajar undang-undang di tuduh membunuh bapanya yang didakwa terlalu mengawalnya dan menanam mayat orang tua berkenaan di taman belakang kediaman mereka.Mark Alexander 22 tahun  mengerat mayat bapanya yang berusia 70 tahun sebelum membakar dan kemudian menanamnya dibwah empat lapisan konkrit.


    Dia cuba untuk menutup berita kematian bapanya lima bulan yamhg lalu dengan menghantar kad krismas kepada jiran tetangga dengan tandatangan bapanya dan dia juga menipu teman wanitanya serta orang sekelilingnya apabila ditanya tentang bapanya.
    Kejadian ini terbongkar apabila jirannya yang curiga tentang kehilangan Samuel serta alasan yang di berikan oleh Mark.Jiran itu kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.(link)

     

    30 samseng serang keluarga ,Bayi turut di belasah


    Gara-gara salah faham penghuni sebuah rumah diserang sekumpulan 30  samseng bersenjatakan pedang samurai ,kayu dan besi.Lebih kejam lagi penyerang terbabit turut memukul seorang bayi perempuan yang berusia 45 hari dalam dakapan ibunya yang berusaha menyelamatkan diri.Mereka juga merosakkan harta benda.-harian metro


    Solat Dapat MengurangkanTahap Mati Pucuk

    on 28 Julai 2010

    solat Pictures, Images and Photos





    Sebuah kajian saintifik yang di jalankan oleh Dr.Fatimah Ibrahim,pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya mendapati solat 12 rakaat secara berterusan selama 1/2 jam dengan kekerapan 3 kali seminggu dipercayai berupaya mengurangkan tahap mati pucuk.Solat selama 1/2 jam tersebut menyamai bersenam ringan seperti disarankan pakar-pakar kesihatan.

    Musibah Untuk Semua



    Allah SWT berfirman , "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (Surah Al-Anfal,ayat 25)

    Imam Jalalain dalam tafsirnya memberikan keterangan singkat :Takutlah kamu kepada sesuatu fitnah yang jika menimpa kamu bukan khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu, tetapi menimpa secara umum baik kepada yang berbuat zalim mahupun yang lain,dan mencegah fitnah tersebut adalah dengan menentang perbuatan orang-orang yang melakukan kemungkaran.Dan ketahuilah siksaan Allah sangat keras kepada orang-orang yang menyalahi perintahNya.

    Dalam Tafsir Al-Wajiz dijelaskan bahawa dalam ayat tersebut,Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang mukmin agar tidak membiarkan dan mengakui kemungkaran apa pun di tengah-tengah mereka.Jika tidak atau jika mereka membiarkan  kemungkaran itu,nescaya Allah akan menurunkan azab.


    Sebab Berus Gigi ,Ibu Di Lapor Ke Polis

     Jangan sembarangan menggunakan berus gigi orang lain walaupun anak sendiri punya. Seorang ibu dari Pennsylvania, AS, dituduh melakukan gangguan terhadap anaknya.

    Masalahnya adalah si ibu telah menggunakan berus gigi anaknya untuk membersihkan bilik mandi. Setelah selesai membersihkan ,bilik mandi menjadi berkilat, si ibu mengembalikan berus gigi itu ke tempat asalnya.

    Pihak polis di Lower Saucon mengatakan, Deborah Woist (52) menggunakan berus gigi anaknya pada  18 Jun untuk membersihkan bilik mandi di rumahnya. Menurut ibu itu, dia memerlukan berus yang baik kerana sudah dua bulan bilik mandinya tidak dibersihkan.

    Anaknya, Justin Novack (26), mengatakan, setelah ibunya selesai membersihkan kamar mandi, dia mengembalikan berus gigi miliknya. Novack yang marah langsung menelefon polis untuk melaporkan apa yang telah dibuat oleh ibunya. (link)

    Monyet Menjadi Pelayan Restoran Di Jepun


    Sebuah restoran bernama Kayabuki yang terletak di daerah Utsunomiya Jepun telah mengupah 2 ekor monyet sebagai pelayan restorannya iaitu Fuku 12 tahun dan Yat berumur 4 tahun.Kedua-dua monyet itu bekerja selama 2 jam sehari hari (peraturan yang ditetapkan oleh hak binatang Jepun).

    Monyet ini memakai pakaian seragam yang dijahit khas untuk mereka dan membekalkan tuala panas dan bir untuk pelanggan.Yang paling hairan mereka seperti memahami bahasa manusia contoh seperti jika pelanggan ingin menambah bir,mereka aakan menghantarnya. Balasan yang mereka bekerja sebagai pelayan ialah dapat makan kacang.


    Rodok Kemaluan Dengan Botol Deodoran


    Akibat cemburu buta seorang lelaki sanggup memukul seorang gadis dengan tukul dan lebih teruk lagi dia merodok kemaluan gadis itu dengan botol deodoran.Mereka berdua telah bertunang.Pertengkaran ini berpunca  daripada perasaan cemburu buta lelaki terbabit sebelum membelasah tunangnya.Mangsa hampir cedera seluruh badan dan apabila melihat mangsa dalam kesakitan suspek melarokan diri.Pihak polis sedang memburu suspek setelah kejadian itu di laporkan.-harian metro


    Anak Penjual Susu Yang Pintar

    Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz beliau sering mengambil berat kehidupan masyarakatnya di luar kota yang mana perkara yang jarang-jarang sekali di beri perhatian oleh seorang pemerintah.

    Pada suatu malam Umar keluar berjalan-jalan pada waktu malam dan meninjau di sebuah perkampungan yang sunyi untuk melihat keadaan rakyatnya.

    Ketika melintasi sebuah rumah,tiba-tiba dia terdengar satu perbualan dua penghuni di sebuah pondok kecil iaitu perbualan antara seorang ibu dan seorang anak."Ibu kenapa perlu ditambah air kedalam susu yang hendak di jual itu?"Tanya anak dengan perasaan kecewa."Ah kamu diam!Tidak ada orang yang tahu dan nampak apa yang kita lakukan.Lagi pun jika campurkan air kedalam susu ini,sudah tentu kita akan mendapat untung yang lebih,"kata ibunya.

    "Tetapi Allah amat mengetahui dan maha melihat.Tidakkah berdosa jika kita lakukan perkara ini?"Soal anaknya lagi.Ibunya terdiam.

    Khalifah Umar pun mengangkat tangan tanda bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT kerana ada rakyatnya yang berjiwa luhur.


    Anjing Yang Bersembahyang di Jepun

    Seekor anjing yang bernama Conan sejenis anjing Chi Hua Hua adalah anjing yang di pelihara oleh seorang sami di Okinawa Jepun.Anjing yang berumur 2 tahun ini boleh bersembahyang seperti manusia.


    Ia kelihatan serius semasa bersembahyang dengan sami bagai seorang Buddist.Ia telah menjadi mashyur di kalangan masyarakat Okinawa.Menurut statistik ,bilangan pelancong ke kuil ini meningkat 30% disebabkan oleh Canon.


    Budak Maut Dalam Mesin Pengering


    Seorang budak Sonny Gibson 4 tahun maut selepas terperangkap dalam mesin pengering pakaian ketika bermain sorok-sorok. Dia yang gagal keluar dari alat itu selama lebih sejam ketika keluarga dan polis mencarinya.Ibunya Anne Shepherd menemuinya dalam keadaan longlai.Waluapun usaha menyelamat di lakukan oleh pasukan paramedik.Gibson gagal diselamatkan.Ketika kejadian ibunya dikatakan pergi membeli belah dan dia diletakkan di bawah pengawasan kakak dan abangnya.Jirannya berkata Gibson bermain sorok-sorok ketika abang dan kakaknya tidur.(link)


    Lelaki punyai payudara terbesar

    on 27 Julai 2010


    Guo Feng memang unik .Guo Feng adalah seorang petani asal China yang memiliki payudara dan satu-satu nya lelaki tulen yang memiliki payudara.

    Guo Feng bersusah payah mencari bantuan untuk menghilangkan ‘aset’ milik perempuan itu dari tubuhnya. Dia ditertawakan penduduk kampungnya kerana mempunyai payudara yang besar.

    Feng berkata dada itu membesar sepuluh tahun lalu tetapi dia tidak memperdulikannya. Namun beberapa tahun ini, dada itu terus membesar dan Feng pun membuat pemeriksaan di hospital. Tak ada seorang pun yang dapat membantunya menyelesaikan masalahnya ini.

    Doktar tidak menemukan apa-apa pun setelah menguji darahnya. Secara genetik, Feng normal dan dadanya membesar bukan kerana kanser.

     Dr Lilan yang merawatnya mengatakan akan terus berusaha mencari penyebabnya. Sementara  Feng cukup tertekan dengan keadaannya, mengatakan akan membuang sepasang payudara itu sendiri jika tak ada yang membantunya.


    Arkib Blog

     
    © borak kosong All Rights Reserved