Syaitan kuasai manusia melalui 10 pintu

on 24 Mei 2012


Mengikut ulama,syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu :
  • melalui sifat sombong dan angkuh.Ia bepunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika di limpahi kemewahan dan kesenangan
  • melalui sifat bakhil dan kedekut.Setiap harta benda dan kemewahan yang diperolehi adalah kurniaan Allah yang seharusnya di belanjakan ke jalan yang hak
  • melalui sifat takbur dan bongkak.Allah berfirman bermaksud "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.' (Surar an -Nahl,ayat 23)
  • sifat khianat.Khianat yang di maksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain,malah mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa -apa bentuk perjanjian,perkongsian dan sebagainya
  • sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
  • melalui sifat hasad .Rasuullah SAW pernah bersabda bermaksud :"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering."(HR Bukhari dan Muslim)
  • melalui sifat suka meremehkan orang lain.Abu Umamah prnah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud :"Tiga kelompok yang manusia yang tidak boleh di hina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim,orang yang berilmu dan imam yang adil."(HR Muslim)
  • melalui sifat bangga diri.Menurut Imam Ahmad ,Rasulullah SAW bersabda bermaksud :"Jangan kamu bersenag lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang -senang saja."(HR Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
  • melalui sifat suka berangan -angan.Islam adalah anti kemalasan.Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencaoai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia
  • melalui sifat buruk sangka.Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa di selidiki terlebih dahulu amat di cela oleh Islam.Rasulullah besabda bermaksud :"Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak,Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya yang telah rosak dirinya."(HR Muslim)
Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved