Sejarah, Rahsia Dan Kelebihan Hari Isnin

on 29 Jun 2010

Rasulullah SAW lahir pada Hari Isnin yang mewujudkan mukjizat (keanehan) iaitu
  • Setiap wanita yang mengandung tentu merasa penderitaan sebagaimana lazimnya tetapi ibu Rasulullah SAW,Siti Aminah sama sekali tidak merasa hal tersebut
  • Setipa wanita yang akan melahirkan tentu merasa sakit dan itu sama sekali tidak di rasakan oleh Ibu Rasulullah SAW
  • Begitu Rasulullah SAW terpisah daripada ibunya, Baginda lansung sujud ke hadrat Allah SWT seraya berkata : "Umat ku,umatku,"
  • Rasulullah SAW dilahirkan ke dunia dalam keadaan sudah berkhatan
  • Pada saat kelahiran Rasulullah SAW semua jin tidak boleh naik kelangit sebagaimana kebiasaan mereka.Kerana jin sudah terbiasa naik kelangit untuk mengintip percakapan para malaikat di sana .Namun kebiasaan itu tidak dapat mereka lakukan ketika Rasululla SAW dilahirkan
PUASA PADA HARI ISNIN

Dalil Abu Hurairah,katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Dibentangkan amal pada hari Isnin dan Khamis.Aku suka amal ku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa," (HR al -Tirmizi)

Amal ibadat yang dikerjakan manusia akan diserahkan kepada Allah pada Hari Isnin dan Khamis.Ini bermaksud pada setiap hari Isnin Dibentangkan atau diserahkan kepada Allah segala amal-amal yang di kerjakan hampir setiap minggu.
Rasulullah pada hari penyerahan amal itu,Baginda dalam keadaan berpuasa.Rasulullah SAW sangat mementingkan puasa pada hari Isnin.Allah SWT memberikan hari Isnin kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada 60 nabi-nabi diutus bersamanya

Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved