Petua Rumah Tangga Bahagia

on 13 Jun 2010


Keceriaan rumah tangga banyak bergantung kepada kebijaksanaan isteri mengurus dengan penuh kasih sayang serta tahu menjaga keharmonian keluarga dan antara cara-cara agar kita boleh mencapai kebahagian ialah :
  • Selalu berdoa agar suami selalu menyayangi kita
  • Bila suami balik dari kerja ,tegur dan sentuh suami sebelum kita melakukan kerja lain
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari
  • Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat
  • Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami.Apa yang penting ialah memberi perhatian dan simpati
  • Luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami
  • Tanya ibu mertua apa yang suami sukai seperti hadiah ,makanan dan masakan untuk suami makanan kegemarannya
  • Beri pujian terhadap penampilan suami
  • Cepat-cepat pujuk suami bila marah atau berkecil hati
  • Minta bantuan suami hanya jiuka sesuai
  • Elakkan daripada suami menunggu lama terutama bila bersiap
  • Dan yang paling penting hormatilah suami sebagai ketua keluaraga walaupun kita mempunyai gaji ,pangkat atau pendidikan yang tinggi daripada suami
Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved