Kisah ini berlaku keatas seorang pemandi mayat yang belum pernah terjadi sepanjang dia memandikan jenazah.Ketika dia membuka selimut yang menutupi mayat seorang wanita ,dia jatuh pengsan.Beberapa orang telah datang menyedarkannya.Setelah sedar si pemandi jenazah tadi segera menemui ibu si mati dan bertanya,"Wahai ibu,seumur hidupku aku belum pernah melihat keadaan jasad yang sedemkian,aku melihat jasad anakmu dalam keadaan menari.Apa yang dilakukan oeh anakmu semasa hidup,"tanya si pemandi jenazah.
Sibu pun menceritakan sambil menangis teresak-esak bahawa anaknya suka muzik dan nyanyian.Hidupnya penuh dengan muzik dan nyanyian sahaja.Suatu hari dia pergi ke pesta .Didalam pesta itu dia menari dengan riang dan sungguh gembira.Dalam keadaan riang itu tiba -tiba dia terjatuh dan tubuhnya melanggar meja didepan.Ia tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan yang banyak di kepala dan dia meninggal dunia.Dan tubuhnya kaku tidak dapat digerakkan.Dengan posisi tangan meliuk di kepala seperti orang berjoget.
Setelah mendengar cerita si ibu ,pemandi jenazah berusaha memandikan mayat gadis malang itu dan cuba memperbetulkan si mayat sebagaimana mayat biasa tetapi jasad itu benar-benar kaku seperti batu dan tidak dapat diperbetulkan tangaan si mayat.Akhirnya dia pasrah dan membungkus mayat dalam keadaan sebagaimana adanya.
Kisah ini mengajar kita tentang perlunya kita melakukan perkara yang baik semasa hidup dan jangan melakukan perkara yang tidak elok.Alngkah sedih jika Allah menunjukkan perkara semasa kita di dunia.





