Apakah hukum dapat duit dari Nuffnang dan Google adsense?

on 27 Jun 2010


Sewaktu aku membelek majalah Solusi(isu no 19) aku ada membaca satu soal jawab agama mengenai konsep advertisement blog.Ruangan soal jawabini dikendalikan oleh Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman yang memang pakar daln soal muamalat.
Soalan yang di tanya pembaca ialah :
  • Saya nak bertanya mengenai satu advertisement blog yang benama Nuffnang.Kalau kita letak subscribe Nuffnang dan Google Adsense di blog,kita akan dapat duit upah kerana sudah mengiklankan sesuatu produk.Soalan saya ialah,bolehke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut?
Jawapan Ustaz
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nuffnang dan Google Adsense,jesteru sukar saya memberikan jawapan yang tepat dan spesifik kepada soalan tersebut.
Oleh itu saya hanya ajan memberikan jawapan umum dan juga panduan ringkas untuk meyemk status hukum hal sebegitu
Isu utama dalam hal ini adalah upah yang di beri kerana membenarkan ruang web atau blog yang di gunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak Nuffnang dan Google Adsense,hasil daripada kemudahan yang diberikan itu,kedua-dua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut akad atau kontrak,substance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam ketegori akad" menjadi wakil dengan upah tertentu" atau wakalah bil ujr.Dalam konteks ini,kita selaku pemilik web dan blog menyebarluaskan iklan mereka.Sebagai timbal balas,ganjaran akan diberikan berdasarkan formula tertentu sama ada jumlah klik dan sebagainnya.

Secara ringkasnya,bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu di ambil kira

AUTORITI 
  • Autoriti pihak yang menyediakan tawaran dalam konteks ini ialah Nuffnang dan Google Adsense.Jika telah disemak dan di pastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya,satu semakan hukum telah lulus.Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penaaran mereka.
UPAH DAN CARA KIRAAN
  • Jumlah upah dan cara pengiraannya mestilah diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita).Jika perkara ini berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya,tatkala itu lulus peringkat kedua semakan syariah.
KANDUNGAN IKLAN
  • Kandungan iklan yang dipaparkan,jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan Google dan Nuffnang itu memaparkan iklan yang tidak halal,seperti gambar wanita tidak menutup aurat,permainan berunsur judi,iklan forex trading,bank riba,,pinjaman riba atau apa saja iklan yang tidak halal, tatkala upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram.Prinsip Islam jelas dalam soal ini,setiap promosi haram hukumnya adalah haram.Dalilinya terlalu banyak,antaranya ialah laknat Allah  terhadap setiap orang yang terlibat dengan arak dan riba serta Allah juga melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.
CARA PEMBAYARAN
  • Hal ini perlu disemak dengan teliti memastikan tiada unsur penipuan /gharar.
Jika keempat-empat peringkat itu semuanya lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam,tatkala upah yang kita perolehi juga halal,demikian juga sebaliknya.
Ranking: 5

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved